18 December 2018

FGV Management Trainee & IT Trainee (MT/IT Trainee)

Saat kita menanam padi,
Rumput pun ikut tumbuh.
Tapi saat kita menanam rumput,
Tidak pernah tumbuhnya padi.

Dalam kita melakukan "kebaikan" 
Kadang-kadang hal yang "buruk" turut menyertai.
Namun, saat melakukan "keburukan" 
Tidak ada "kebaikan" bersamanya.
 
 
Sebelum ni aku ada buat post mengenai SL1M-IBE TNB dan banyak jugak orang buat rujukan post tu. Makanya kali ni aku nak cerita mengenai temuduga Management Training dekat FGV. Masuk tahun ni dah 2 tahun lebih aku dengan FGV dan sepatutnya post ni aku buat 2 tahun lalu. Tapi nak buat macam mana malas itu Mijah. HAHA


Jika tak silap FGV ada bukak 2 position masa tu. Satu untuk Management Trainee dan satu lagi IT Trainee. Aku apply kedua-duanya sebab bajet hebat. HAHA untuk Management Trainee ada dekat 3 ribu lebih application dan IT Trainee dalam 2 ribu ja. Macam biasa, apply lepas tu biarkan LiNa Jobstreet tu buat kerja. Ada rezeki, ada la. Kalau takdak, hidup perlu diteruskan.


Masa ni aku baru habis SL1M-IBE TNB. Habis ja SL1M aku lepak Krabi dengan geng SL1M untuk tenangkan fikiran sebab lepas tu menganggur HAHA. Nak dijadikan cerita masa dekat Krabi, FGV call untuk temuduga dan tarikh dia seminggu selepas aku balik Krabi kalau tak silap. Tu orang cakap rezeki tak salah alamat.



Masa hari temuduga tu, memang sudah diberitahu yang temuduga mengambil masa sehari. Temuduga buat di The Zon Hotel KL. Aku time ni wooooow. HAHA taktau cerita lagi nak kena apa. Masa cari hotel tu dah sesat tapi sabaq dulu *walaupun dah maki sekarung. 


Sampai ja daftar dan diberi tag nama. Aku dapat no 70 dan masuk dewan. Haram ramai hanat. Pusing-pusing nampak Wan geng Master UiTM dan aku duk tunggu sorang member aku budak SL1M Ieda jugak dapat sekali aku. Sebelum mula ujian atau sebarang percubaan dalam ni, ada ucapan HR. Kalau tak silap aku Puan Syikin. Dia bagitau yang ramai-ramai ni, dia nak 15 orang Management Trainee dan 15 orang IT Trainee. Time tu ALLAH ja tau, serious aku nak bangun cau ja. Dari beratus ni nak 15 orang ja. Hang rasa? Tapi fikir balik, layan je la, sebab dah sampai. Malas fikir.


Kalau tak silap ada 4 stage ke 5 stage.
1.    English Test
2.    Mathematic Test
3.    Group Discussion
4.    Presentation
5.    Interview

Habis ja dua test ni, semua kena keluar dan sapa yang lulus ja akan ke peringkat seterusnya. Nak dijadikan cerita Ieda tak lepas huhu. Tinggal aku dengan Wan ja. Yang lain semua orang baru. Aku tak kenai HAHA Stage ketiga perbincangan dalam kumpulan dan stage keempat perbentangan sambil dia interview kami. 


Untuk perbincangan dalam kumpulan, deme bagi 1 situasi yang syarikat komputer tu nak bankrupt ke apa ntah aku tak ingat tapi satu kumpulan 4 orang kena ada satu point. Sebab aku baik hati, aku bagi 4-4 point. Bila present interviewer tanya point ni dari sapa. Slumber masing-masing cakap point sendiri. HAHA aku ok ja. Walaupun sedih jugak, tapi masa nak summary seorang ahli kumpulan bagi kredit kat aku. Masa tu aku Alhamdulillah. 


Sebelum habis, interviewer ada tanya ada soalan? Aku tanya banyak jugak. HAHA saja nak tunjuk yang aku berminat gila. Dan Alhamdulillah berkat dari pengalaman kerja kat TNB aku tanya soalan yang aku pernah buat dekat TNB dulu. Macam tanya data center, operation team dan working culture sana. Semuanya indah jawapannya. HAHA jika hang faham apa yang aku maksudkan 


Dua ke tiga minggu selepas tu dapat jawapan. Alhamdulillah aku dapat dan sumpah tak percaya. Ye la dari beribu orang, aku yang terpilih. Cakap English tunggang langgang. Dan terima kasih kepada mentor aku Puan Naimah CL yang pilih aku jadi anak buahnya. 



Kepada para perjuang yang apply position ni, all the best. HAHA seronok di FGV ni. Macam family semuanya. Tapi aku pun dah tukar unit Server. Sebelum ni Unit Project Management dengan mentor aku. Mentor aku pun dah masuk Group. Makanya perjalanan ini masih jauh.


