30 December 2018

Jalan Darat Kota Kinabalu Ke Labuan

Where have we been,
What have we done, 
What's going on, 
We stand as one.. 

Kullul Hubbi by Faizal Tahir, Noh Salleh, Aizat Amdan & Mu'adz Dzulkefly



Setelah 3 kali aku tukaq tarikh nak pi Sabah, akhirnya 16hb Disember 2018 – 22hb Disember 2018 adalah harinya. Ni aku pi outstation bukan makan angin tau. HAHA mulanya aku nak pi minggu sebelum tu tapi mak aku baru habaq adik aku akad nikah dekat Ipoh 15hb. Errr kena la beletiaq (bebel) sedas. Aku pun tukaq la tarikh. Habis akad nikah tu kira terus balik Semenyih kemas barang, esok pagi buta lepak KLIA. HAHA gilaaaaa.


Outstation kali ni aku kena cover seluruh Sabah termasuk Labuan. Sebelum ni rakan sekerja (Kak Fiqa) pi semua tempat naik flight tapi dia bagitau orang sana habaq (complicated tak HAHA) lebih baik duk Kota Kinabalu dan drive pi Labuan. Bunyinya menarikkkkkk. Maka buat la research dan yeahhh ok. Aku mampu!! Ni jadual aku masa kat Sabah :


16hb Disember – Flight KLIA ke Tawau
17hb Disember – Kerja pagi di Tawau, petang Flight ke Sandakan
18hb Disember – Kerja pagi di Sandakan, petang Flight ke Kota Kinabalu
19hb Disember – Memandu ke Labuan dan kerja disana
20hb Disember – Memandu ke Keningau dan kerja disana
21hb Disember – Kerja di Kota Kinabalu
22hb Disember – Rehat dan tengahari balik ke KLIA


Sumpah aku cakap, dua hari pertama tu sangat-sangat letih. Sebab baru sampai dan esok tu hang kena pack barang nak naik flight ke tempat lain dah. Sebelum ni aku kena cover Perlis, Kedah dan Penang. Relaks dan santai ja. Sebab aku drive HAHA


Aku takmau cerita banyak pasal di Tawau ataupun Sandakan. Post ni nak cerita pasal jalan darat dari Kota Kinabalu ke Labuan melalui Terminal Feri Menumbok. Kenapa aku buat post ni? Sebab aku cuba buat carian untuk laluan KK ke Labuan ni, susah betui nak dapat info. Dekat website official pun tak jelas. Sebagai rakyat Malaysia, yang cintakan rakyat Malaysia yang lain. Aku terpanggil nak buat post ni. HAHA sudah makin panjang merapu.


****

Untuk ke Labuan dari Kota Kinabalu ni. Ada beberapa option.

  1. Flight
  2. Bas
  3. Pandu kereta sendiri
Ni aku ambil gambar di Jeti Labuan. Dekat KK taktau naik dekat mana.
Boleh kot call nombor yang tertera kalau nak info lebih. HEHE


Aku pilih option ketiga memandangkan aku memang kena sewa kereta masa di KK untuk ke Keningau. Alang-alang menyelup pekasam. Memandu terus la ke Labuan. Google Maps bagitahu jarak dari Hotel ke Terminal Feri Menumbok adalah 145km dan makan masa selama 2jam 30minit (aku duduk Ocenia Hotel sebab Promenade Hotel Full Booking, Hotel Tang Dynasty takmau sebab nak suruh booking seminggu awal. Makanya Ocenia Hotel ja nak terima aku sebagai tetamu huhu, nasib hotel lawa, bersih, tenang tak bising. Cuma parking terhad dengan jauh dari pekan la)




Bagi aku jalan nak dari KK ke Terminal Feri Menumbok ni not bad la. Takdak la berlubang ka, jalan teruk ka, bengkang bengkok macam ular kena patuk ka. Jalan dia sangat OK dan hang boleh ja drive sorang. Jalan dia sumpah tenang, ada kereta tapi tak banyak. Cuma ada dekat kawasan tertentu ada satu lane ja tapi akan ada kawasan memotong nanti. So hang nak apa lagi kan? View cantik sebab ada banyak pokok hijau. Aku bagi 7/10 la jalan dia. Lagi 3 mata tak cukup sebab beberapa tempat buat construction. HAHA 



Aku bertolak dari dari Hotel dalam 8 pagi lebih sampai sana dalam pukul 11 pagi. Situ ada tempat parking kereta. Bayar parking RM5 dan menuju ke kaunter tiket. Masa sampai kaunter ni aku blur, sebab taktahu dan berat mulut nak menanya. Maka aku beratuq ja kat barisan paling panjang HAHAHAHA elok beratuq kak kaunter baru bukak panggil suh pi kat dia. Dia mintak IC dan bayar RM2.50. Lepastu aku sambung blur taktau nak kemana HAHAHA tapi kali ni aku kena tanya la. Sesat aku dilautan tu nanti HAHAHA


Aku pun tanya akak guard tu, dia kata nak ke Labuan dari Terminal Feri Menumbok ni ada 2 option.

  1. Feri (tiket yang aku beli ni)
  2. Speedboat



Masa aku sampai tadi memang dah ada feri duk tunggu. Makanya akak tu cakap boleh naik dah. Aku pun blur-blur naik la. Elok sampai atas, baru aku nampak jadual feri ni. Sehari ada 2 kali ja feri ni. Pagi dengan Malam (petang kot). Kira aku bernasib baik la dapat merasa naik feri.





Perjalanan memakan masa 1jam 30minit. HAHA bapak lama. Tapi ok la. Cuaca baik. Boleh la termenung dulu. Aku sampai Terminal Feri Labuan dalam pukul 1 petang kot. Masa nak sampai dalam 10 minit gitu hujan lebat pulak. Sampai ja jeti terus aku amik Grab ke Ujana Kewangan. Situ semua agensi kerajaan ada. Aku settlekan kerja aku dulu. Dalam pukul 3 petang lebih gitu aku balik ke Jeti Labuan. Nampak dak kejap gila buat kerja HAHA patut aku siap lagi awal tapi ada isu pulak server tu pffffffttttt. Sabo je la.

Terminal Feri Menumbok. Acah-acah seni HAHA

Ada dua terminal tau. Satu terminal untuk Feri, satu terminal untuk speedboat. Dekat Labuan ni tak macam dekat Menumbok gabung ja dua-dua kaunter. Dekat Labuan ada 2 bangunan berbeza tapi sebelah-sebelah je la. Mampu untuk jalan kalau silap. Makanya bagitau dekat Grab nak naik speedboat. Nanti dia hantaq ke Jeti Labuan. Terminal Feri Labuan untuk Feri ja.

Gambar dari atas Feri. Terminal Feri Menumbok

Sebab masa nak balik ni bijak dah, feri ada pukul 6.30 petang ja. Aku terus menuju ke kaunter tiket beli tiket speedboat. Harga RM8.50 dan hanya memakan masa 20 minit sahaja dari Jeti Labuan ke Terminal Feri Menumbok. Wow!! Tapi nak jadi cerita aku tunggu speedboat ni dari pukul 3 ke pukul 4 entah, 5.15petang baru ada. Hangin aku.

Tiket Speedboat dari Jeti Labuan ke Terminal Feri Menumbok

Masuk ja boat, guess what? Jumpa Alim! Kat Semenanjung bertahun tak jumpa. Ni dekat Labuan jumpa HAHA. Hilang terus marah aku tunggu speedboat. Sampai Terminal Feri Menumbok, aku cari surau dulu sebab tak solat lagi. HAHA nasib sempat. Dan aku sampai KK pukul 8.30malam. Gila penat. Alhamdulillah selamat. Alhamdulillah jalan dia pun ok. Cuma malam satu ja kurang, lampu jalan takdak. HAHA so kepada yang nak pi sana, better siang la. Selamat.

Tolong kata aku berseni. HAHA edit guna Lightroom lagi wehhh....

All the best kepada yang nak pergi ke Labuan melalui jalan darat dan air. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Kena cuba buat atleast sekali la seumur hidup. Pengalaman ni tak boleh beli, hang sendiri kena merasainya.

Bebelan akhir : Terminal Feri Labuan tu, terminal antarabangsa. Nak ke Brunei pun boleh, 1jam 30minit kot. Aku nampak ja boleh p Brunei, terus mesej Fi habaq HAHA rindu letew. Masa pi dan balik lalu Kimanis Power Plant. OMG!! Rindu teeyenbee. HUHU

 

8 comments:

Fadzrul said...

dr menumbuk ada kenal sape2 sewa keta x? lau ada pm wassap sy 0194275321.tq

ハミザ・ハスナン said...

Dari Menumbuk takdak pulak kenal sapa-sapa. Dari KK ada la contact huhu

Unknown said...

Terbaik bro,aku org sabah pun cari info dlu nak ke labuan ni...pernah pegi tahun 96 tp mungkin dah banyak berubah kan,so tq info yg d kongsi

Unknown said...

Nak tanya kalau pergi lepas covid ni sama lagi ke prosedur dia?

ハミザ・ハスナン said...

Alamak tak pasti tapi dari BBM ni kata xperlu pcr kalau lengkap 2 vaksin. Kecuali pelancong luar negara. Rujuk sini https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/permalink/4844173948978177/

ハミザ・ハスナン said...

Sama-sama. Kebetulan pergi. Alang2 kita share sekali ilmu 😄

Anonymous said...

Woww..berseni! ������

Tq infonye..nak p labuan bln dpn ����

ハミザ・ハスナン said...

Hahaha berseni sangat. Btw all the best. Enjoy the trip!! 👍🏼