27 March 2022

Keputusan Paling Gila Sepanjang Hidup - Berhenti Kerja

「さよなら」「ありがとう」声の限り
悲しみよりもっと大事なこと
去りゆく背中に伝えたくて
温もりと痛みに間に合うように
 
English Translation
As far as "goodbye" and "thank you" voices
More important than sadness
I want to tell my back that I'm leaving
In time for warmth and pain
Homura by Lisa (Demon Slayer OST)
 
Setelah aku istikharah dan berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk berhenti. Betul orang kata, orang selalu tinggal sesebuat syarikat tu adalah disebabkan bos. Hmmm aku suka sangat kerja sini sebab sini ada semua benda yang aku nak. Contohnya waktu flexi dan boleh pakai t-shirt. Tapi aku rasa dari aku berterusan diserang anxiety dan tak boleh mengadap bos, baik aku berhenti. Sementara hubungan aku dan bos masih baik, baik aku pergi dan beliau boleh cari staf baru. Win-win situation kan?
 
Disclaimer, bos aku baik tapi aku ja tak boleh nak get along cara dia dan aku sendiri undur diri. 
 

Oleh kerana sekarang aku dah jobless dan aku memang nak berehat seketika dari bekerja, aku cuba merealisasikan impian dari tahun 2017 untuk pusing Semenanjung Malaysia. Alhamdulillah, ini rezeki yang Allah berikan. Tak kaya, tapi mampu inshaALLAH untuk pusing satu Malaysia. Disaat aku tengah menaip entri ni, aku dah hari ke 9 pusing Malaysia dan Alhamdulillah sihat dan gembira :)

Aku taknak berdoa dekat sini, cuma aku sangat berharap aku dapat habiskan trip ini dan balik ke Selangor sebelum raya. Sekarang aku dah berada di Pahang dan berehat di sini untuk beberapa hari. Alhamdulillah ALLAH kurniakan kawan-kawan diseluruh Malaysia. Beberapa hari lepas berada di Johor kawan taja penginapan dan di Pahang juga penginapan ditaja.
 
Target aku selepas raya inshaALLAH akan gigih mencari kerja semula dan mulakan kerja semula dengan fresh. Doakan aku weh!!

Bebelan akhir: Baru 9 hari dah hampir 1300km kereta aku berjalan. Ada lagi 6 negeri untuk aku lalui. Bismillah :)




 
 

10 January 2022

Bye 2021. Hey 2022!!

Goodbye to you, my trusted friend
But we've known each other since we were nine or ten
Together, we've climbed hills and trees
Learned of love and ABC's
Skinned our hearts and skinned our knees
 

Seasons in the Sun by Westlife

 

Hmmmm pertama sekali aku pun taktahu nak cakap apa. Tapi orang cakap perlu bersyukur walaupun ditimpa musibah. So yeah!! Alhamdulillah 2021 telah berlabuh dan 2022 telah pun muncul dengan harapan matahari kembali bersinar seperti tahun-tahun sebelum ini. 

 


Bagi aku tahun 2021 adalah sangat mencabar bagi aku. Bukan kerana banjir atau PKP yang melanda Malaysia dan dunia tetapi lebih kepada aku yang kehilangan identiti dan harapan. Oh by the way, sikit cerita. Aku dah berhenti kerja pada tempat lama dan sekarang masih dalam GLC tapi GLC yang lain la. Pada awalnya aku macam nak menolak tawaran kerja ni. Tapi biasa la orang keliling mempengaruhi dan yup aku pun membiarkan aku dipengaruhi.

 

Secara kasarnya selepas 5 tahun 3 bulan berada pada satu syarikat yang sama sedikit sebanyak aku dah rasa sumpah sangat selesa. Dan bila mana bertukar angin, aku menghadapi beberapa kesukaran seperti kejutan budaya dan mengenali manusia yang baru. Sini tak teruk cuma aku tak boleh nak blend well omputih cakap dan hasilnya aku didiagnosis ada depression dan anxiety.

