07 December 2015

Menjawab Persoalan SL1M-IBE TNB

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Disaat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangimu,
Ku pasrah diatas kehendak yang ESA . . .

Kau Sahabat Kau Teman by Hijjaz


Memandangkan aku tengah takdak kerja dan atas permintaan rakyat Malaysia, aku berbesar hati nak cerita lebih lanjut pasal SL1M-IBE TNB. Kalau yang ni pun tak cukup jugak info, aku pun taktau dah nak buat camna kat hangpa. Sebab dulu masa aku masuk SL1M ni. Info hanya 1 poster dari TNB cerita apa benefits masuk. Tu ja. 


Lepas interview pun main redah ja sebab TNB panggil interview gila short notice. HAHA tapi Alhamdulillah aku disini merasa kerja dengan orang TNB. Gitewwwww!! Ok takyah bebel panjang, aku cuba jawab soalan-soalan berbangkit setiap kali TNB bukak SL1M ni.


Soalan apa yang akan ditanya semasa interview SL1M-IBE TNB?

Actually benda ni cliché. Soalan sama ja untuk semua interview. Tapi since ni SL1M saja, takdak la teruk sampai tanya soalan teknikal. Semua soalan lebih kepada borak-borak kosong. Tanya pernah buat apa? Kerja mana dulu? Ada apa-apa nak share. Kiranya memang sembang-sembang kosong. Interviewer nak tengok personality hang camna. Hang ni orang macam mana.

Masa aku interview dulu, aku sembang pasal aku pi travel. Kenapa aku suka travel? Pastu soalan dia, apa yang aku dapat dengan travel? Senang ja kan? Kalau hang tembak pun boleh. Tapi benda ni atas diri hang jugak. Sebab orang nak tengok kejujuran hang tu.


Masa interview kena Speaking London full dengan British accent ker?

HAHA kalau hang mampu kasi accent British. Kasi bubuh sahaja. Tapi macam aku katakan, ni SL1M ja. Takdak apa sangat pun. Before start interview interviewer ada cakap, kalau boleh cakap English dipersilakan. Tapi kalau nak cakap melayu pun takpa.

So aku sebagai seorang yang makan sambal belacan hari-hari Malay accent aku la paling hebat. Aku cakap fully Malay. HAHA janji ada topic menarik nak sembang dan paling penting JUJUR dalam kata-kata.



Interview dimana?

Ada yang bertanya interview dimana. Masa SL1M-IBE TNB Fasa 2 kumpulan 1a, semua kena interview di Dua Sentral dengan TNB HQ Bangsar. Tapi start Fasa 2 Kumpulan 1b dan Kumpulan 2 interview di negeri masing-masing. So untuk future interview dimana adalah sangat susah untuk aku nyatakan disini. Aku takdak mejik gitew :D



Bila boleh dapat keputusan interview?

Kalau tak silap aku, dulu aku interview hujung bulan Januari. Kalau tak silap 30/1/2015 dan aku dapat keputusan interview 26/2/2015. Pastu mintak lapor diri 2/3/2015. So memang tak berani nak jamin bila keputusan tu akan keluaq. Sebab SL1M Fasa 2 Kumpulan 2 baru-baru ni pun kalau tak silap aku lama jugak baru deme kena panggil. So kalau hang teringin nak merasa kerja TNB, sabaq jela.

pssst.... sekarang tengah inteview SL1M Fasa 2 Kumpulan 3 7/12-11/12 dan dijangka lapor diri 28/12. Awal pulak kan masuk?haha



Persiapan masuk ilsas?

Tak payah nak buat persiapan sangat. Macam mana masuk hostel sekolah dulu. Macam tu la hang siap. Cuma takyah la tanya nak keluar boleh ke tak. Sekarang hang staff, takkan nak keluaq pun tak boleh dan nak mintak kebenaran. Cuma kalau ada aktiviti pastu hang gatai nak merayau pusing IOI melampau la. HAHA

Kereta ka, lori ka, motor ka, nak angkut, angkut saja. Ni macam hang pi outstation ja. Cuma hang duduk sana sebulan. So lama la kan. Bawak baju cukup. Baju nak pi kelas. Baju riadah. Kain solat. Alat tulis. Settle.



