25 February 2019

Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Bajet Kasar)


Ku sedar untuk pertama kalinya
Transisi lena ke alam nyata
Ku telanjang terlantar
Ku tanpa seurat benang
Ku hadir dan aku tahu
Ku juaranya

Vortex - Faizal Tahir

Tahun 2019 adalah tahun yang sangat sibuk. Baru dua bulan tapi kerja macam untuk setahun dah. HAHA stress pastu serabut semua la hinggakan aku rasa 2019 masih belum tiba. Makanya kita perlu berjalan-jalan mengembara mencari tuhan agar diri ini tenang. Yeahhh!!


Aku dah beli tiket untuk trip ni dari bulan September 2018, lama gila dan tazabar gila. Itinerari dah siap dua minggu lepas. Nak kongsi dengan hangpa tapi disebabkan tak pi lagi, risau tak tally pulak. HAHA makanya aku tunjuk dulu perbelanjaan kasar untuk kesana.


Trip kali ni 6hari ja. Macam pack jugak sebab pi 3 tempat tapi bila lagi kan nak merasa HAHA jiwa kena kental. Peluang bukan ada dua kali. Tiket flight pun murah gila time ni. Perbelanjaan tak la murah gila tapi boleh la untuk golongan marhaen. Cari hotel pun asal boleh lena ja yeahhh!!  


Tiket Flight

Time ni ada offer apa ntah. Secara kasar ke Brunei RM39, Miri ke Kuching RM49 dan Kuching ke Kuala Lumpur RM 99. Murah kan? Tiket untuk sorang.
1. KUL - BWN : RM 121
2. MYY - KCH : RM 151.24
3. KCH - KUL : RM 301.24

Total : RM  573.48 / 3pax

Lepastu tiba-tiba nak tambah baggage pulak. Aku tambah sekali makanan sebab masa pergi ke Brunei tu pagi buta dan sampai Brunei terus nak gerak ke tempat yang dituju. Tak sempat untuk sarapan.

1. Baggage 25kg  + Meals : RM 97 (KUL-BWN)
2. Baggage 20kg + 20kg : RM 70.20


Total : RM 167.20 / 3pax

Aku bayar guna BigPay. Aku dah cuba beli tiket flight beberapa kali dan aku tengok kalau kita beli baggage akan dapat diskaun RM 2 dan kalau beli meals pun dapat diskaun RM 2 bagi setiap meals. Kelebihan BigPay hang takkan kena processing fee RM 4. Nampak dak banyak gila diskaun.

Nah amik referral code BigPay aku. Dapat lagi RM10 dalam kad nanti. Bayar RM 20 untuk kad nanti total dalam kad ada RM30 ngeee~~~ JPLO1XXRQF
Tiket Bas

Ada flight tapi saja nak try jalan darat dari Brunei ke Miri. Bila lagi nak merasa kan? HEHE

https://www.easybook.com/en-my/bus/booking/bruneidarussalam-to-miri
Bas ke Miri : RM173.70 /3pax (Booking online di Malaysia)

Perbelanjaan

Brunei
1. Hotel  : BND 60 (2 hari)
2. Boat : BND 6
3. Kereta : BND 120 (2 hari)
4. Lain-lain : BND 100

Total: BND 286 /3pax


Miri
1. Hotel : RM 100.70 (sehari)
2. Kereta : RM 150 (sehari)
3. Minyak : RM 50
4. Taman Negara Niah : RM 150
5. Taman Negara Lambir : RM 30

Total : RM 480.70 /3pax


Kuching
1. Hotel : RM120 (2 hari)
2. Kereta : RM150 (1 hari)
3. Minyak : RM 100
4. Taman Negara Bako : RM 150
5. Cultural Village : RM 150

Total: RM 670 /3pax



Jumlah Kasar : 

RM 573.48 + RM 167.20 + RM173.70 + RM 480.70 + RM 670
 = RM 2065.08 + BND 286 (Tukaran RM 3.01)
 = RM 688.36 /pax  + BND 95.33 (+-RM 287)

Bebelan akhir : InshaALLAH nanti balik aku update full itinerari na. Tapi hang jangan la harap sangat. Sebab malas tu kan middlename aku. HAHA

15 February 2019

Review Buku #1 Bukan Salah Cikgu - Azmira Amran

Matikan dia, matikan semua rasa hampa
Matikan diri, dari semua lara
Biarkan mati, biar mati semua virus yang membawa duka
Matilah..

