06 June 2019

IndoChina 1.0 : Backpacker ke Cambodia (Kemboja) - Thailand

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Bawaku Pergi by Kaka Azra ft Zizan Razak




Sebenarnya ini adalah trip yang tak dirancang. Aku baca-baca dekat BBM (Buddies Backpacker Malaysia) ada seorang awek (Juita) ni post nak ke Sihanoukville dan beberapa tempat lagi melalui jalan darat. Memang cita-cita aku nak buat IndoChina jalan darat sejak-sejak duk baca blog Budak Letrik. Part paling best tiket kapalterbang ke Sihanokville hanya RM69. OMG tak boleh tahan dan tak boleh lepaskan .

Aku tak berapa ingat sangat route dia sebab itinerari bukan aku buat dan trip ni tahun lepas haha tapi aku dah abadikan semuanya dekat instagram aku. Nanti aku bagi link sekali semua. Hangpa rajin-rajin la yer baca. Itinerari pun aku akan bagi dekat last post ni. Tapi itinerari tu tak berapa lengkap, paling lengkap dekat instagram aku. Biasa la last minutes perubahan dengan benda-benda yang tak dijangka berlaku HAHA Jyeahhhh!!!


pssstt: aku malas nak karang balik. So aku copy paste je dari Instagram aku. Gomenasai!!

*********


Route yang dipilih :

Kuala  Lumpur - Sihanoukville - Koh Rong Island (Coconut Beach) - Sihanoukville - Phnom Penh - Siem Riep - Poi Pet - Aranyanprathet - Bangkok - Pak Chong - Ayutthaya - Kanchanaburi - Bangkok - Hatyai - Kuala Lumpur

Sebelum bertolak:

Sebenarnya trip ni ada 5 orang. Kak Nita, Kak Ana, Juita, Rafie dan Aku. Kami bincang semua dekat group Whatsapp dan tak pernah jumpa. Lagi sebulan sebelum pergi baru jumpa dekat Bangi sebab Juita tak habis belajar lagi di UKM buat Master. Yang lain-lain semua dah kerja. Tapi tiba-tiba Kak Ana tak dapat join sebab nak ke Umrah dan Rafie pun tak dapat join sebab kena jadi mutawif. Makanya tinggal la kami bertiga, Kak Nita, Juita dan Aku.

Bajet kasar RM900++ dan kebanyakkan makanan kami bawak dari Malaysia. Cuma dekat tempat-tempat tertentu ja makan luar. Walaupun bajet kasar RM900++ aku bawak jugak duit-duit yang baki trip dulu. Dan pernah sekali bawak keluaq duit dekat Thailand sebab tukaq train dan shopping dekat Haytai HAHA

Total hari semua dalah 9 hari je. Pengangkutan kapal terbang sekali dari KUL ke Sihanoukville. Yang lain-lain kebanyakkan bas, minivan, feri dan kereta. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang :)

Hari 1 - Kuala Lumpur - Sihanoukville - Koh Rong Island (Coconut Beach)





[24012018] Tiba jam 2.15 petang waktu tempatan . Waktu Kemboja adalah 1 jam awal dari waktu Malaysia . Sampai ja airport dan ada tragedi beberapa penumpang dari Pesawat AK265 tidak dapat VOA pass . So tanya abam Imi dia kata amik sana, pastu amik situ, pastu amik sinun ๐Ÿ˜‘ 

Jeti nak ke Koh Rong

Last-last beratuq ja dalam barisan nak cop tu sebab penat kehulu kehilir. Hoo airport dia sekangkang kera ja. Tapi kehulur kehilir tanpa tujuan penat oooooo . Masa beratuq tu tanya kat abam Imi lain dan baru dia bagi. Huhu taktau la sebenarnya tak paham ke apa . Lepas keluaq airport, amik van ke Downtown beli tiket ke Koh Rong dan beli tiket untuk esok nak ke Phnom Penh . Sekarang dalam kelambu tengah menikmati katil yang empuk sambil memaki hamun diri sendiri sebab bawak separuh rumah dalam beg 45liter yang berat NAMATi!

Tunggu speed boat tak sampai-sampai

Mana mau pergi semua ada
Dah sampai pulau :)
Sekian laporan hari ini. Woii tenet sini laju. Cicak sini besaq gila wehh!!! Tak sempat amik gambo sebab lapo. . First day gambaq tak banyak sebab penat tak biasa lagi plus malas nak angkat lensa gitew. Hang sabaq sat!