Penginapan masuk Interview, kursus di ILSAS dan On Job Training(OJT)?

Ada yang menanyakan saya dari Kedah, datang interview penginapan disediakan tak? Errr aku macam taktau nak jawap macam mana. Selama aku hidup ni tak pernah lagi pi interview penginapan disediakan. Ya aku tahu ada company sediakan tapi ni interview untuk SL1M kot? Sorry kerajaan pun takdak bajet nak menampung semua tu. Guna logik la please. HUHU benda simple. Melainkan la interview untuk jawatan CEO mana-mana company, mungkin penginapan disediakan. Sorry :'(

Untuk kursus di ILSAS selama sebulan, penginapan akan disediakan. Sebab ILSAS memang tempat training untuk staff TNB dan memang ada hostel. So nanti bawak diri ja mai ILSAS, duit pun tak payah bawak sebab makanan pun diberi. Cuma nak suap dalam mulut tu kena sendiri la. HEHE #hambar


Masa OJT pulak, untuk batch aku Fasa 2 Kumpulan 1a semua OJT di area KL dan di kawasan/tempat TNB yang utama. Penginapan tidak disediakan tapi bagi yang OJT di stesen janakuasa yang ada kuaters boleh apply. Kalau nasib menyebelahi, ada kekosongan boleh la duduk kuaters.Tapi yang duk area KL tu sorry, kena sewa rumah.




Division mana akan diletakkan masa dalam ILSAS?

Tu aku pun takpasti camna dia nak tempatkan cuma nak kabo ada 6 division. Hang pikiaq la hang sesuai division mana. Budak-budak engineering aku taktau camna depa bahagikan tapi budak-budak bukan core business dah jelas dan pasti. Jangan tanya lagi, nanti kat sana pandai-pandai la….
Generation
Transmission
Distribution
IT
Human Resource
Finance
 

Adakah akan diserap?

Ni la soalan paling popular dan paling benci dan paling menyampah aku nak jawap. Sebab HR dah bagitau awal-awal yang program SL1M-IBE TNB adalah untuk memberi LATIHAN sahaja. Dan masa sesi dengan CEO baru-baru ni, CEO pun dah jawap yang tiada keperluan untuk mengambil pekerja. So kalau berangan masuk program ni untuk diserap, istigfar la banyak-banyak.

Kalau ada kekosongan pun TAKKAN DISERAP. Hang kena jugak pi interview dan ikut proses macam orang luaq nak mintak kerja dalam TNB. So istilah SERAP tu tak wujud. Hangpa bolot ja ilmu masa training kat sini, lagipun CEO cakap training under TNB pun dah gah. InshaALLAH ada company lagi hebat nak hired hangpa nanti. InshaALLAH.


Aku rasa dah cover semua persoalan dah kot. Kalau ada lagi tu korang email ja la soalan kat aku itubukansaya [at] gmail [dot] com. InshaALLAH aku balas. Email tu dah macam main whatsapp bagi aku. So tarak hal la kalau nak reply demi hangpa. HAHA

 ************
Ok sebelum aku bagi salam. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Tunku Abdul Jalil Ibrahim atas kemangkatan beliau. Sumpah aku sedih tapi ALLAH lebih sayangkan dia.


p/s: Tinggal lagi 85 hari sebelum habis training di TNB. All the best sapa join SL1M –IBE TNB

26 June 2015

Backpack ke Medan Indonesia

I wanna be a billionaire so freakin' bad 
Buy all of the things I never had 
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine 
Smiling next to Oprah and the Queen 

Billionaire by Bruno Mars


First aku nak gelak dulu. HAHA sorry guys. Sumpah busy gila. Sejak duduk under Technical Expert tak menang tangan aku dibuatnya. Aku siap angkat kaki naik atas meja untuk buat semua tugasan yang diberi tipu. Seperti yang dijanjikan. Aku nak sembang sikit-sikit pasal trip ke Medan Indonesia pada Januari 2015 ritu *lama gila dah kot tapi arghh suka hati aku la nak cerita jugak huhh*

**************

So biaq aku start with budget untuk 4 hari 3 malam.