Bebelan akhir : Aku taip post ni dekat Airport Tawau dan sambung dekat Masjid Datuk Pengiran Galpam Sandakan. Aku cuba membunuh waktu sebaik mungkin. Sambil niat ikhtikaf sambil update blog. HEHE

10 December 2018

Sales 12.12 Lazada : Tangkapan Yang Membanggakan

Baby, I'm yours
And I'll be yours
Until the stars fall from the sky
Yours until the rivers all run dry
In other words, until I die

Baby I'm Yours by Arctic Monkeys


Disebabkan ini sesuatu yang dapat dibanggakan dan jarang-jarang berlaku. Skill congakkan dalam kepala kena pantas. Tadi tepat pukul 12 tengah malam aku terus buat pembayaran untuk backpack Gelert Shadow 60L Plus 5L Rucksack. 


Aku bukanlah seorang kaki shopping sebab aku beli benda yang perlu ja. Disebabkan aku ada beberapa trip tahun depan dan memerlukan backpack besaq. Sekarang aku guna backpack Deuter Futura 45L *vietnam punya copy original HAHA beg ni dah berjasa dari tahun 2015 masa aku pi trip Medan, Indonesia kot. Tapi kecik tak cukup untuk trip lebih seminggu.


Ok balik pada Sales 12.12 Lazada hari ni. Sebelum pukul 12 tengah malam harga beg ni RM270++ jika tak silap dan harga asal adalah RM499. Aku taktau la dia kencing aku harga asal dia gini ataupun betul. Tapi aku ada buat research yang harga beg ni 79.99USD. Direct convert dapat la RM300++ dan masih mahal hanat la untuk aku HAHA kena jimat weh nak kawen travel. Disebabkan Sales 12.12 Lazada harga jadi RM199.20. Aku macam wow ok murah.




Tapi aku still tak puas hati. Aku nak murah lagi. Godek punya godek, Sport Direct ada bagi voucher RM35 semperna Sales 12.12 Lazada. Dan aku kira-kira, aku hanya perlu bayar RM165 gitu la plus minus. Aku pun macam OK la. Add to cart dan tunggu 12 tengah malam untuk bayar. Tapi dalam masa yang sama aku duk godek-godek lagi sampai la aku nampak promosi untuk 12% cashback untuk first time user topup e-wallet Lazada. Ok sound interesting. So aku congak dalam kepala ja, aku cuba topup RM150 dulu dapat berapa cashback. Kalau tak cukup, topup jela kan lagi HAHA


Lepas topup RM150 terus dapat RM18 dan alhamdulillah lebih dari harga beg. Ini bermakna, beg yang harga RM499 aku cuma bayar RM150 siap baki RM3.80. Serius aku rasa bangga gila. HAHA walhal orang lain pun pernah ja dapat. Bayangkan RM499 lepastu promosi jadi RM199.20. Dapat voucher RM35, dapat cashback topup first time RM18 dan shopback aku tengok akan dapat dalam RM5.



Maka kepada rakyat Malaysia semua. Selamat menipiskan dompet anda dan Selamat Maju jaya untuk mencari barang murah. Kepada yang rajin beli di Lazada, boleh la topup di e-wallet. Boleh dapat cashback untuk first time user yang gunanya. Bijak berbelanja, jadilah rakyat yang berguna. HAHA

Bebelan akhir : Punya excited, aku upload post ni lepas beli beg kot. HAHA gila itu aku. Ehhh

08 December 2018

Post Baru 2018 di Hujung Tahun

Banyak orang suka padaku
Banyak pula yang benci diriku
Ku tak peduli inilah diriku yang cantik
Yang manja yang paling juara
Syinta Gila by Safiey Ilias


Lama gila tak update *sumpah ayat cliche setiap kali update blog HAHA tapi inilah hakikat. Bukan takdak masa, lebih kepada malas dan nak kena bukak PC taip. Kalau ikutkan banyak ja benda nak bercerita. Yeahhhh. . . 



Moving forward, sebenarnya aku tak pernah edit blog aku dari tahun 2011 ke 2013. Walaupun aku ada buang tambah layout gadget widget and what so ever binatang yang attach dekat blog ni. Aku tak ubah header, nama blog dan theme. Hari ini dalam sejarah aku tukaq semua teruih. Konon mood baru letew. Lepastu tinggal bersawang lagi HAHA 


Dulu nama blog aku budakampung90.blogspot.com lepastu macam nak tukaq ke mijahninja.blogspot.com tapi lepas aku tengok satu video ML Studio, aku rasa the best name for my not so new blog is mijahism.blogspot.com. Why? Haaaa omputih pulak. HAHA sebab -ism bermaksud macam ideology or philosophy la. Kebetulan ni blog aku, suka hati aku la kan? HAHA


Disebabkan tahun 2018 dah dihujung-hujung. Aku nak cuba la konsisten update blog ni. Macam azam baru la. Sebab aku banyak gila kot resource nak update cuma baloq (orang keyel sebut malas) nak update ja. Antara yang aku selalu tulis dekat phone selain meroyan dekat Twitter adalah sajak or puisi or pantun or whatever you want to called it. But benda tu macam masterpiece aku la. Mana tau Dubook ka LejenPress ka baca nak bukukan kan? HAHA angan-agan itu percuma bro.