#indoChinaTrip 
#backpackers
#cambodia 
#kohRong 
#sihanouville
 
Hari 2 - Koh Rong Island (Coconut Beach) - Sihanoukville - Phnom Penh






[25012018]
Bangun 5.30pagi waktu tempatan dan ini bermakna 4.30pagi waktu Malaysia!! Untuk solat subuh la pastu lena balik. ALLAH tu ada di mana-mana bukan tertinggal kat Malaysia hokay ๐Ÿ˜So lepas tu sambung tidoq 7.30pagi mandi dan mengemis ayaq panas kat hostel ni. Siap kena kutuk dalam bahasa Cambodia lagi sebab mintak ayaq panas haha whatever!! Perut dah kenyang jom jalan-jalan tengok sunrise, berkejaran dengan anjing-anjing pantai, cuci mata dengan abam-abam matsalleh, amik gambaq apa yang patut
Chalet kitorang. Suasana kampung habis

Tempat Lepak

Tiket nak naik boat sat lagi

Banyak betul tiket dia bagi
Settle semua tu balik bilik kemas barang. Ready to check out dalam pukul 11 lebih. Pastu tunggu macam orang bodoh tepi jetty sebab nak balik tanah besar. Lebih kurang pukul 1 tengahari bertolak ke tanah besar dan berjalan lengang kangkung menuju ke tempat beli tiket mini bus semalam. Ada la dalam 10 minit plus-plus kot jalan. Maki hamun jugak kat beg berat hahaha
Ni dekat RnR depa. Hang tengok jalan dia. Berdebu!!
 Sampai tempat mini bus tu solat jamak qasar Zohor Asar dan jyeah!!! 6jam dalam mini bus menuju ke Phnom Penh. Ada la berenti sekejap. Driver cakap “rest for 10 minute” 10 minit Cambodia tu aku rasa 30minit jugak la ๐Ÿค”Perasaan 6jam? Tahu bantal tidur yang terpenyet? Tu la bontot aku. Rasa nak je tepuk-tepuk bagi kembang balik ๐Ÿ˜‚

 
Dah sampai Phnom Penh
Alhamdulillah sudah sampai ke hostel. Dan pub diatas bilik. Jyeahh joget lambak la jawapnya ๐Ÿ˜‘Lapaq hang tak payah cita, punggah beg semata nak cari sambal ikan bilis PDRM blurghhhhh Alhamdulillah

Nota kaki: Nokhorom jalan depa pening pala tengok. Ofkos sampah teruk, driver pun suka hati masuk lane orang. Hon takyah kabo la. Tu tak cita sepanjang jalan semua bagi lampu tinggi. Berdarah mata!! Makanya bersyukurlah duk Malaysia tanah tumpah darahku ❤️


#visitCambodia
#Cambodia
#phnomPenh
#sunrise
#coconutBeach
#indoChinaTrip

Hari 3 - Phnom Penh - Siem Reap
 


[26012018]
Hari ni takdak target nak pi mana pun. Sebab buat Phnom Penh macam transit sebelum pergi ke Siem Reap. So bangun pagi then just jalan sekitar bandar Phnom Penh ja.Ada tasik ke laut pun taktau la sini pastu jalan ke Palace dia. Dan tetiba ada uncle ni approach cakap jom pi Killing Field. Macam lagu Hael Husaini bagai di jampi kami setuju untuk ke sana ๐Ÿ˜…

Perjalanan dlm 30 minit juga la naik Tuk Tuk ni. Jalan dia hg takyah cita la. Habuk berterbangan dan confirm la malam tu taik hidung hang penuh haha ๐Ÿ˜‚ Sampai Killing Field akan dapat headphone dgn decoder untuk dengaq sejarah dia. Nak tau sejarah dia hang google ja. Yang pasti Cambodian killed Cambodian.

