07 December 2015

Menjawab Persoalan SL1M-IBE TNB

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Disaat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangimu,
Ku pasrah diatas kehendak yang ESA . . .

Kau Sahabat Kau Teman by Hijjaz


Memandangkan aku tengah takdak kerja dan atas permintaan rakyat Malaysia, aku berbesar hati nak cerita lebih lanjut pasal SL1M-IBE TNB. Kalau yang ni pun tak cukup jugak info, aku pun taktau dah nak buat camna kat hangpa. Sebab dulu masa aku masuk SL1M ni. Info hanya 1 poster dari TNB cerita apa benefits masuk. Tu ja. 


Lepas interview pun main redah ja sebab TNB panggil interview gila short notice. HAHA tapi Alhamdulillah aku disini merasa kerja dengan orang TNB. Gitewwwww!! Ok takyah bebel panjang, aku cuba jawab soalan-soalan berbangkit setiap kali TNB bukak SL1M ni.


Soalan apa yang akan ditanya semasa interview SL1M-IBE TNB?

Actually benda ni cliché. Soalan sama ja untuk semua interview. Tapi since ni SL1M saja, takdak la teruk sampai tanya soalan teknikal. Semua soalan lebih kepada borak-borak kosong. Tanya pernah buat apa? Kerja mana dulu? Ada apa-apa nak share. Kiranya memang sembang-sembang kosong. Interviewer nak tengok personality hang camna. Hang ni orang macam mana.

Masa aku interview dulu, aku sembang pasal aku pi travel. Kenapa aku suka travel? Pastu soalan dia, apa yang aku dapat dengan travel? Senang ja kan? Kalau hang tembak pun boleh. Tapi benda ni atas diri hang jugak. Sebab orang nak tengok kejujuran hang tu.


Masa interview kena Speaking London full dengan British accent ker?

HAHA kalau hang mampu kasi accent British. Kasi bubuh sahaja. Tapi macam aku katakan, ni SL1M ja. Takdak apa sangat pun. Before start interview interviewer ada cakap, kalau boleh cakap English dipersilakan. Tapi kalau nak cakap melayu pun takpa.

So aku sebagai seorang yang makan sambal belacan hari-hari Malay accent aku la paling hebat. Aku cakap fully Malay. HAHA janji ada topic menarik nak sembang dan paling penting JUJUR dalam kata-kata.



Interview dimana?

Ada yang bertanya interview dimana. Masa SL1M-IBE TNB Fasa 2 kumpulan 1a, semua kena interview di Dua Sentral dengan TNB HQ Bangsar. Tapi start Fasa 2 Kumpulan 1b dan Kumpulan 2 interview di negeri masing-masing. So untuk future interview dimana adalah sangat susah untuk aku nyatakan disini. Aku takdak mejik gitew :D



Bila boleh dapat keputusan interview?

Kalau tak silap aku, dulu aku interview hujung bulan Januari. Kalau tak silap 30/1/2015 dan aku dapat keputusan interview 26/2/2015. Pastu mintak lapor diri 2/3/2015. So memang tak berani nak jamin bila keputusan tu akan keluaq. Sebab SL1M Fasa 2 Kumpulan 2 baru-baru ni pun kalau tak silap aku lama jugak baru deme kena panggil. So kalau hang teringin nak merasa kerja TNB, sabaq jela.

pssst.... sekarang tengah inteview SL1M Fasa 2 Kumpulan 3 7/12-11/12 dan dijangka lapor diri 28/12. Awal pulak kan masuk?haha



Persiapan masuk ilsas?

Tak payah nak buat persiapan sangat. Macam mana masuk hostel sekolah dulu. Macam tu la hang siap. Cuma takyah la tanya nak keluar boleh ke tak. Sekarang hang staff, takkan nak keluaq pun tak boleh dan nak mintak kebenaran. Cuma kalau ada aktiviti pastu hang gatai nak merayau pusing IOI melampau la. HAHA

Kereta ka, lori ka, motor ka, nak angkut, angkut saja. Ni macam hang pi outstation ja. Cuma hang duduk sana sebulan. So lama la kan. Bawak baju cukup. Baju nak pi kelas. Baju riadah. Kain solat. Alat tulis. Settle.



Penginapan masuk Interview, kursus di ILSAS dan On Job Training(OJT)?

Ada yang menanyakan saya dari Kedah, datang interview penginapan disediakan tak? Errr aku macam taktau nak jawap macam mana. Selama aku hidup ni tak pernah lagi pi interview penginapan disediakan. Ya aku tahu ada company sediakan tapi ni interview untuk SL1M kot? Sorry kerajaan pun takdak bajet nak menampung semua tu. Guna logik la please. HUHU benda simple. Melainkan la interview untuk jawatan CEO mana-mana company, mungkin penginapan disediakan. Sorry :'(

Untuk kursus di ILSAS selama sebulan, penginapan akan disediakan. Sebab ILSAS memang tempat training untuk staff TNB dan memang ada hostel. So nanti bawak diri ja mai ILSAS, duit pun tak payah bawak sebab makanan pun diberi. Cuma nak suap dalam mulut tu kena sendiri la. HEHE #hambar


Masa OJT pulak, untuk batch aku Fasa 2 Kumpulan 1a semua OJT di area KL dan di kawasan/tempat TNB yang utama. Penginapan tidak disediakan tapi bagi yang OJT di stesen janakuasa yang ada kuaters boleh apply. Kalau nasib menyebelahi, ada kekosongan boleh la duduk kuaters.Tapi yang duk area KL tu sorry, kena sewa rumah.




Division mana akan diletakkan masa dalam ILSAS?

Tu aku pun takpasti camna dia nak tempatkan cuma nak kabo ada 6 division. Hang pikiaq la hang sesuai division mana. Budak-budak engineering aku taktau camna depa bahagikan tapi budak-budak bukan core business dah jelas dan pasti. Jangan tanya lagi, nanti kat sana pandai-pandai la….
Generation
Transmission
Distribution
IT
Human Resource
Finance
 

Adakah akan diserap?

Ni la soalan paling popular dan paling benci dan paling menyampah aku nak jawap. Sebab HR dah bagitau awal-awal yang program SL1M-IBE TNB adalah untuk memberi LATIHAN sahaja. Dan masa sesi dengan CEO baru-baru ni, CEO pun dah jawap yang tiada keperluan untuk mengambil pekerja. So kalau berangan masuk program ni untuk diserap, istigfar la banyak-banyak.

Kalau ada kekosongan pun TAKKAN DISERAP. Hang kena jugak pi interview dan ikut proses macam orang luaq nak mintak kerja dalam TNB. So istilah SERAP tu tak wujud. Hangpa bolot ja ilmu masa training kat sini, lagipun CEO cakap training under TNB pun dah gah. InshaALLAH ada company lagi hebat nak hired hangpa nanti. InshaALLAH.


Aku rasa dah cover semua persoalan dah kot. Kalau ada lagi tu korang email ja la soalan kat aku itubukansaya [at] gmail [dot] com. InshaALLAH aku balas. Email tu dah macam main whatsapp bagi aku. So tarak hal la kalau nak reply demi hangpa. HAHA

 ************
Ok sebelum aku bagi salam. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Tunku Abdul Jalil Ibrahim atas kemangkatan beliau. Sumpah aku sedih tapi ALLAH lebih sayangkan dia.


p/s: Tinggal lagi 85 hari sebelum habis training di TNB. All the best sapa join SL1M –IBE TNB