25 September 2016

5 Day Challenge Hike Broga Hill

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh by Faizal Tahir

Kekecewaan demi kekecewaan di alami. Serabut dengan pergolakan dalam syarikat yang tolak kesalahan sana sini. Tukar unit yang pada mulanya dihina, dikecam, dicaci dan diprovokasi oleh pihak tertentu. Aku tewas. Menitis lagi air mata aku disini. HAHA arghhh persetankan semua ini!! Dua minggu lebih aku jadi zombie. Manusia tak bernyawa kat office tu, Serabut weh!!!

So setelah aku bertenang dan yakin dengan keputusan. Datang pulak lagi satu masalah. Mulanya aku disenaraikan untuk ke OBM tapi saat akhir tak dapat pergi sebab untuk mengutamakan orang-orang mereka. Ya aku kecewa sangat. Stress tapi hurmm bukan boleh ubah. Aku hanya insan lemah gitew. Pffffttttt HAHA


********


Raya haji baru ni, aku balas dendam dengan cuti seminggu. Hamikaw!! Puas hati aku. Mereput kat rumah. Tapi takkan nak mereput kat rumah selama 9 hari woiii. Dengan itu aku pun set challenge untuk diri aku since sekarang ni mood trekking dan hiking memuncak. Maka tercetuslah 5 Day Challenge Hike Broga Hill.

Nah aku belanja 5 hari gambaq aku rabat Bukit Broga.

First day

Second Day

Third Day

Fourth Day

Fifth Day


Mission Accomplish
First and second day tu aku rasa macam nak pecah dada aku sebab lama jugak aku tak exercise. Terkejut jantung aku nak pam darah. Siap menyumpah-nyumpah sebab kenapa aku buat kerja gila ni. HAHA tapi esok tu terus jugak datang. Alhamdulillah settle semuanya :3

Aku start rabat bukit ni petang around pukul 3petang - 4petang. Turun dalam 5petang - 6petang. Pemerhatian aku sepanjang 5 hari naik. Selalunya sentiasa ada orang naik walaupun hari bekerja dan macam setiap waktu la ada orang. So kalau hang rasa nak mai panjat dan hang rasa cam sunyi ja Bukit Broga ni. Hang relaks dulu. Hang selawat. Hang naik. InshaALLAH kat atas ada orang. Silap-silap ada orang siap main layang-layang kat puncak nu. HAHA

Hari pertama sampai hari keempat adik aku teman naik. Aku paksa kaw-kaw punya sampai ada tragedi kelakar kat atas tu, Aku simpan baik rahsia dia. HAHA Hari terakhir aku naik dengan member aku dari Klang. Dan hari terakhir ja aku naik pagi.

Settle ja challenge. Rasa puas wehhh!! Walaupun gemuk dan obes. Aku FIT wehhh!! Mampu naik sampai ke puncak weh!! Haaaa so aku boleh start pikiaq dah untuk next challenge nak buat apa. Hurrmmm ada cadangan????

Bebelan akhir: Actually rumah aku dengan Bukit Broga ni 5 minit ja. Tu tak kesah nak pi hari-hari yaww. So kalau hangpa nak p, dan nak aku teman naik. Roger la. HEHE trust me, i can hike gitew :D

07 September 2016

Procrastinate

Biar matiku mencuba demi bahagia,
Biar sakit dilukai dapatku rasa,
Biar nadiku terhenti demi ke syurga,
Biar selamanya mencari cinta sejati.
Sejati by Faizal Tahir

Penyakit betui. Niat dihati ni macam hari-hari ada benda nak update. Err tu tipu la. Atleast once in a week la update blog. Tapi apakan daya darah Melayu dalam diri ni lebih menebal dari darah Chinese. HAHA so malas nak update.


Tapi ni tetiba ter-ada mood sebab jiwa kacau teruk. Aku perlu menulis. Ehh menaip. Tak cukup lagi ka update twitter hahaha. Hang diam!!  Makanya inilah hasilnya. Ter-update la blog ini. Tapi aku buat list dulu la apa aku nak update since aku takdak resource untuk letak dalam ni. Pasal trip-trip yang lepas aku kata nak update tu better hang tak payah tunggu la. Berjanggut la dan aku pun dah hilang mood nak update. HAHA


Jadi ni list yang aku berazam untuk update :

1. Hobi baru
2. Interview dan Kerja
3. Trip bulan March hari tu


Aku rasa cukup la tiga list ni dulu. Sebab? ni pun aku taktau bila nak update. Hurmm or aku perlu tutup ja blog ni? Kesian budak-budak yang buat rujukan kat blog aku ni. HAHA gitew.


Bebelan akhir : Otak serabut sampai aku taktau nak bebel apa. Kbai