Balik dari Killing Field tu, memang benar la macam lagu Hael Husaini kami sekali lagi kena jampi untuk amik tiket pi Siem Reap. Ragu-ragu gak sebab Tuk Tuk yang bawak. Pastu dah ada depan kaunter malas fikir amik jela. Balik hotel dapat wifi terus search pasal company Rith Mony tu dan taraaaa!! Takdak 1 pun review yang baik ๐Ÿ˜‚ semua cuak nak mati dah. Perjalanan yang hanya 6jam ada yang bagitau sampai 12jam ๐Ÿ˜‘
Ni kalau tak silap tempat diorang kena bunuh

Dalam ni penuh dengan tengkorak orang yang dah kena bunuh

Kami amik tiket midnight sebab pikir sampai Siem Reap terus p Angkor Wat tapi kalau dah review camni hang rasa? Susun la strategi utk mintak refund but of course la tak boleh. So tukar amik pukul 7.30malam. Member siap tny confirm tak berenti amik orang ek. Dia pun iye kan saja pfftt. Bas datang 8malam (normal la, bas Malaysia pon selalu lambat ๐Ÿ˜‚) so perjalanan bermula. Selama sejam yang pertama. Rasanya setiap 10minit bas berenti dan pelik nokhoromnya hampir semua turun dan setiap tempat yang berenti tu orang yang sama turun ๐Ÿ˜‘
Nampak dak?? Err seram
Takkan tangki kecik ka ? Hahaha dah la dalam tiket tulis seat lain dan seat tu ada orang duduk ๐Ÿ˜‘ pastu 1 seat tu ada sampai 2 orang ๐Ÿ˜‘ 2 seat duduk 3 orang. Actually nice ja dia punya sleeping bus ni tapi aku sebagai orang Europe, space untuk kaki tu tak cukup panjang huhu. Tu ja la yang rasa tak ok tapi selepas sejam pertama tu bas bergerak lancar seperti dijadualkan. Walaupun sejam lewat tiba tapi Alhamdulillah takdak la benda buruk terjadi spt review tulis dan sampai 2.30pagi di Siem Reap.

#indoChinaTrip
#phnomPenh
#siemreap

Hari 4 - Siem Reap (Angkor Watt)
 

[27012018]
Start dari sampai Stesen Bas Siem Reap pukul 2.30pagi kami tunggu sampai pukul 4.30pagi untuk TukTuk datang pick up. Beli tiket one day pass ke Angkor Wat dan pi solat subuh di Restaurant Muslim berdekatan Angkor Wat. Tak sempat dah haih nak mandi ka apa, pi terus Angkor Wat untuk tengok sunrise. Masa kami sampai ni dah ramai, tapi masa duk tengok tu pun masih berpusu-pusu lagi masuk sini gila kentang ramai.
Angkor Watt
Habis dah menikmati ciptaan ALLAH, kita tengok ciptaan manusia pulak. Start jalan dalam Angkor Wat dan ke wat-wat yang lain. Wat ok bukan wad ๐Ÿ˜Dalam pukul 12 tengahari tu settle lawat beberapa wat kami decide nak balik sebab dah lemau. So balik bilik lena!!! Cover balik yang dah yang semalam tu tak lena. “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”


Tak pasti dah ni Watt mana satu. Dalam Angkor Watt tu banyak Watt yang kecik-kecik
Malam jalan pi makan di Siem Reap Muslim Backpacker Restaurant dan Night Market. Balik kemas barang dan lena
.
Hooo tak lupa jugak Happy Birthday Fatimatulzahrah Che Fauzi ❤️
.

#siemreap
#angkorWat
#indoChinaTrip
#cambodia

Hari 5 - Siem Reap - Poipet - Aranyaprathet - Bangkok

 

[28012018]
Hari terakhir di Cambodia dan hari pertama di Thailand. Jyeahhh!!!

Taxi datang ambil di Siem Ream Pub Hostel dalam pukui 8pagi dan terus menuju ke Poipet (sempadan Cambodia Thailand). Perjalanan memakan masa lebih 2 jam dan yeahhh tidoq lagi dalam keta. Pastu terjaga. Tidoq lagi sampai la sampai

Map dekat Stesen Poipet kot Ke Arayanprathe? Hahaha lupa dah haih
Sampai Poipet masuk imi, bagi passport amik cap cari dengan 4 gaya (haaa kalau nak tau kena pi sendiri la tengok gaya apa haha ๐Ÿ˜‚) habis cop semua terus gerak ke sempadan Thailand cop passport lagi. Punya sempoi nak habaq, takdak check beg apa pon. Jalan pon lenggang kangkung masuk sempadan. Ada la kot 200meter jugak. Habis cop passport amik tuktuk pi stesen ketapi Aranyaprathet. Beli tiket ke Bangkok 48baht ja weh! Murah namati! Dan hang duk atas train tu pon lama nak mati la 6 jam ๐Ÿ˜‚
Cantik Stesen Aranynprathet <3