 

Jika sebelum ini lambakkan kerja terlalu banyak di syarikat lama dan sekarang di syarikat baru ada depression. Aku pun tak pasti yang mana lebih baik sebenarnya HAHAHAHA tapi sekurang-kurangnya syarikat lama aku selesa kot. Hmmm ada la sedikit menyesal tapi masa bukan boleh diundur. Aku hadap je la. 


Walaupun aku kata aku nak hadap ja semua benda sekarang, sikit sebanyak aku tak nampak langsung masa depan aku dekat mana. Jika sebelum ni walaupun career path yang macam siput babi, sekurang-kurangnya aku tahu yang aku akan pencen di syarikat ini. Namun sekarang dengan hari-hari berzikir nak berhenti, aku tak pasti sebulan lagi aku di mana (aku mention sebulan sebab kalau aku resign, kena notis sebulan. So, taktau kalau resign aku nak buat apa).


Untuk short term, aku dah ada perancangan dan tengah design plan tersebut tapi untuk long term aku tak pasti. Cuma apa yang aku boleh katakan, aku tengah explore untuk buat business kecil-kecilan. Aku tahu pasti akan ada gagal dan berjaya. Sekarang yang aku perlu lakukan adalah minimize the risk. 

Orang cakap Januari ni adalah big Monday. So how do you Monday? hehe


Makanya, harapan 2022 ni adalah untuk lebih bergantung kepada ALLAH dan explore new things. Aku harap sangat aku diberi peluang atau ditunjukkan jalan untuk berhenti kerja dan bekerja dengan diri sendiri sahaja. Aku tak kesah orang nak kata aku lemah ke apa sebab if anything happen to me pun, bukan orang yang kata dekat hang tu akan jaga hang atau bagi duit. Ye dok? so why bother? (AA sangat HAHA)


All the best to me and all of you!!


Bebelan akhir: Cadangnya nak berenti lepas mak pak aku balik umrah sekali KJ tutup border pi umrah pulak. Hanat betul. Pi shopping dekat UK tak tutup pulak. Biasa la, orang agama ni nampaknya hina tapi orang-orang berduit dan bersuka ria disanjung. Itulah kehidupan.

 

24 November 2019

Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Hari 2 : Brunei Darussalam)

We burn and we played, we try to forget
But the memories left are still haunting
The walls that we built from bottles and pills
We swallow until we're not talking

Dangerous Night by 30 Seconds to Mars

Hari Dua - 28 Februari 2019
Brunei Darussalam <3







[28022019] Hari Dua . Hari ni cuaca mendung sikit sebelah pagi, makanya 7.30pagi nak bergambar masjid tak nampak la. Plus matahari baru nak naik. Lighting tak berapa cantik. Ohhh lupa habaq, harini nak pusing Bandar Seri Begawan ja. Takdak drive jauh macam semalam sebab ni malam terakhir di BSB . Jadi tukaq plan, kami pi Kampong Ayer dengan Mangrove Tour dulu. Rezeki nampak buaya, monyet dgn Tuntong (ye kot nama dia 😅). Nampak la pemandangan yang hang tak dapat dari jalan darat. Contoh Istana Nurul Iman dari jalan darat tak nampak. Ada tanah perkuburan diRaja, istana-istana kerabat. Nice gila!! Tour ni santai yang amat!! . Habis tour, perut bisik manja lapaq lapaq. Kami pun menuju ke Aminah Arif Restauran pekena ambuyat. Rasa dia tak la macam kahak, hanat sapa yang kata gitu haha. Dia rasa tawar ja tapi macam menggeletek tekak geli2 gitu. Nak bagi ada rasa cicah la dengan apa2 kuah yang dia bagi tu. Tu pun nak kena ajar ka? 😏 . Dah kenyang kami pi solat Zohor di Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah. Cantik wehhh!! Satu aku perasan kat Brunei ni, masjid dia aircond sejuk yang amat. Rasa nak ja tidoq masjid. Habis solat amik gambo lepastu menuju ke Masjid Ash Shaliheen dan Masjid Omar Ali Saifuddien . Selesai solat Maghrib di Masjid Omar Ali Saifuddien, apa lagi pi Pasar Gadong lagi la beli makan malam dan nak hantaq kereta dah. Hooo kami duk sini drive Kia Sportage ok, bukan biashe2. Duk Malaysia bawa Myvi cabok ja 😂 duk Brunei terus jadi have-have 😋 . Tadi sebelum ke masjid2 tu ada singgah mall dengan Muzium Teknologi Melayu, beli souvenir dekat Mall pastu ni sebelum hantaq kereta pon singgah lagi kedai dekat hotel. Malam terakhir di Brunei sebelum menuju ke Miri esok . Komen aku tentang Brunei. Org selalu kata "ada apa Brunei" or "Best ke Brunei?" of course la best sebab ada Fi. Haha tu cerita lain. Tak jumpa pun, dia p Singapore. Takdak rezeki nak jumpa. Abang dengan anak sedara dia operation kat sana. So hangpa mai dulu sini lepastu komen. Datang Brunei pun belum dah kata tak best!!! Pffffttt!! Aku rasa Brunei adalah ketenangan. Driver behave, less traffic jam, makanan murah, banyak ja tempat hang boleh lawat #Brunei #iloveBrunei #tripBrunei #bruneiDarussalam
A post shared by نورهاميزة محمد هاسنان (@captainameeja) on