Mati - Faizal Tahir


Dah lama gila tak buat review buku. Membaca pun dah malas, walhal dulu aku baca buku dekat 50 buah lebih setahun. Sekarang 10 buah buku pun sendu. Makanya azam tahun baru, sebuah buku sebulan. Yeahhhh inshaALLAH.


Tapi buku ni aku baca Februari HAHA Januari punya buku tak baca errrr adeh. Takpa kita teruskan hidup seperti biasa walaupun jadi bangsa bodoh tidak membaca. HUHU


Disebabkan dah lama gila tak membaca dan buat review buku, mungkin skill tulis review tak sekencang dulu la. Harap maaf ya semua. Aku cuba baiki dengan lebih banyak membaca selepas ini inshaALLAH. Ok jangan bebel dah

********




Sebenarnya buku ni aku dah baca tahun lepas beberapa bab, namun kekangan masa dan tahap kemalasan yang mendewa. Aku gagal. Alhamdulillah Februari 2019 aku selesai jugak baca buku ini dan menyesal tidak baca terlebih awal.


Buku jika tak silap ada sebahagian dari status Facebook penulis yang menggambarkan kekesalan terhadap sistem pendidikan Malaysia yang gagal melahirkan graduasi dan anak-anak muda yang mendidik jati diri seorang insan. Penceritaan dalam buku ini adalah sekitar tahun 2015 dan 2016 dimana kerajaan masih dibawah naungan Barisan Nasional.


Kenapa perlu aku nyatakan tentang masih berada dibawah naungan Barisan Nasional? kerana perubahan drastik dalam sistem pendidikan Malaysia bermula berubahnya kerajaan. Itu cerita lain.  


Sepanjang aku baca buku ini, penulis menekankan beberapa perkara seperti tugas guru yang sudah lari dari bidang mengajar, sistem pendidikan Finland dan PISA (Programme for International Student Assessment).


Buku ini menceritakan tentang rungutan dan bebanan yang dialami oleh guru-guru kita yang dibebankan dengan kerja-kerja pengkerani yang menyebabkan tugas utama seorang guru sebagai pengajar bukan lagi tugas utama.


Selain itu, dengan adanya PISA, Malaysia tidak terkecuali untuk menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan untuk untuk memastikan Malaysia berada di ranking atas untuk sistem pendidikan. Namun, itu bukanlah matlamat utama PISA. Sebagai contoh negara Finland, tidak pernah membuat persediaan peperiksaan PISA kerana mereka percaya didikan sahsiah secara menyeluruh dapat melahirkan pelajar yang mampu menghadapi segala cabaran diluar sana. 


Ini bermakna, semasa menjalani peperiksaan dan selepas habis peperiksaan, pelajar tersebut adalah diri yang sama. Bukan seperti negara-negara yang memaksa pelajar untuk persediaan peperiksaan PISA namun selepas tamat peperiksaan, sahsiah atau jawapan yang diberikan tidak selari dengan jati diri pelajar tersebut.


Penulis juga mengagumi sistem pendidikan di Finland dimana memberi ruang kepada pelajar untuk belajar tanpa memberi tekanan bahawa diakhir pelajaran akan wujudnya peperiksaan. Sistem pendidikan yang percuma membuatkan lahirnya ramai rakyat yang memiliki Sarjana. Selain itu, profesion guru juga dipandang tinggi disana dan memiliki gaji yang tinggi.


Dengan adanya kerajaan baru, Kementerian Pendidikan yang di takbir oleh Dr Mazlee sedang berusaha membawa sistem pendidikan Malaysia ke arah seperti di Finland. Ini adalah satu usaha yang baik walaupun ada sebahagian ibubapa melihat perkara ini merisaukan bagi mereka kerana telah bertahun-tahun pendidikan Malaysia berdasarkan peperiksaan dan ranking. Aku sebagai generasi yang berpandang kehadapan merasakan usaha Dr Mazlee harus dipuji. Syabas Dr!

Namun usaha untuk kebaikan pasti ada dugaan. Aku doakan satu hari nanti Malaysia akan jadi setanding dengan sistem pendidikan di Finland. Amiinn


"Seorang guru tidak boleh mengubah sistem pendidikan jika sistem pendidikan masih terkongkong. Seorang menteri tidak boleh mengubah polisi jika masyarakat masih menentang semua keputusan kementerian. Seorang ibu tidak dapat mengubah persepsi mengenai peperiksaan jika masyarakat masih mengagung-agungkan peperiksaan sekadar atas nama peperiksaan"
- Azmira Amran



Bebelan akhir : Jika kita tak berubah sekarang, macam mana generasi kita dimasa hadapan. Jangan lupa, pemimpin dimasa hadapan adalah remaja dimasa kini.