Gambar wajib bila ada tiket hahahahaha

Penuh oooo. Semua muka penat
Tapi ok ja atas train tu sebab view cantik. 45 stop ja pun. Apadahal so 1 Thailand dah jalan ๐Ÿ˜ (muka bangga bongkak haha). Sampai Bangkok, check in hostel yang super ohsem. Bersihkan diri. Tunaikan apa yang patut. Pi 7eleven dan now nak tidoq

Ni hiasan dalam Hostel Bangkok Backpackers
Dah sampai Bangkok cari 7Eleven ler untuk bekalan esok :)

Sambung esok yaww

#indoChinaTrip
#bangkok
#aranyaprathet
#poipet
#mijahTravel
#iloveThailand
#railway


Hari 6 - Bangkok - Pak Chong (bukan Pak Choy. Tu sayoq -_-)

 


[29012018]
Bangun pagi buta sedih sebab semalam awek German tu dah takdak. Sebab Kak Nita cakap awek tu tunggu untuk cakap goodbye sebelum dia pi airport tapi aku lena lagi time tu huhu. Biaq la kat dia, ada jodoh nanti jumpa lagi. Haha so check out pukul 5.30pagi dan jalan 5 minit ke Hua Lamphong Train Station untuk menuju ke Pak Chong untuk melihat sisa baki sunflower

Tutup hari Isnin huhu
Ambil gambar dekat luar jela
Naik train pukul 6.45pagi dan sampai 10.55pagi dengan menempuh 12 station. Sampai Pak Chong, Yaya yakni driver kami datang kutip untuk misi menjejak bunga-bunga Matahari. First kami pi ke Chokchai Farm. Dalam berjuta review kat BBM, takdak 1 pun review bagitau Isnin tutup haha pfffttt so tangkap gambo luaq ja ๐Ÿ˜ญ

Juita dengan aksinya :'D

Luar pun dah cantik. Dalam?

Jemput makannnn
Lepastu ke ladang sunflower and jyeahh!! Padang jarak padang terkukur ๐Ÿ˜‚ hang expect apa bila hujung Januari kan? So kami pergi membawa hati yang lara. Chocolate Factory dan Palio pi melawat kawasan ja la amik gambo. Dari seribu gambo ada la kot sekeping dua yang boleh nak show off ๐Ÿ˜‚ yang len hangpa mai la sendiri tengok ๐Ÿ˜. Takdak apa pun, just bangunan cantik ja. Ok la not bad bagi yang minat tentang senibina dan cekelat


Kalau pencinta coklat, sinilah. Sinilah tempatnya!!



Then pi Primo Piazza, sini la jumpa Alpaca. Duk bagi makan sambil ajak selfie. Haram sombong. Tapi bila suap makan nganga jugak ๐Ÿ˜ scenery cantik. Ala-ala Europe gitew. Last tempat PB Valley. Dari jauh nampak ladang sunflower. Berlari nak bergambar. Betui kata orang tua-tua. Pabila mendung, hujan turun. Tapi nanti pasti ada pelangi jugak


Ya!! ini Thailand bukan Europe. Malaysia bila nak buat? huhu






So misi menjejak sunflower selesai dan boleh la update kat orang kampung yang kami dah p ladang sunflower ๐Ÿ˜‚


Mission Accomplish!!

Sekian laporan hari ini
#mijahTravel
#sunflower
#khaoyai
#alpaca
#indoChinaTrip
#thailand

pssssst: sini semua tempat cantik-cantik. Nak datang untuk ambil OOTD memang ohsem!! Instagrammer sila la datang yer :p


Hari 7 - Pak Chong - Ayutthaya - Suphanburi - Kanchanaburi
 

[30012018]
Bangun pagi ja nampak view cantik depan guesthouse. Seriously Lake View ni semuanya cantik-cantik. Decorations simple but nice. Dalam pukul 9.30pagi gitu kami dari guesthouse bertolak ke stesen train Pak Chong untuk ke Ayutthaya

Add caption

Tiba di Ayutthaya kami melawat beberapa lagi wat. Sampai cemuih la orang utara kata tengok wat ni. Tapi ni ja yang ada sini ๐Ÿ˜… Tapi sebelum melawat semua tempat tu, kena la isi perut dulu. So nak cari makanan halal bukan senang. Makanya kami guna Muslim Pro apps untuk cari kedai makan muslim






Dapat la 1 kedai ni. Pak Wan Halal Restaurant. Dah dapat nama kita google la review. Perghh belum sampai dah kecur ayaq liuq. Harga murah, makanan sedap, siap dengan aircond. Elok la tu, ketiak pon dah banjir. Memang 5 star la. Kedai makan wajib datang jika singgah di Ayutthaya

Makan taugeh macam tu pun sedap!!
 
