24 November 2019

Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Hari 2 : Brunei Darussalam)

We burn and we played, we try to forget
But the memories left are still haunting
The walls that we built from bottles and pills
We swallow until we're not talking

Dangerous Night by 30 Seconds to Mars

Hari Dua - 28 Februari 2019
Brunei Darussalam <3







[28022019] Hari Dua . Hari ni cuaca mendung sikit sebelah pagi, makanya 7.30pagi nak bergambar masjid tak nampak la. Plus matahari baru nak naik. Lighting tak berapa cantik. Ohhh lupa habaq, harini nak pusing Bandar Seri Begawan ja. Takdak drive jauh macam semalam sebab ni malam terakhir di BSB . Jadi tukaq plan, kami pi Kampong Ayer dengan Mangrove Tour dulu. Rezeki nampak buaya, monyet dgn Tuntong (ye kot nama dia ๐Ÿ˜…). Nampak la pemandangan yang hang tak dapat dari jalan darat. Contoh Istana Nurul Iman dari jalan darat tak nampak. Ada tanah perkuburan diRaja, istana-istana kerabat. Nice gila!! Tour ni santai yang amat!! . Habis tour, perut bisik manja lapaq lapaq. Kami pun menuju ke Aminah Arif Restauran pekena ambuyat. Rasa dia tak la macam kahak, hanat sapa yang kata gitu haha. Dia rasa tawar ja tapi macam menggeletek tekak geli2 gitu. Nak bagi ada rasa cicah la dengan apa2 kuah yang dia bagi tu. Tu pun nak kena ajar ka? ๐Ÿ˜ . Dah kenyang kami pi solat Zohor di Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah. Cantik wehhh!! Satu aku perasan kat Brunei ni, masjid dia aircond sejuk yang amat. Rasa nak ja tidoq masjid. Habis solat amik gambo lepastu menuju ke Masjid Ash Shaliheen dan Masjid Omar Ali Saifuddien . Selesai solat Maghrib di Masjid Omar Ali Saifuddien, apa lagi pi Pasar Gadong lagi la beli makan malam dan nak hantaq kereta dah. Hooo kami duk sini drive Kia Sportage ok, bukan biashe2. Duk Malaysia bawa Myvi cabok ja ๐Ÿ˜‚ duk Brunei terus jadi have-have ๐Ÿ˜‹ . Tadi sebelum ke masjid2 tu ada singgah mall dengan Muzium Teknologi Melayu, beli souvenir dekat Mall pastu ni sebelum hantaq kereta pon singgah lagi kedai dekat hotel. Malam terakhir di Brunei sebelum menuju ke Miri esok . Komen aku tentang Brunei. Org selalu kata "ada apa Brunei" or "Best ke Brunei?" of course la best sebab ada Fi. Haha tu cerita lain. Tak jumpa pun, dia p Singapore. Takdak rezeki nak jumpa. Abang dengan anak sedara dia operation kat sana. So hangpa mai dulu sini lepastu komen. Datang Brunei pun belum dah kata tak best!!! Pffffttt!! Aku rasa Brunei adalah ketenangan. Driver behave, less traffic jam, makanan murah, banyak ja tempat hang boleh lawat #Brunei #iloveBrunei #tripBrunei #bruneiDarussalam

Aircond sejuk weh semalam. Bangun pagi berebut tandas dan siap nak ke tempat-tempat yang tak sempat cover semalam. Haa kalau hangpa malas nak baca panjang aku bebel ni. Boleh la pi ke link ni untuk full itinerary.

1. Kampung Ayer
2. Istana Nurul Iman
3. Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah
4. Masjid Ash Shaliheen
5. Masjid Omar Ali Saifuddien
6. Muzium Teknologi Melayu
7. Muzium Maritim
8. Pasar Gadong (lagi :p)

Semalam dah cover habis dah Kuala Belait, hari ni nak pusing town saja. Semua ni boleh dikatakan berdekatan. Kami dah Google siap-siap dah jarak dan masa yang diambil dari satu tempat ke satu tempat. Hang bukak ja Google Map lepastu map kan tempat-tampat yang hang nak pi. Boleh nampak route sekali. Sebenarnya ni adalah benda yang penting untuk hang tau kedudukan tempat-tempat yang hang nak lawat. Nanti tak perlu la pi sana patah balik pi sana patah balik gitew.

Mulanya nak ke Masjid Ash Shaliheen dulu tapi matahari baru naik, nak nampak apo je kalau amik gambar. Teruih jadi takdak hala tuju HAHA. Mulanya nak ke kampung air ja jalan-jalan. Kami pi la lepak dekat jeti ushar orang dulu. Lepastu ada orang approach untuk Mangrove Tour (unplanned gila). Sumpah aku tak ingat satu boat berapa. Tapi aku teka ja ek ni $30-$50 untuk 3 orang kot. HAHA sumpah aku lupa berapa. Ni aku petik ja. Aku p awal tahun, akhir tahun baru gedik nak update blog.

Lama jugak dekat Mangrove tu. Lepas balik Mangrove Tour kami pusing la semua tempat menarik dekat Bandar Seri Begawan. Haaa tengok la gambar-gambar ni. Penat dah nak cerita HAHA dasar pemalas!!

**********

Disclaimer : Sorry aku malas nak edit gambar. Sumpah malas. So kalau gelap dan buruk tu maaf la yer.

Hanim, Madie dan Aku. Belakang tu abang boat. Nak pi Mangrove Tour

Kampung Ayer & Istana Nurul Iman


Kami tak naik pun Kampung Ayer. Masa balik Mangrove Tour tu dia pusing-pusing Kampung Ayer dari bawah ja. Penat panggil monyet tadi HAHA lepastu hujan jugak ni. Sebelum jadi lagi lebat, kami cau dulu :)

Ni la Monyet Proboscis. Lama gila baru nak dapat amik gambaq ni. Ataupun depa panggil dia nama orang Belanda.
Rasanya Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah

Menurut orang yang bawak kami ni dia kata Istana Nurul Iman hanya boleh nampak dari jalan air sahaja. Kalau dari jalan darat nampak gate Istana ja. Dan ini adalah benar. Kalau sapa teringin nak masuk Istana ni, datang la masa raya. Istana akan buat open istana untuk semua. Foreigner pun boleh join. 

Jeti di Kampung Ayer

Rumah-rumah di Kampung Ayer
Jeti lagi

Sebenarnya dari sepanjang kami nak pi Mangrove Tour ni ada nampak banyak Istana-istana Brunei. Atas bukit, tepi jalan, dalam hutan semua la. Lepastu ada makam kerabat jugak belakang tu. Aku tengok macam senang gila kalau nak ceroboh sebab memang hang nampak pintu-pintu tu dan hang boleh turun pi ke situ. Mungkin physical security depa power kot. Kalau dekat Malaysia ni, silap-silap laluan air ni dah kena tutup HAHA bagus kerajaan Brunei ni jiwa rakyat.

Makan diRaja Brunei
Ni bukan Istana Nurul Iman. Aku cari tak jumpa pulak. Ni istana lain huhu

Jangan main-main, ada buaya dekat Sungai Kampung Ayer ni


Depa kata ni Kapal Tanggang yang kena sumpah jadi batu
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah

Taktau la betui ka dak, depa kata kubah dia guna emas. Cantik weh masjid sini. Besar dan aircond :) Alhamdulillah sempat solat Zohor berjemaah dekat sini :)

Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah - Dari tempat parking

Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah - Time ni tengah azan zohor. Dengaq dak?

Ruang solat wanita. Aku dah edit ritu. Cari tak jumpa pulak.

Pintu nak masuk ke ruang solat :)

Masjid Ash Shaliheen


Masjid ni macam Masjid Biru Turki. Kalau tak silap kawasan ni macam banyak bangunan kerajaan. Kami mai tengok ja, tak turun dan masuk ke dalam pun.

