Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Sebuah Pertemuan by UNIC
Happy Birthday Prasadh M. <3
Hari Satu - 27 Febuari 2019
KUL (KLIA2) - BWN (Bandar Seri Begawan Brunei Airport)
Seperti trip sebelum ni, nak tiket murah mesti jadi nyanyok ambil flight paling awal. Lepastu tak tengok waktu subuh pukul berapa. Adeh!! Alhamdulillah selamat sampai dan tak terlepas flight HAHA. Hari ni kalau ikut itinerari yang dibuat banyak tempat yang nak pi. Tapi kita hanya mampu merancang, ALLAH tentukan semuanya. Walaupun orang cakap Brunei ni takdak apa, masa buat itinerari ni tak cukup nak sumbat tempat yang best boleh pi. Makanya hari ni kami pi part paling jauh dulu iaitu Kuala Belait. Dari Airport Brunei nak ke sini dalam 1 jam 30 minit. Antara tempat yang best yang kami lawat hari ni adalah
1. Menara Cendera Kayangan
2. Tugu Teapot (tengah-tengah roundabout)
3. Monument Billionth Barrel (masa pi ni tengah ada construction)
4. Tasek Merimbun Heritage Park (titi dah reput huhu)
1. Menara Cendera Kayangan
2. Tugu Teapot (tengah-tengah roundabout)
3. Monument Billionth Barrel (masa pi ni tengah ada construction)
4. Tasek Merimbun Heritage Park (titi dah reput huhu)
**********
Menara Cendera Kayangan
![]() |
Menara Cendana Kayangan |
Menara Cendana Kayangan |
Menara Cendana Kayangan |
Ni macam landmark ja. Menara dia pun macam Menara KL yang versi rendah. Taman dekat situ cantik la. Cuma masa kami mai ni tengahari rembang. Panas gila Brunei ni HAHA sini sekadar nak bergambar boleh la. Takdak apa sangat. Tapi dah sampai takkan tak melawat ye dok? Bukan boleh datang selalu pun.
Tugu Teapot
Tugu Teapot - Sumpah malas nak crop dengan edit HAHA |
Aku taktau pun benda alah ni. Si Hanim yang letak dalam itinerari. Punya la waze cari, rupanya dia tengah-tengah roundabout. HAHA makanya ambil gambaq dari dalam kereta ja la. Hang boleh bayangkan dak? Tengah bawah kereta, tengah pusing roundabout dan hang duduk belakang ambil gambaq. HAHA terteleng-teleng aku HAHA
Monument Billionth Barrel
![]() |
Monument Billionth Barrel |
![]() | |
Ni dekat pintu nak masuk Monument Billionth Barrel |
Tak pasti apa sejarah dia, hang boleh Google tapi rasa macam berkaitan dengan minyak depa. Aku assume ja. Malas la nak Google. Nak aku Google ka update blog? HAHA haa masa sampai sini ada ja kereta dua tiga bijik. Tapi masalahnya nak ke Monument tu jalan tutup sebab tengah construction. Depa nak upgrade kot tempat tu. Makanya aku pun bergambo je la dari jauh. Sedihhh!!
Tasek Merimbun Heritage Park
![]() |
Muzium Tasek Merimbun |
![]() |
Muzium Tasek Merimbun |
Tasek Merimbun |
Tasek Merimbun |
Tasek Merimbun |
Tasek Merimbun |
Taman Rama-rama yang tak berapa ada rama-rama. Ada budak mengantuk :') |
Banyak sebenarnya tempat menarik dekat sini antaranya tempat nak trekking, muzium apa ntah, taman rama-rama yang hidup segan mati tak mahu dan titi kayu yang reput. HAHA seriously weh sedih tengok. Aku tak pasti diorang tak jaga atau sebab orang tak datang. Trekking tu dekat dengan muzium, macam ada chalet pun ada. Tapi aku tak pasti. Untuk ke titi kayu tu hang kena keluaq balik ke jalan utama dan terus ke depan sikit. Titi ni dekat dengan kawasan penduduk kampung dekat situ. Sedih tengok titi dah macam nak roboh. Tapi view cantik. Sini jadi tarikan sebab air tasik dia warna hitam.
**********
Settle Kuala Belait, kami balik ke town. Sampai awai jugak, makanya pusing-pusing je la. Lepastu nampak singboard Jerudong Park. Nampak ada orang main polo. Saja la kata Prince Mateen ada. Memang dalam hati terdetik ka or nak tengok tu takdak. Ataupun expect dia main pun tak. Tapi sebab kami free pi je la lepak situ. Pi duduk Grand Stand ok. Semua tengok pelik. Pastu sembang la dengan orang situ. Duk tengok sambil sembang lama jugak. Sekali dia tanya tahu tak sapa tengah main. Mesti la tak tahu. Pemain Polo Malaysia selain KJ pun aku tak kenal. Ini pemain Polo Brunei dan taktau ni peringkat apa. Sekali rupanya Prince Mateen. Menggeletis kau!! HAHA
Prince Matenn - Jerudong Park |
Yang duk sembang dengan kami tu rupanya pembantu Prince Mateen. Sumpah helok!! Helok lagi dari Prince Mateen. Aku pun snap la gambo Prince Mateen main Polo selepas tanya boleh ka amik. Dia kata boleh tapi kalau Prince datang jangan la serbu. HAHA hello!! Kami ni 29/28 tahun ok. Gila nak buat perangai tak matang HAHA mesti la tak. Tapi duk tak lama lepastu pengurusan tempat tu datang halau kami. Kata tak boleh ada dekat sini. HAHA confius aku, pembantu dia siap offer duduk dekat situ tapi pengurusan situ pulak tak bagi. Sedih lagi!! HUHU
Hiyakkk!! Prince Mateen |
Taktau nama apa tapi aku rasa Pantai Jerudong HAHA suka hati bagi nama |
![]() |
Pasar Gadong - Lapo sangat dah tu :p |
Membawa hati yang lara. Kami lepak la dekat tepi pantai dekat Jerudong Park tu. Taktau la nama apa pantai tu. Tengok sunset sambil membawang isu tadi HAHA. Hari nak gelap dah, kami balik hotel dan pi Pasar Gadong untuk makan. Pasar Gadong ni macam pasar malam berbumbung. Subhanallah!! Nikmat duduk Brunei ni adalah makanan murah. Nasi Katok $1, scallop $2, air $1. Boleh hidup ooo duduk sini. Memasing lapaq. Pelahap habih HAHA. Balik hotel, mandi solat tidoq
Link ke full itinerari <- Klik sini
Bebelan akhir: Antara nikmat pi Brunei, tempat solat bersepah. Cuma diri hang ja nak pi solat or tak. Stesen minyak dia pun surau best. Nikmat oiii!!
No comments:
Post a Comment