Where have we been,
What have we done,
What's going on,
We stand as one..
Kullul Hubbi by Faizal Tahir, Noh Salleh, Aizat Amdan & Mu'adz Dzulkefly
Setelah 3 kali aku tukaq tarikh nak pi Sabah, akhirnya 16hb
Disember 2018 – 22hb Disember 2018 adalah harinya. Ni aku pi outstation bukan
makan angin tau. HAHA mulanya aku nak pi minggu sebelum tu tapi mak aku baru
habaq adik aku akad nikah dekat Ipoh 15hb. Errr kena la beletiaq (bebel) sedas.
Aku pun tukaq la tarikh. Habis akad nikah tu kira terus balik Semenyih kemas
barang, esok pagi buta lepak KLIA. HAHA gilaaaaa.
Outstation kali ni aku kena cover seluruh Sabah termasuk
Labuan. Sebelum ni rakan sekerja (Kak Fiqa) pi semua tempat naik flight tapi
dia bagitau orang sana habaq (complicated tak HAHA) lebih baik duk Kota
Kinabalu dan drive pi Labuan. Bunyinya menarikkkkkk. Maka buat la research dan
yeahhh ok. Aku mampu!! Ni jadual aku masa kat Sabah :
16hb Disember – Flight KLIA ke Tawau
17hb Disember – Kerja pagi di Tawau, petang Flight ke
Sandakan
18hb Disember – Kerja pagi di Sandakan, petang Flight ke
Kota Kinabalu
19hb Disember – Memandu ke Labuan dan kerja disana
20hb Disember – Memandu ke Keningau dan kerja disana
21hb Disember – Kerja di Kota Kinabalu
22hb Disember – Rehat dan tengahari balik ke KLIA
Sumpah aku cakap, dua hari pertama tu sangat-sangat letih.
Sebab baru sampai dan esok tu hang kena pack barang nak naik flight ke tempat
lain dah. Sebelum ni aku kena cover Perlis, Kedah dan Penang. Relaks dan santai
ja. Sebab aku drive HAHA
Aku takmau cerita banyak pasal di Tawau ataupun Sandakan.
Post ni nak cerita pasal jalan darat dari Kota Kinabalu ke Labuan melalui Terminal
Feri Menumbok. Kenapa aku buat post ni? Sebab aku cuba buat carian untuk laluan
KK ke Labuan ni, susah betui nak dapat info. Dekat website official pun tak
jelas. Sebagai rakyat Malaysia, yang cintakan rakyat Malaysia yang lain. Aku
terpanggil nak buat post ni. HAHA sudah makin panjang merapu.
****
Untuk ke Labuan dari Kota Kinabalu ni. Ada beberapa option.
- Flight
- Bas
- Pandu kereta sendiri
Ni aku ambil gambar di Jeti Labuan. Dekat KK taktau naik dekat mana. Boleh kot call nombor yang tertera kalau nak info lebih. HEHE |
Aku pilih option ketiga memandangkan aku memang kena sewa
kereta masa di KK untuk ke Keningau. Alang-alang menyelup pekasam. Memandu
terus la ke Labuan. Google Maps bagitahu jarak dari Hotel ke Terminal Feri
Menumbok adalah 145km dan makan masa selama 2jam 30minit (aku duduk Ocenia
Hotel sebab Promenade Hotel Full Booking, Hotel Tang Dynasty takmau sebab nak suruh
booking seminggu awal. Makanya Ocenia Hotel ja nak terima aku sebagai tetamu
huhu, nasib hotel lawa, bersih, tenang tak bising. Cuma parking terhad dengan
jauh dari pekan la)
Bagi aku jalan nak dari KK ke Terminal Feri Menumbok ni not
bad la. Takdak la berlubang ka, jalan teruk ka, bengkang bengkok macam ular
kena patuk ka. Jalan dia sangat OK dan hang boleh ja drive sorang. Jalan dia
sumpah tenang, ada kereta tapi tak banyak. Cuma ada dekat kawasan tertentu ada
satu lane ja tapi akan ada kawasan memotong nanti. So hang nak apa lagi kan?