1. Tiket return : RM157
2. Pakej (Makan + Penginapan + Tix wisata + Transport) : RM 405***

Total : RM 562 (Tak termasuk souvenir) 

***harga pakej ni boleh lagi murah kalau bawak lagi ramai :) case aku bawak 7 orang plus 1 orang. Plus 1 orang tu jumpa kat Medan. Stranger yang datang solo trip dan join group aku. HAHA stranger sangat. Rupanya junior aku kat UITM Shah Alam tu. HAHA tapi memang tak kenai pun. Nak suruh berkenalan kat Medan letew. Ok dah.

Actually ni first time aku pergi luaq dari Malaysia. So excited dia macam cinta pertama. Hurmm tapi dalam hati ni sentiasa duk ingatkan diri. Jangan nak seronok sangat. HAHA walaupun memang seronok pon. HAHA alhamdulillah selamat pergi dan pulang pun dah.

Ni pulak itinerary yang aku dapat dari Tour Guide aku. Berbulan-bulan aku mesej dia risau punya pasai. HAHA


Tour Guide aku nama Husain dan kalau hangpa teringin nak pi Medan adalah sangat-sangat direkemenkan. Sebab?

1. Hang dilayan macam family. (Siap pi rumah mak mertua kawan dia makan sana)
2. Servis tiptop - Member aku sakit masa trip. Dia usung pi Hospital
3. Layanan + cara bergaul + bertukar idea - Rasa cam dah lama kenai.
4. Muslim jangan risau. Depa semua solat. So bab solat jangan risau :3 mioww

Ni contact no Husain +62 821 6105 1609 ke hang nak nombor tepon aku? ehh HAHA sorry-sorry.

Disebabkan aku pun dah tunjuk itinerary kiranya malas la nak explain panjang-panjang. Yang aku boleh cakap setiap masa hang ada kat sana. Hang tengok keindahan ciptaan Tuhan. Hang rasa sebak, subhanallah cantiknya ciptaanMu. Gunung-ganang macam kat Switzerland. Ni aku belanja sikit gambaq-gambaq aku kat sana....

Gambaq wajib. Boooooo!!!



















***ada ja pic yang aku dah edit kasi lighting + iso + exposure + whatever bagai kasi cun gambaq-gambaq ni. Tapi aku taktau pi mana. HAHA layannnnnn~~

Hang nak tau dak? Kamera aku saja ada dekat 1000++ gambaq. Tu tak termasuk dengan 2 orang Tour Guide aku. So aku rasa plus minus mau dekat 5K keping jugak gambaq yang ada. Cukup la yang ni aku tunjukkan??? HAHA

p/s: Next entry aku nak cerita antara pengajaran + kebesaran ALLAH yang aku dapat sepanjang perjalanan ke Medan Indonesia *bila nak update tu aku taktau* HAHA

To all muslim all around the world. Selamat Mengamalkan Ibadah Puasa ;3

07 May 2015

Perjalanan Selama 5 Bulan 2015

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelebungi subuh
Mengimbau segala kenangan yang lalu
- Gemilang by Ella


Alhamdulillah sekarang dah Mei 2015. Cehh berjanji konon nak update selalu. Hasilnya krik krikkk krikkkkk. HAHA tapi aku bersyukur sangat. Sehingga sekarang perjalanan hidup aku rasa alhamdulillah. Setelah macam-macam aku tempuh tahun 2014. Tahun 2015 aku berasa aku hidup, aku manusia, aku bernafas. Alhamdulillah.