Masjid Ash Shaliheen
Macam Masjid Biru Turki


Masjid Omar Ali Saifuddien


Bagi aku la, aku paling suka masjid ni sebab ada tasik lepastu belakang masjid ada taman besar gila. Boleh kayuh basikal beriadah. Memandangkan kami sampai pun dah nak masuk Maghrib. Ambik gambar kat luar dan masuk dalam nak solat. Tapi 1 ja kureng, nak amik wuduk kena keluaq dari masjid. Dekat tandas bawah masjid. Pastu kena keluar tandas jalan pastu masuk masjid. Takdak direct access terus ke dalam masjid. Hang kena pakai kasut hang pi tandas tu. Nampak tak renyah huhu tapi aircond dia sejuk yang amat. View malam dekat tasik pun cantik sebab macam ada kapal depan masjid ni.

Masjid Omar Ali Saifuddien
Ni gambar dari taman. Happy National Brunei Day yang ke 35 tahun


Muzium Teknologi Melayu & Muzium Maritim

Antara nikmat duduk Brunei ni adalah boleh dikatakan semua Muzium adalah percuma. So dua muzium ni sebenarnya sebelah-sebelah ja. Menarik untuk tahu salah silah keturunan Melayu ni. Masa aku pi tu Tourism China Mainland ramai. Hang paham-paham sendiri la perangai depa. Kalau nak aku cerita mau jadi dua tiga blogpost jugak HAHA

Yang Muzium Maritim kami tak masuk. Sebab malas dan rasa bijak dah HAHA

Orang Kampung Ayer

Sumber utama mereka adalah perikanan

Ni dia baru tukaq kerja. Jadi tukang kayu pulak :p


Malam kami repeat Pasar Gadong. Scallop wajib beli yeahhh!! Kenyang dah, kami pi cari ole-ole nak bawak balik Malaysia. Sebab esok awai pagi nak bertolak ke Miri dah. Hoo aku sewa kereta sepanjang dekat Brunei. Orang Brunei ni kaya, public transport dia kurang. Aku sewa dengan Azmi ni. Aku cari dekat FB kot ke website tapi ni no telefon dia kalau hangpa nak sewa +673 884 4213. Kami sewa kereta Sportage 2 hari $120 ja weh. Murahhhh!!

Azmi pun ada share tempat-tempat menarik. Kalau hangpa nak pi boleh cuba :)



Ambuyat

Poskad Brunei :)

Link ke full itinerari <- Klik sini
Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Bajet Kasar)
Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Hari 1 : KUL - Brunei Darussalam)


Bebelan akhir: Rasanya kami makan proper restauran dekat Brunei ni satu ja. Restauran Aminah Arif try ambuyat. Ok la tapi aku kureng sikit. Aku suka nasi kandaq lagi HAHA

23 November 2019

Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Hari 1 : KUL - Brunei Darussalam)

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Sebuah Pertemuan by UNIC

Happy Birthday Prasadh M. <3


Hari Satu - 27 Febuari 2019 
KUL (KLIA2) - BWN (Bandar Seri Begawan Brunei Airport) 




[27022019] Hari Satu . Panggilan akhir pukul 6.30pagi. Subuh 6.09pagi. Sebelum azan pakai telekung, duduk depan sejadah countdown haha. Elok Allahu Akhbar ja, ussolli fardhu subhi. Bagi salam terus lari ke gate L20 (tak boleh jauh lagi pffftt) PANGGILAN AKHIR!! Dengan kasut tak pakai betul, belt tak pakai. Lari seret kasut sambil pegang seluar ๐Ÿ˜… please jangan bayangkan ๐Ÿคฃ . Sampai dalam pukul 8.35pagi kot, pagi ni sarapan atas awan. Bukan biashe2. Cari wifi free dulu, text Fi bagitau sampai pastu tanya telco mana ok. Beli sim sebab nak waze. Amik kereta terus ke Kota Belait tengok Menara Cendera Kenangan, Monument Billionth Barrel (tengah construction) dan terus ke Tasek Merimbun (ni titi runtuh ๐Ÿ˜…) . Perjalanan tu jauh gak, dari airport ke Kota Belait tu dalam 1jam 30minit. Tapi bukan aku drive haha Madie dengan Hanim ja. Ambo sakit kepala. Macam biasa . Habis je melawat tu pi la Jerudong Park dan nampak orang duk main kuda. Jakun kat Malaysia takdak, pi la lepak. Masa masuk ke padang tu ramai dah ushar pelik. Buat relaks ja sebab takdak kata tak boleh masuk dan sikit ja orang . Sembang punya sembang, rupanya Prince Mateen tengah friendly match sukan polo. Dan orang yang kami sembang macam bfftj ni rupanya PA Prince Mateen. Rasa-rasa kami rasa apa? Hahahaha dia kata boleh ja nak tengok sebab open to public tapi orang dekat Club tu datang kata tak boleh. So kami malas la nak kata pa, cau je la walaupun hati terluka tengok tak puas lagi . Lepak tepi pantai Jerudong, balik hotel check in sat pastu p Pasar Gadong makan. Memasing kebulur dah dan still hati terluka tengok orang main polo tak puas lagi . Apa-apa pun masin mulut aku kata nak jumpa Prince Mateen dah dapat. Haha ok jom tidoq, mimpi indah yer. Auummm :3 #buddiesTrip #bruneiTrip #bruneiDarulSalam #brunei #princeMateen #tmski #jerudongPark


Seperti trip sebelum ni, nak tiket murah mesti jadi nyanyok ambil flight paling awal. Lepastu tak tengok waktu subuh pukul berapa. Adeh!! Alhamdulillah selamat sampai dan tak terlepas flight HAHA. Hari ni kalau ikut itinerari yang dibuat banyak tempat yang nak pi. Tapi kita hanya mampu merancang, ALLAH tentukan semuanya. Walaupun orang cakap Brunei ni takdak apa, masa buat itinerari ni tak cukup nak sumbat tempat yang best boleh pi. Makanya hari ni kami pi part paling jauh dulu iaitu Kuala Belait. Dari Airport Brunei nak ke sini dalam 1 jam 30 minit. Antara tempat yang best yang kami lawat hari ni adalah

1. Menara Cendera Kayangan
2. Tugu Teapot (tengah-tengah roundabout)
3. Monument Billionth Barrel (masa pi ni tengah ada construction)
4. Tasek Merimbun Heritage Park (titi dah reput huhu)


**********

Menara Cendera Kayangan

Menara Cendana Kayangan

Menara Cendana Kayangan


Menara Cendana Kayangan



Ni macam landmark ja. Menara dia pun macam Menara KL yang versi rendah. Taman dekat situ cantik la. Cuma masa kami mai ni tengahari rembang. Panas gila Brunei ni HAHA sini sekadar nak bergambar boleh la. Takdak apa sangat. Tapi dah sampai takkan tak melawat ye dok? Bukan boleh datang selalu pun.



Tugu Teapot

Tugu Teapot - Sumpah malas nak crop dengan edit HAHA

Aku taktau pun benda alah ni. Si Hanim yang letak dalam itinerari. Punya la waze cari, rupanya dia tengah-tengah roundabout. HAHA makanya ambil gambaq dari dalam kereta ja la. Hang boleh bayangkan dak? Tengah bawah kereta, tengah pusing roundabout dan hang duduk belakang ambil gambaq. HAHA terteleng-teleng aku HAHA



Monument Billionth Barrel

Monument Billionth Barrel

Ni dekat pintu nak masuk Monument Billionth Barrel

Tak pasti apa sejarah dia, hang boleh Google tapi rasa macam berkaitan dengan minyak depa. Aku assume ja. Malas la nak Google. Nak aku Google ka update blog? HAHA haa masa sampai sini ada ja kereta dua tiga bijik. Tapi masalahnya nak ke Monument tu jalan tutup sebab tengah construction. Depa nak upgrade kot tempat tu. Makanya aku pun bergambo je la dari jauh. Sedihhh!!