View cantik sebab ada banyak pokok hijau. Aku bagi 7/10 la jalan dia. Lagi 3
mata tak cukup sebab beberapa tempat buat construction. HAHA
Aku bertolak dari dari Hotel dalam 8 pagi lebih sampai sana
dalam pukul 11 pagi. Situ ada tempat parking kereta. Bayar parking RM5 dan
menuju ke kaunter tiket. Masa sampai kaunter ni aku blur, sebab taktahu dan
berat mulut nak menanya. Maka aku beratuq ja kat barisan paling panjang
HAHAHAHA elok beratuq kak kaunter baru bukak panggil suh pi kat dia. Dia mintak
IC dan bayar RM2.50. Lepastu aku sambung blur taktau nak kemana HAHAHA tapi
kali ni aku kena tanya la. Sesat aku dilautan tu nanti HAHAHA
Aku pun tanya akak guard tu, dia kata nak ke Labuan dari
Terminal Feri Menumbok ni ada 2 option.
- Feri (tiket yang aku beli ni)
- Speedboat
Masa aku sampai tadi memang dah ada feri duk tunggu. Makanya
akak tu cakap boleh naik dah. Aku pun blur-blur naik la. Elok sampai atas, baru
aku nampak jadual feri ni. Sehari ada 2 kali ja feri ni. Pagi dengan Malam
(petang kot). Kira aku bernasib baik la dapat merasa naik feri.
Perjalanan memakan masa 1jam 30minit. HAHA bapak lama. Tapi
ok la. Cuaca baik. Boleh la termenung dulu. Aku sampai Terminal Feri Labuan
dalam pukul 1 petang kot. Masa nak sampai dalam 10 minit gitu hujan lebat
pulak. Sampai ja jeti terus aku amik Grab ke Ujana Kewangan. Situ semua agensi
kerajaan ada. Aku settlekan kerja aku dulu. Dalam pukul 3 petang lebih gitu aku
balik ke Jeti Labuan. Nampak dak kejap gila buat kerja HAHA patut aku siap lagi
awal tapi ada isu pulak server tu pffffffttttt. Sabo je la.
Terminal Feri Menumbok. Acah-acah seni HAHA |
Ada dua terminal tau. Satu terminal untuk Feri, satu terminal untuk speedboat. Dekat Labuan ni tak macam dekat Menumbok gabung ja dua-dua kaunter. Dekat Labuan ada 2 bangunan berbeza tapi sebelah-sebelah je la. Mampu untuk jalan kalau silap. Makanya bagitau dekat Grab nak naik speedboat. Nanti dia hantaq ke Jeti Labuan. Terminal Feri Labuan untuk Feri ja.
Gambar dari atas Feri. Terminal Feri Menumbok |
Sebab masa nak balik ni bijak dah, feri ada pukul 6.30 petang ja. Aku terus menuju ke kaunter tiket beli tiket speedboat. Harga RM8.50 dan hanya memakan masa 20 minit sahaja dari Jeti Labuan ke Terminal Feri Menumbok. Wow!! Tapi nak jadi cerita aku tunggu speedboat ni dari pukul 3 ke pukul 4 entah, 5.15petang baru ada. Hangin aku.
Tiket Speedboat dari Jeti Labuan ke Terminal Feri Menumbok |
Masuk ja boat, guess what? Jumpa Alim! Kat Semenanjung bertahun tak jumpa. Ni dekat Labuan jumpa HAHA. Hilang terus marah aku tunggu speedboat. Sampai Terminal Feri Menumbok, aku cari surau dulu sebab tak solat lagi. HAHA nasib sempat. Dan aku sampai KK pukul 8.30malam. Gila penat. Alhamdulillah selamat. Alhamdulillah jalan dia pun ok. Cuma malam satu ja kurang, lampu jalan takdak. HAHA so kepada yang nak pi sana, better siang la. Selamat.
Tolong kata aku berseni. HAHA edit guna Lightroom lagi wehhh.... |
All the best kepada yang nak pergi ke Labuan melalui jalan darat dan air. Pengalaman yang tak boleh dilupakan. Kena cuba buat atleast sekali la seumur hidup. Pengalaman ni tak boleh beli, hang sendiri kena merasainya.
Bebelan akhir : Terminal Feri Labuan tu, terminal
antarabangsa. Nak ke Brunei pun boleh, 1jam 30minit kot. Aku nampak ja boleh p
Brunei, terus mesej Fi habaq HAHA rindu letew. Masa pi dan balik lalu Kimanis Power Plant. OMG!! Rindu teeyenbee. HUHU