Ok lap ayaq mata. Before aku melalut lebih panjang aku nak story secara kasar dulu pasal apa yang dah aku tempuhi sepanjang lima bulan ni. 


Januari
Starting 2015 pun bagi aku dah cantik. Kerja still biasa-biasa kat Hana Global Outlet (HPO). Alhamdulillah mampu bayaq kereta yang sebelum ni aku macam nak muflis. Dapat kerja sini kira bersyukur la walaupun gaji kecik. Bersyukur sangat. Aku kat sini dari Sept 2014 dan aku rasa selesa la.



Pastu trip ke Medan. Banyak aku belajaq dari Kembara Mencari Ilahi di Medan Indonesia ni. Banyak sangat aku belajaq dan aku rasa aku perlukan buat satu or dua entri untuk trip aku ke Medan ni. InshaALLAH nanti aku buat. Bila? Jangan berharap sangat la. HAHA tapi aku ada buat notes dah pasal apa yang aku jumpa disana.


Febuari
Diawal bulan Feb takdak apa yang menarik tapi bulan Feb ni aku ada Kembara Mencari Ilahi di Singapore dan Johor. Ada jugak cerita yang aku nak kongsikan tapi tak sehebat cerita di Medan la. Sebab aku pi dua hari ja. Sehari di Singapore, sehari di Johor. And for both days aku enter theme park ja -__-" HAHA but setiap kali aku pi Kembara Mencari Ilahi, diawal perjalanan aku dah doa "semoga ALLAH mengajar aku sesuatu dan ketemukan aku sesuatu tentang kebesaran ALLAH" aminn.



Kedua dan aku rasa benda yang mengubah aku dari sudut 45 darjah ke 360 darjah aku dapat offer Skim Latihan 1 Malaysia under TNB ( SL1M TNB-IBE Fasa 2 ). A day before aku ke Singapore dapat offer letter yang aku layak mengikuti program ni. Alhamdulillah. 


March
Pengembaraan hidup aku bermula disini. Lapor diri di ILSAS pada 2 March 2015 dan mengikuti latihan selama sebulan di ILSAS. Lebih kepada classroom training. Dan benda paling bersyukur aku ketemu sahabat-sahabat baru ( Iqa, Kak nini, Kak juju, Ijat, Wan, Haikal dll ) sampai esok senarai tak habis. HAHA 


Tapi antara paling mengubah diri aku adalah aku jadi leader untuk puak-puak perempuan. Ya aku pernah ja jadi leader sebelum ni. Cuma kali ni berkaitan dengan orang-orang yang betul berjawatan tinggi. Dan ofkos kekok. Tapi Alhamdulillah disebabkan aku jadi leader, aku more positive than negative. Geng lepak pon terbentuk. Rasa gila release tension bila keluaq lepak malam-malam. HAHA mohon jangan ikut.


April
Sebulan ber-On Job Training. Aku dibawah Jabatan ITIM jangan tanya nama panjang dia apa sebab aku pon tak ingat dan dibawah unit Disaster Recovery. Alhamdulillah banyak aku belajaq. First day pon dah dapat banyak kerja. Teruja. Best. Walaupun takdak sangat dalam bidang aku, aku enjoy. Ada kena kerja malam sebab buat Disaster Recovery sistem TNB. Seriously enjoy!! Tapi aku budak Networking dan aku tengah stress duk pikir pasal Master aku tak habis lagi dan semester depan kena buat Research Methodology. So aku request untuk duduk bawah department Network dan semoga aku dapat tajuk menarik untuk projek akhir aku. Aminnn


Untuk Disaster Recovery, actually berat hati jugak nak tinggal sebab banyak lagi tak belajar tapi untuk mengubah nasib diri kita kena berani buat keputusan dan ambil langkah pertama. Dan ya aku dah melangkah sekarang. Next month i will be in Network Team inshaALLAH.