Dah habis makan dan melawat jom naik minibus pulak. Dari Ayutthaya ke Suphanburi Stesen. Sampai ja stesen ni mula la ayam dengan itik duk sembang ๐Ÿ˜…orang stesen bas tu tak reti cakap english. Tapi nasib baik sebut nama tempat dia tau. Malangnya kami dah terlepas bas terakhir ๐ŸคฃBaru nak duduk orang jaga tiket jerit panggil, ada bas nak ke Kanchanaburi. Berlari tinggalkan Kak Nita yang masih menikmati pemandangan bas ๐Ÿ˜‚ Dalam pukul 7.30malam kot sampai la Kanchanaburi dan pemandu teksi kencing kami. Hancing la kami sampai kat guesthouse dengan hati yang bengkak ๐Ÿ˜‚
.
Jom tidoq. Kami tidoq atas air ok malam ni. Rumah ni ataih ayaq gitew
#mijahTravel
#ayuthaya
#wat
#pakwanhalalrestaurant
#thailand
#indoChinaTrip

Hari 8 - Kanchanaburi - Bangkok - Hatyai
 


[31012018]
Kadang-kadang rasa greeting matsalleh lagi senang dari bagi salam pada saudara seislam kita sendiri. Bukan nak kata apa, bila pi negara luaq ni dan jumpa orang kita. Aku ni dah renyih macam kerang busuk dah sebab tau kita ni sama. Tapi boleh pulak dia buat muka sombong + dengan jeling kadang-kadang. Pffftt aku pun pi overseas la weh hahha gitew. So bila jumpa matsalleh, hang senyum pon dia dah say “Good Morning” or “Hello”. Bukan payah pon. Takdak la aku malu sangat kalau nak renyih macam kerang busuk pon ๐Ÿคฃ

Pagi ni masa ondaway nak check out hotel, laku depan bilik uncle matsalleh ni. Aku pon say selamat pagi kat dia. Seronok orang tua tu. Siap teman pi train station dan cakap syukur gila selama 3 minggu duk sini, tak cakap dengan sapa-sapa sebab orang Thailand tak paham ๐Ÿคฃ so jumpa kami yang paham english ni. Macam-macam dia cerita. Siap belanja kopi dan nak sampaikan dakyah dia ๐Ÿ˜…
 
Disebabkan dah tak sempat ke Death Railway ๐Ÿ˜ญ makanya pulang la kami ke Bangkok. Sampai Bangkok benda pertama buat lepak 7eleven. Duk Thailand, dapat jumpa 7eleven or Family Mart tu adalah nikmat oii. Macam-macam hado. Kalah tesco Malaysia ๐Ÿ˜‚

Lepastu perut bisik pada hati “hang tak lapaq ka woii” dan tersedar belum makan. Makanya cari kedai muslim. Rupanya kedai muslim dekat gila dengan hostel yang kami duduk dulu. Alaa hostel yang ada awek german tu. Apa la awek tu buat noo. Rindu aku dak? Hahaha. Lepas kenyang jumpa orang Indonesia. Mulanya ingat orang Thailand sebab speaking dengan kami. Sekali deme sembang dua, dengan cakap Indonesia. Apa lagi, buat geng angkut p Chinatown ๐Ÿ˜‚

Balik Chinatown lepak dalam Hua Lamphong railway station untuk ready nak ke Hatyai. 16-18jam woiii dalam train. Aku dengan Kak Nita tukaq train sebab nak amik sleeping bed yang bawah. Dan Juita maintain dengan upper bed. Malam tu semua tidoq, aku macam orang gila duk amik gambaq Supermoon + Blood Moon + Blue Moon
 
Hahahaha perlu ke diterangkan lagi?

