09 February 2014

Kesilapan

"Tak ku ulangi kesilapan itu, maafkan aku mengguris hatimu" - Rindu Pengubat Luka by Toi



Dalam kehidupan kita sebagai insan takkan pernah terlepas dengan melakukan kesilapan. Macam-macam kesilapan kita pernah lakukan sehinggakan kita berdoa yang agar kita takkan pernah buat kesilapan dah selepas ni. Kadang-kadang bila aku buat silap, aku depress. Sakit. Malu. Pedih. Rapuh. Sehinggakan aku merasakan melakukan kesilapan tu satu bala yang arghhh damn!!




Tapi bila semua kesilapan tu menemui jalan penyelesaian. Terasa YaALLAH cantiknya percaturan hidupku. Dengan kesilapan yang aku buat tu, aku belajar tentang dunia, tentang manusia, tentang kuasa ALLAH. Dengan kesilapan jugak aku belajar yang mana baik untuk aku dan yang mana buruk untuk aku. Dan dengan kesilapan jugak aku menjadi lebih matang. Alhamdulillah.



Kesilapan tu adalah cara untuk mengajar manusia menjadi manusia sebenarnya. Tapi melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan. Bukannya melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Itu bodoh namanya. Jadi, jangan putus harapan bila melakukan kesilapan. Bangun dan baiki dimana silap itu. 

ALLAH takkan bagi hikmah tanpa sebarang ujian



p/s: Baiki diri. Belajar lagi.