Tasek Merimbun Heritage Park

Muzium Tasek Merimbun

Muzium Tasek Merimbun

Tasek Merimbun


Tasek Merimbun

Tasek Merimbun

Tasek Merimbun
Taman Rama-rama yang tak berapa ada rama-rama. Ada budak mengantuk :')

Banyak sebenarnya tempat menarik dekat sini antaranya tempat nak trekking, muzium apa ntah, taman rama-rama yang hidup segan mati tak mahu dan titi kayu yang reput. HAHA seriously weh sedih tengok. Aku tak pasti diorang tak jaga atau sebab orang tak datang. Trekking tu dekat dengan muzium, macam ada chalet pun ada. Tapi aku tak pasti. Untuk ke titi kayu tu hang kena keluaq balik ke jalan utama dan terus ke depan sikit. Titi ni dekat dengan kawasan penduduk kampung dekat situ. Sedih tengok titi dah macam nak roboh. Tapi view cantik. Sini jadi tarikan sebab air tasik dia warna hitam. 


**********

Settle Kuala Belait, kami balik ke town. Sampai awai jugak, makanya pusing-pusing je la. Lepastu nampak singboard Jerudong Park. Nampak ada orang main polo. Saja la kata Prince Mateen ada. Memang dalam hati terdetik ka or nak tengok tu takdak. Ataupun expect dia main pun tak. Tapi sebab kami free pi je la lepak situ. Pi duduk Grand Stand ok. Semua tengok pelik. Pastu sembang la dengan orang situ. Duk tengok sambil sembang lama jugak. Sekali dia tanya tahu tak sapa tengah main. Mesti la tak tahu. Pemain Polo Malaysia selain KJ pun aku tak kenal. Ini pemain Polo Brunei dan taktau ni peringkat apa. Sekali rupanya Prince Mateen. Menggeletis kau!! HAHA

Prince Matenn - Jerudong Park


Yang duk sembang dengan kami tu rupanya pembantu Prince Mateen. Sumpah helok!! Helok lagi dari Prince Mateen. Aku pun snap la gambo Prince Mateen main Polo selepas tanya boleh ka amik. Dia kata boleh tapi kalau Prince datang jangan la serbu. HAHA hello!! Kami ni 29/28 tahun ok. Gila nak buat perangai tak matang HAHA mesti la tak. Tapi duk tak lama lepastu pengurusan tempat tu datang halau kami. Kata tak boleh ada dekat sini. HAHA confius aku, pembantu dia siap offer duduk dekat situ tapi pengurusan situ pulak tak bagi. Sedih lagi!! HUHU

Hiyakkk!! Prince Mateen


Taktau nama apa tapi aku rasa Pantai Jerudong HAHA suka hati bagi nama

Pasar Gadong - Lapo sangat dah tu :p
Membawa hati yang lara. Kami lepak la dekat tepi pantai dekat Jerudong Park tu. Taktau la nama apa pantai tu. Tengok sunset sambil membawang isu tadi HAHA. Hari nak gelap dah, kami balik hotel dan pi Pasar Gadong untuk makan. Pasar Gadong ni macam pasar malam berbumbung. Subhanallah!! Nikmat duduk Brunei ni adalah makanan murah. Nasi Katok $1, scallop $2, air $1. Boleh hidup ooo duduk sini. Memasing lapaq. Pelahap habih HAHA. Balik hotel, mandi solat tidoq


Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Bajet Kasar)

Bebelan akhir: Antara nikmat pi Brunei, tempat solat bersepah. Cuma diri hang ja nak pi solat or tak. Stesen minyak dia pun surau best. Nikmat oiii!!