We burn and we played, we try to forget
But the memories left are still haunting
The walls that we built from bottles and pills
We swallow until we're not talking
Dangerous Night by 30 Seconds to Mars
Hari Dua - 28 Februari 2019
Brunei Darussalam <3
Aircond sejuk weh semalam. Bangun pagi berebut tandas dan siap nak ke tempat-tempat yang tak sempat cover semalam. Haa kalau hangpa malas nak baca panjang aku bebel ni. Boleh la pi ke link ni untuk full itinerary.
1. Kampung Ayer
2. Istana Nurul Iman
3. Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah
4. Masjid Ash Shaliheen
5. Masjid Omar Ali Saifuddien
6. Muzium Teknologi Melayu
7. Muzium Maritim
8. Pasar Gadong (lagi :p)
1. Kampung Ayer
2. Istana Nurul Iman
3. Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah
4. Masjid Ash Shaliheen
5. Masjid Omar Ali Saifuddien
6. Muzium Teknologi Melayu
7. Muzium Maritim
8. Pasar Gadong (lagi :p)
Semalam dah cover habis dah Kuala Belait, hari ni nak pusing town saja. Semua ni boleh dikatakan berdekatan. Kami dah Google siap-siap dah jarak dan masa yang diambil dari satu tempat ke satu tempat. Hang bukak ja Google Map lepastu map kan tempat-tampat yang hang nak pi. Boleh nampak route sekali. Sebenarnya ni adalah benda yang penting untuk hang tau kedudukan tempat-tempat yang hang nak lawat. Nanti tak perlu la pi sana patah balik pi sana patah balik gitew.
Mulanya nak ke Masjid Ash Shaliheen dulu tapi matahari baru naik, nak nampak apo je kalau amik gambar. Teruih jadi takdak hala tuju HAHA. Mulanya nak ke kampung air ja jalan-jalan. Kami pi la lepak dekat jeti ushar orang dulu. Lepastu ada orang approach untuk Mangrove Tour (unplanned gila). Sumpah aku tak ingat satu boat berapa. Tapi aku teka ja ek ni $30-$50 untuk 3 orang kot. HAHA sumpah aku lupa berapa. Ni aku petik ja. Aku p awal tahun, akhir tahun baru gedik nak update blog.
Lama jugak dekat Mangrove tu. Lepas balik Mangrove Tour kami pusing la semua tempat menarik dekat Bandar Seri Begawan. Haaa tengok la gambar-gambar ni. Penat dah nak cerita HAHA dasar pemalas!!
Mulanya nak ke Masjid Ash Shaliheen dulu tapi matahari baru naik, nak nampak apo je kalau amik gambar. Teruih jadi takdak hala tuju HAHA. Mulanya nak ke kampung air ja jalan-jalan. Kami pi la lepak dekat jeti ushar orang dulu. Lepastu ada orang approach untuk Mangrove Tour (unplanned gila). Sumpah aku tak ingat satu boat berapa. Tapi aku teka ja ek ni $30-$50 untuk 3 orang kot. HAHA sumpah aku lupa berapa. Ni aku petik ja. Aku p awal tahun, akhir tahun baru gedik nak update blog.
Lama jugak dekat Mangrove tu. Lepas balik Mangrove Tour kami pusing la semua tempat menarik dekat Bandar Seri Begawan. Haaa tengok la gambar-gambar ni. Penat dah nak cerita HAHA dasar pemalas!!
**********
Disclaimer : Sorry aku malas nak edit gambar. Sumpah malas. So kalau gelap dan buruk tu maaf la yer.
![]() |
Hanim, Madie dan Aku. Belakang tu abang boat. Nak pi Mangrove Tour |
Kampung Ayer & Istana Nurul Iman
Kami tak naik pun Kampung Ayer. Masa balik Mangrove Tour tu dia pusing-pusing Kampung Ayer dari bawah ja. Penat panggil monyet tadi HAHA lepastu hujan jugak ni. Sebelum jadi lagi lebat, kami cau dulu :)
Ni la Monyet Proboscis. Lama gila baru nak dapat amik gambaq ni. Ataupun depa panggil dia nama orang Belanda. |
Menurut orang yang bawak kami ni dia kata Istana Nurul Iman hanya boleh nampak dari jalan air sahaja. Kalau dari jalan darat nampak gate Istana ja. Dan ini adalah benar. Kalau sapa teringin nak masuk Istana ni, datang la masa raya. Istana akan buat open istana untuk semua. Foreigner pun boleh join.
Jeti di Kampung Ayer |
Rumah-rumah di Kampung Ayer |
Jeti lagi |
Sebenarnya dari sepanjang kami nak pi Mangrove Tour ni ada nampak banyak
Istana-istana Brunei. Atas bukit, tepi jalan, dalam hutan semua la.