Mei
Terlalu awal untuk aku bercerita tentangnya sebab langit tak selalu cerah. Mungkin awal bulan cerah, tapi hujung tak kan?? HEHE yang pasti aku dah beli dua tiket promosi Air Asia. Satu ke Ho Chi Minh dan satu lagi ke Langkawi. Lepastu end of this month kena pi Outward Bound Malaysia ( OBM ) TNB support wehhhh. Pray for me!!


p/s; Macam panjangkan? tapi ni la ringkasan. HAHA

update: boleh ke link ni untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SL1M-IBE TNB

14 January 2015

Selamat Tinggal 2014

"Kau yang berada, nun jauh di utara. Mengapa tiada khabar berita" - Senyum lagi by Mark Adam
  feat Qierra

Alhamdulillah 2014 dah melabuh tirai. . . Sumpah banyak gila duka duka (suppose to be suka duka tapi aku terlalu banyak duka) HAHA seriously kalau aku tengok balik ke belakang (tahun 2014) aku tak dapat nak bayangkan betapa serabutnya aku. 

Tahun depression
Tahun aku muflis
Tahun percintaan <-- macam poyo
Tahun pencarian identiti
Tahun belajar kenal dunia
Tahun keserabutan tahap maksima


Aku ada sampai terfikir nak bunuh diri sebab depress sangat pasal kerja. Tapi HAHA kerja ja kot. Alhamdulillah dah lepas. Depression kedua aku pasal "percintaan". Macam poyo tapi ada jugak depress. Tapi depression ni tak seteruk masa pikir pasal pekerjaan la. Depression ketiga, aku muflis. Kerja takdak, yuran master tak bayar, duit kereta takdak, duit insuran lagi. Umpama jatuh ditimpa tangga pastu tangga tu pulak ada paku. Sakit dia. Auchhhh!!!


Tapi setelah semua tu aku lalui. Alhamdulillah, aku tak buat benda bodoh. Walaupun ada mencuba. Dan aku bersyukur sangat kat ALLAH setiap kali nak buat benda bodoh, ALLAH akan bagi pertunjuk dan halang benda-benda bodoh tu terjadi.



Dan yang paling aku bersyukur, aku sedar. Aku lihat dunia. Aku rasa apa orang lain rasa. Aku lebih memahami orang yang jadi macam aku. Aku tak judge dah orang yang senasib aku. KAHKAHKAH aku sembang apa ni?? Tapi tu la aku nak habaq. 



So tahun 2015 dah datang. Alhamdulillah, permulaan yang sangat baik. Bapak aku dah umur 50 dan dapat KWSP. So family aku macam stabil sikit. Tahun 2015 juga aku cuba merancang untuk jadi lebih baik, lebih bagus, lebih segala-galanya kecuali lebih LEMAK.



Aku berdoa, semoga tahun 2015 adalah tahun kebanggaan aku. Tahun kekuatan aku. Tahun keberkatan aku dan tahun keredhaan aku. Aminn.



Ya betul tahun 2014 aku sakit, perit, terluka. Tapi aku percaya janji ALLAH. Dia takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu. Dan dengan semua pengalaman tahun 2014 aku dah setapak dan dapat merasa bersama didalam perahu dengan orang-orang senasib. So ayat "kita takkan tahu apa yang dia rasa, apa yang terjadi selagi kita tak duk satu perahu dengan dia" tu aku dah boleh tukaq, aku dah duk seperahu dengan dia.


Akhir kata dari aku, doakan aku habis master tahun ni dan dapat jadi seorang betul-betul hamba kepada ALLAH. Aminn


p/s: Aku pi Medan 21/1-24/1 ni. Semoga ALLAH tunjukkan sesuatu untuk aku tentang kebesaranNya.


double p/s: Kazen kesayangan cheq dah nak kawen. Sumpah taktau nak gambarkan perasaan ni camna. Tapi apa-apa pun cheq happy dan doakan kebahagian hang. Love u akak Nurul 'Ain Binti Mat Rodzi.