The best sleeper train

Blue Moon
Sekian untuk hari ni ๐Ÿ˜‰
#indoChinaTrip
#mijahTravel
#thailand
#bangkok
#supermoon
#bluemoon
#bloodmoon

Hari 9 - Hatyai - Kuala Lumpur

 

[01022018]
Setelah 17 jam berada dlm train Bangkok ke Hatyai. Kami tiba di Hatyai kurang lebih 8.30pagi. Tidoq nyenyak gila dlm train. Mana tak nyenyak. Aircond + katil sorg 1 + ada org serve lagi. Haha tidoq pun disirami Supermoon, Blood Moon dan Blue Moon. Sampai ja Hatyai benda first duk cari nak mandi ja. Mulanya nak p masjid tapi jauh pulak. So decide masuk town dan cari tiket bas balik KL. Ada la kot jln dlm 15minit. Pi la few kedai cari tiket and decide amik dengan Suasana Edaran. Dah beli baru la boleh kan guna kemudahan kat situ haha. Mandi pakai cantik-cantik. Dah wangi. Misi habiskan duit baht
 
 
 
Brunch depan kedai tadi. Order benda simple tp nokhorom mahai. Tak tipu! Hang pi kedai len dpt makan lagi mewah. Tp dah makan baru tau harga. So jalan ja la. Since baru tengahari dan tiket pulang ke tanah air adalah jam 6.30petang. Kami jalan la masuk lorong2 yg ada sampai boleh hafal la jalan kat situ ๐Ÿ˜‚ 

 Jumpa makanan halal ja beli. Gila betui
Aiskrim kelapa
Hotdog pulut tu 10 batang ๐Ÿ˜‚
Sticky rice with manga
Padthai
Buah mata kucing
Manga cicah sambal

 
Aiskrim kelapa sedap!!
 
Tu pon ada hati nak beli ayam guring dgn udang besaq ๐Ÿ˜‘ actually trauma sbb masa naik train 17jam tu. Kami takdak makanan. So telan ayaq liuq ja la masa dalam train. Ni kononnya taknak tragedi berulang kembali. Nahhh kau! Penuh tangan. Jalan2 pusing. Duit dah habis. Balik ke kedai juai tiket tu tunggu la sampai 5.40petang. Sebab dia kata 5.40 dah nak gerak pi tempat lain. So masa 5.40petang tu tanya amoi tu. Bila nak gerak? Dia jawap kejap pastu berlari-lari amik barang apa ntah. Aku dengan Kak nita duk tunggu lagi
 
Sejuta kali tengok pon tetap rasa nak meleleh ayaq liuq.
Tetiba rasa kedai tu sunyi ๐Ÿ˜‘ keluaq tanya. Van dah gerak. Depan mata nampak van tu gerak. Menjerit semua. Hahaha tu la. Sapa suh duk belakang lagi ๐Ÿ˜‚
.
Pi tempat bas dan Alhamdulillah semua selamat naik bas. Masa duk dalam bas tu ada la jumpa sorg abam. Dia ajak sembang. Kita pon sembang la. Tanya kami pi mana semua. Teruja dia haha 9 hari ja pon backpacker. Paling teruja abam tu cita pasal p Songkhla sbb kawen sana. Tak semua pi kawen sana sebab kawen lari. Setiap orang ada cerita masing-masing. Sampai TBS 5pagi yeay!! Sekian.
#mijahTravel
#indoChinaTrip
#thailand
#hatyai


*******

Aku check balik dekat itinerari, rupanya ada sampai hari ke 7 ja. Ni link itinerari. Dan aku baru teringat, sebab mula-mula nak pi ramai dan lepastu tak jadi dua orang. Geng tiga orang ni hentam lagi asal boleh. Tu jadi 9 hari semuanya. Bajet dekat situ pun semuanya hampir betul la. Plus minus. Cuma bajet lagi dua hari tak masuk. Kalau disebabkan aku tak shopping dan makan nafsu gajah dekat Hatyai dan tukaq amik train lower bed yang ber aircond lagi syiokk tu. Total bajet below 1K. Tapi kalau aku tak silap, total semua makan minum pengangkutan shopping dan hilang 10USD tak sampai 1.3K.


Nice weh, aku tak tipu trip ni sangat nice. Hang rasa cam mustahil tapi rupanya hang mampu. Angkut beg berkilo. Dengan kamera lagi. Dengan lapaq. Dengan susah cari makan. Sesat lagi (kami tak sesat pun HAHA). Paling mencabar bagi aku adalah bahasa. Level English aku dekat Malaysia ni macam budak tadika la. Pi sana, aku la dewa HAHA 


Kalau korang ada apa-apa pertanyaan boleh ja roger aku dekat email itubukansaya@gmail.com. Selalunya aku akan jawap la. Sebab sharing is loving kan kan kan? HAHA

Bebelan akhir: Aku update pasal IndoChina 1.0 ni sebab aku baru balik dari IndoChina 2.0 HAHA aku terpaksa update version 1.0 dulu. Kalau tak, trip version 2.0 tak meriah HAHA