Lepastu ada makam kerabat jugak belakang tu. Aku tengok macam senang
gila kalau nak ceroboh sebab memang hang nampak pintu-pintu tu dan hang
boleh turun pi ke situ. Mungkin physical security depa power kot. Kalau
dekat Malaysia ni, silap-silap laluan air ni dah kena tutup HAHA bagus
kerajaan Brunei ni jiwa rakyat.
Makan diRaja Brunei |
Ni bukan Istana Nurul Iman. Aku cari tak jumpa pulak. Ni istana lain huhu |
Jangan main-main, ada buaya dekat Sungai Kampung Ayer ni |
Depa kata ni Kapal Tanggang yang kena sumpah jadi batu |
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Taktau la betui ka dak, depa kata kubah dia guna emas. Cantik weh masjid sini. Besar dan aircond :) Alhamdulillah sempat solat Zohor berjemaah dekat sini :)
![]() |
Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah - Dari tempat parking |
Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah - Time ni tengah azan zohor. Dengaq dak? |
![]() |
Ruang solat wanita. Aku dah edit ritu. Cari tak jumpa pulak. |
![]() |
Pintu nak masuk ke ruang solat :) |
Masjid Ash Shaliheen
Masjid ni macam Masjid Biru Turki. Kalau tak silap kawasan ni macam banyak bangunan kerajaan. Kami mai tengok ja, tak turun dan masuk ke dalam pun.
Masjid Ash Shaliheen |
![]() |
Macam Masjid Biru Turki |
Masjid Omar Ali Saifuddien
Bagi aku la, aku paling suka masjid ni sebab ada tasik lepastu belakang masjid ada taman besar gila. Boleh kayuh basikal beriadah. Memandangkan kami sampai pun dah nak masuk Maghrib. Ambik gambar kat luar dan masuk dalam nak solat. Tapi 1 ja kureng, nak amik wuduk kena keluaq dari masjid. Dekat tandas bawah masjid. Pastu kena keluar tandas jalan pastu masuk masjid. Takdak direct access terus ke dalam masjid. Hang kena pakai kasut hang pi tandas tu. Nampak tak renyah huhu tapi aircond dia sejuk yang amat. View malam dekat tasik pun cantik sebab macam ada kapal depan masjid ni.
![]() |
Masjid Omar Ali Saifuddien |
![]() |
Ni gambar dari taman. Happy National Brunei Day yang ke 35 tahun |
Muzium Teknologi Melayu & Muzium Maritim
Antara nikmat duduk Brunei ni adalah boleh dikatakan semua Muzium adalah percuma. So dua muzium ni sebenarnya sebelah-sebelah ja. Menarik untuk tahu salah silah keturunan Melayu ni. Masa aku pi tu Tourism China Mainland ramai. Hang paham-paham sendiri la perangai depa. Kalau nak aku cerita mau jadi dua tiga blogpost jugak HAHA
Yang Muzium Maritim kami tak masuk. Sebab malas dan rasa bijak dah HAHA
![]() |
Orang Kampung Ayer |
![]() |
Sumber utama mereka adalah perikanan |
![]() |
Ni dia baru tukaq kerja. Jadi tukang kayu pulak :p |
Malam kami repeat Pasar Gadong. Scallop wajib beli yeahhh!! Kenyang dah, kami pi cari ole-ole nak bawak balik Malaysia. Sebab esok awai pagi nak bertolak ke Miri dah. Hoo aku sewa kereta sepanjang dekat Brunei. Orang Brunei ni kaya, public transport dia kurang. Aku sewa dengan Azmi ni. Aku cari dekat FB kot ke website tapi ni no telefon dia kalau hangpa nak sewa +673 884 4213. Kami sewa kereta Sportage 2 hari $120 ja weh. Murahhhh!!
Azmi pun ada share tempat-tempat menarik. Kalau hangpa nak pi boleh cuba :)
Azmi pun ada share tempat-tempat menarik. Kalau hangpa nak pi boleh cuba :)
Link ke full itinerari <- Klik sini
Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Bajet Kasar)
Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Hari 1 : KUL - Brunei Darussalam)
Bebelan akhir: Rasanya kami makan proper restauran dekat Brunei ni satu ja. Restauran Aminah Arif try ambuyat. Ok la tapi aku kureng sikit. Aku suka nasi kandaq lagi HAHA
Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Bajet Kasar)
Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Hari 1 : KUL - Brunei Darussalam)
Bebelan akhir: Rasanya kami makan proper restauran dekat Brunei ni satu ja. Restauran Aminah Arif try ambuyat. Ok la tapi aku kureng sikit. Aku suka nasi kandaq lagi HAHA
No comments:
Post a Comment