10 January 2022

Bye 2021. Hey 2022!!

Goodbye to you, my trusted friend
But we've known each other since we were nine or ten
Together, we've climbed hills and trees
Learned of love and ABC's
Skinned our hearts and skinned our knees
 

Seasons in the Sun by Westlife

 

Hmmmm pertama sekali aku pun taktahu nak cakap apa. Tapi orang cakap perlu bersyukur walaupun ditimpa musibah. So yeah!! Alhamdulillah 2021 telah berlabuh dan 2022 telah pun muncul dengan harapan matahari kembali bersinar seperti tahun-tahun sebelum ini. 

 


Bagi aku tahun 2021 adalah sangat mencabar bagi aku. Bukan kerana banjir atau PKP yang melanda Malaysia dan dunia tetapi lebih kepada aku yang kehilangan identiti dan harapan. Oh by the way, sikit cerita. Aku dah berhenti kerja pada tempat lama dan sekarang masih dalam GLC tapi GLC yang lain la. Pada awalnya aku macam nak menolak tawaran kerja ni. Tapi biasa la orang keliling mempengaruhi dan yup aku pun membiarkan aku dipengaruhi.

 

Secara kasarnya selepas 5 tahun 3 bulan berada pada satu syarikat yang sama sedikit sebanyak aku dah rasa sumpah sangat selesa. Dan bila mana bertukar angin, aku menghadapi beberapa kesukaran seperti kejutan budaya dan mengenali manusia yang baru. Sini tak teruk cuma aku tak boleh nak blend well omputih cakap dan hasilnya aku didiagnosis ada depression dan anxiety.

 

Jika sebelum ini lambakkan kerja terlalu banyak di syarikat lama dan sekarang di syarikat baru ada depression. Aku pun tak pasti yang mana lebih baik sebenarnya HAHAHAHA tapi sekurang-kurangnya syarikat lama aku selesa kot. Hmmm ada la sedikit menyesal tapi masa bukan boleh diundur. Aku hadap je la. 


Walaupun aku kata aku nak hadap ja semua benda sekarang, sikit sebanyak aku tak nampak langsung masa depan aku dekat mana. Jika sebelum ni walaupun career path yang macam siput babi, sekurang-kurangnya aku tahu yang aku akan pencen di syarikat ini. Namun sekarang dengan hari-hari berzikir nak berhenti, aku tak pasti sebulan lagi aku di mana (aku mention sebulan sebab kalau aku resign, kena notis sebulan. So, taktau kalau resign aku nak buat apa).


Untuk short term, aku dah ada perancangan dan tengah design plan tersebut tapi untuk long term aku tak pasti. Cuma apa yang aku boleh katakan, aku tengah explore untuk buat business kecil-kecilan. Aku tahu pasti akan ada gagal dan berjaya. Sekarang yang aku perlu lakukan adalah minimize the risk. 

Orang cakap Januari ni adalah big Monday. So how do you Monday? hehe


Makanya, harapan 2022 ni adalah untuk lebih bergantung kepada ALLAH dan explore new things. Aku harap sangat aku diberi peluang atau ditunjukkan jalan untuk berhenti kerja dan bekerja dengan diri sendiri sahaja. Aku tak kesah orang nak kata aku lemah ke apa sebab if anything happen to me pun, bukan orang yang kata dekat hang tu akan jaga hang atau bagi duit. Ye dok? so why bother? (AA sangat HAHA)


All the best to me and all of you!!


Bebelan akhir: Cadangnya nak berenti lepas mak pak aku balik umrah sekali KJ tutup border pi umrah pulak. Hanat betul. Pi shopping dekat UK tak tutup pulak. Biasa la, orang agama ni nampaknya hina tapi orang-orang berduit dan bersuka ria disanjung. Itulah kehidupan.

 

No comments: