18 December 2018

FGV Management Trainee & IT Trainee (MT/IT Trainee)

Saat kita menanam padi,
Rumput pun ikut tumbuh.
Tapi saat kita menanam rumput,
Tidak pernah tumbuhnya padi.

Dalam kita melakukan "kebaikan" 
Kadang-kadang hal yang "buruk" turut menyertai.
Namun, saat melakukan "keburukan" 
Tidak ada "kebaikan" bersamanya.
 
 
Sebelum ni aku ada buat post mengenai SL1M-IBE TNB dan banyak jugak orang buat rujukan post tu. Makanya kali ni aku nak cerita mengenai temuduga Management Training dekat FGV. Masuk tahun ni dah 2 tahun lebih aku dengan FGV dan sepatutnya post ni aku buat 2 tahun lalu. Tapi nak buat macam mana malas itu Mijah. HAHA


Jika tak silap FGV ada bukak 2 position masa tu. Satu untuk Management Trainee dan satu lagi IT Trainee. Aku apply kedua-duanya sebab bajet hebat. HAHA untuk Management Trainee ada dekat 3 ribu lebih application dan IT Trainee dalam 2 ribu ja. Macam biasa, apply lepas tu biarkan LiNa Jobstreet tu buat kerja. Ada rezeki, ada la. Kalau takdak, hidup perlu diteruskan.


Masa ni aku baru habis SL1M-IBE TNB. Habis ja SL1M aku lepak Krabi dengan geng SL1M untuk tenangkan fikiran sebab lepas tu menganggur HAHA. Nak dijadikan cerita masa dekat Krabi, FGV call untuk temuduga dan tarikh dia seminggu selepas aku balik Krabi kalau tak silap. Tu orang cakap rezeki tak salah alamat.



Masa hari temuduga tu, memang sudah diberitahu yang temuduga mengambil masa sehari. Temuduga buat di The Zon Hotel KL. Aku time ni wooooow. HAHA taktau cerita lagi nak kena apa. Masa cari hotel tu dah sesat tapi sabaq dulu *walaupun dah maki sekarung. 


Sampai ja daftar dan diberi tag nama. Aku dapat no 70 dan masuk dewan. Haram ramai hanat. Pusing-pusing nampak Wan geng Master UiTM dan aku duk tunggu sorang member aku budak SL1M Ieda jugak dapat sekali aku. Sebelum mula ujian atau sebarang percubaan dalam ni, ada ucapan HR. Kalau tak silap aku Puan Syikin. Dia bagitau yang ramai-ramai ni, dia nak 15 orang Management Trainee dan 15 orang IT Trainee. Time tu ALLAH ja tau, serious aku nak bangun cau ja. Dari beratus ni nak 15 orang ja. Hang rasa? Tapi fikir balik, layan je la, sebab dah sampai. Malas fikir.


Kalau tak silap ada 4 stage ke 5 stage.
1.    English Test
2.    Mathematic Test
3.    Group Discussion
4.    Presentation
5.    Interview

Habis ja dua test ni, semua kena keluar dan sapa yang lulus ja akan ke peringkat seterusnya. Nak dijadikan cerita Ieda tak lepas huhu. Tinggal aku dengan Wan ja. Yang lain semua orang baru. Aku tak kenai HAHA Stage ketiga perbincangan dalam kumpulan dan stage keempat perbentangan sambil dia interview kami. 


Untuk perbincangan dalam kumpulan, deme bagi 1 situasi yang syarikat komputer tu nak bankrupt ke apa ntah aku tak ingat tapi satu kumpulan 4 orang kena ada satu point. Sebab aku baik hati, aku bagi 4-4 point. Bila present interviewer tanya point ni dari sapa. Slumber masing-masing cakap point sendiri. HAHA aku ok ja. Walaupun sedih jugak, tapi masa nak summary seorang ahli kumpulan bagi kredit kat aku. Masa tu aku Alhamdulillah. 


Sebelum habis, interviewer ada tanya ada soalan? Aku tanya banyak jugak. HAHA saja nak tunjuk yang aku berminat gila. Dan Alhamdulillah berkat dari pengalaman kerja kat TNB aku tanya soalan yang aku pernah buat dekat TNB dulu. Macam tanya data center, operation team dan working culture sana. Semuanya indah jawapannya. HAHA jika hang faham apa yang aku maksudkan 


Dua ke tiga minggu selepas tu dapat jawapan. Alhamdulillah aku dapat dan sumpah tak percaya. Ye la dari beribu orang, aku yang terpilih. Cakap English tunggang langgang. Dan terima kasih kepada mentor aku Puan Naimah CL yang pilih aku jadi anak buahnya. 



Kepada para perjuang yang apply position ni, all the best. HAHA seronok di FGV ni. Macam family semuanya. Tapi aku pun dah tukar unit Server. Sebelum ni Unit Project Management dengan mentor aku. Mentor aku pun dah masuk Group. Makanya perjalanan ini masih jauh.


Bebelan akhir : Aku taip post ni dekat Airport Tawau dan sambung dekat Masjid Datuk Pengiran Galpam Sandakan. Aku cuba membunuh waktu sebaik mungkin. Sambil niat ikhtikaf sambil update blog. HEHE

3 comments:

hayati hamzani said...
This comment has been removed by the author.
hayati hamzani said...

Tq akak share. Terus diserap masuk ke lps training akak?

ハミザ・ハスナン said...

Alhamdulillah akak dah serap ke Prodata. Selalunya serap tapi bergantung kepada keperluan.