27 March 2022

Keputusan Paling Gila Sepanjang Hidup - Berhenti Kerja

「さよなら」「ありがとう」声の限り
悲しみよりもっと大事なこと
去りゆく背中に伝えたくて
温もりと痛みに間に合うように
 
English Translation
As far as "goodbye" and "thank you" voices
More important than sadness
I want to tell my back that I'm leaving
In time for warmth and pain
Homura by Lisa (Demon Slayer OST)
 
Setelah aku istikharah dan berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk berhenti. Betul orang kata, orang selalu tinggal sesebuat syarikat tu adalah disebabkan bos. Hmmm aku suka sangat kerja sini sebab sini ada semua benda yang aku nak. Contohnya waktu flexi dan boleh pakai t-shirt. Tapi aku rasa dari aku berterusan diserang anxiety dan tak boleh mengadap bos, baik aku berhenti. Sementara hubungan aku dan bos masih baik, baik aku pergi dan beliau boleh cari staf baru. Win-win situation kan?
 
Disclaimer, bos aku baik tapi aku ja tak boleh nak get along cara dia dan aku sendiri undur diri. 
 

Oleh kerana sekarang aku dah jobless dan aku memang nak berehat seketika dari bekerja, aku cuba merealisasikan impian dari tahun 2017 untuk pusing Semenanjung Malaysia. Alhamdulillah, ini rezeki yang Allah berikan. Tak kaya, tapi mampu inshaALLAH untuk pusing satu Malaysia. Disaat aku tengah menaip entri ni, aku dah hari ke 9 pusing Malaysia dan Alhamdulillah sihat dan gembira :)

Aku taknak berdoa dekat sini, cuma aku sangat berharap aku dapat habiskan trip ini dan balik ke Selangor sebelum raya. Sekarang aku dah berada di Pahang dan berehat di sini untuk beberapa hari. Alhamdulillah ALLAH kurniakan kawan-kawan diseluruh Malaysia. Beberapa hari lepas berada di Johor kawan taja penginapan dan di Pahang juga penginapan ditaja.
 
Target aku selepas raya inshaALLAH akan gigih mencari kerja semula dan mulakan kerja semula dengan fresh. Doakan aku weh!!

Bebelan akhir: Baru 9 hari dah hampir 1300km kereta aku berjalan. Ada lagi 6 negeri untuk aku lalui. Bismillah :)




 
 

No comments: