31 January 2014

Jiwa Kosong

" Kita takkan dapat apa yang kita nak tapi kita akan dapat apa yang kita mahu " - Caen


Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita nak macam-macam. Nak itu nak ini. Tengok tu teringin tengok ni teringin. Semua la kalau boleh dapat nak. Tapi bila buangkan emosi, campakkan nafsu, waraskan pemikiran dan berfikir. Dalam hidup ni sebenarnya aku nak apa? Apa yang aku cari? Apa yang aku perlu? Apa yang aku mahu?


Krik krik krik . . . NOTHING? 


Nothing bukan bererti aku taknak apa-apa kat dunia ni. Tapi nothing yang membawa erti aku taktau apa yang aku perlu dan mahu dalam kehidupan ni. Aku rasa kosong. Jiwa aku kosong. Hari-hari yang dilalui hanyalah hari, bukan sesuatu yang aku nak. Hari silih berganti tapi pengisian hari hanyalah kosong.


Hidup aku bosan . . . sepi . . . tercari-cari . . .