Aircond sejuk weh semalam. Bangun pagi berebut tandas dan siap nak ke tempat-tempat yang tak sempat cover semalam. Haa kalau hangpa malas nak baca panjang aku bebel ni. Boleh la pi ke link ni untuk full itinerary.

1. Kampung Ayer
2. Istana Nurul Iman
3. Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah
4. Masjid Ash Shaliheen
5. Masjid Omar Ali Saifuddien
6. Muzium Teknologi Melayu
7. Muzium Maritim
8. Pasar Gadong (lagi :p)

Semalam dah cover habis dah Kuala Belait, hari ni nak pusing town saja. Semua ni boleh dikatakan berdekatan. Kami dah Google siap-siap dah jarak dan masa yang diambil dari satu tempat ke satu tempat. Hang bukak ja Google Map lepastu map kan tempat-tampat yang hang nak pi. Boleh nampak route sekali. Sebenarnya ni adalah benda yang penting untuk hang tau kedudukan tempat-tempat yang hang nak lawat. Nanti tak perlu la pi sana patah balik pi sana patah balik gitew.

Mulanya nak ke Masjid Ash Shaliheen dulu tapi matahari baru naik, nak nampak apo je kalau amik gambar. Teruih jadi takdak hala tuju HAHA. Mulanya nak ke kampung air ja jalan-jalan. Kami pi la lepak dekat jeti ushar orang dulu. Lepastu ada orang approach untuk Mangrove Tour (unplanned gila). Sumpah aku tak ingat satu boat berapa. Tapi aku teka ja ek ni $30-$50 untuk 3 orang kot. HAHA sumpah aku lupa berapa. Ni aku petik ja. Aku p awal tahun, akhir tahun baru gedik nak update blog.

Lama jugak dekat Mangrove tu. Lepas balik Mangrove Tour kami pusing la semua tempat menarik dekat Bandar Seri Begawan. Haaa tengok la gambar-gambar ni. Penat dah nak cerita HAHA dasar pemalas!!

**********

Disclaimer : Sorry aku malas nak edit gambar. Sumpah malas. So kalau gelap dan buruk tu maaf la yer.

Hanim, Madie dan Aku. Belakang tu abang boat. Nak pi Mangrove Tour

Kampung Ayer & Istana Nurul Iman


Kami tak naik pun Kampung Ayer. Masa balik Mangrove Tour tu dia pusing-pusing Kampung Ayer dari bawah ja. Penat panggil monyet tadi HAHA lepastu hujan jugak ni. Sebelum jadi lagi lebat, kami cau dulu :)

Ni la Monyet Proboscis. Lama gila baru nak dapat amik gambaq ni. Ataupun depa panggil dia nama orang Belanda.
Rasanya Masjid Jame 'Asr Hassanil Bolkiah

Menurut orang yang bawak kami ni dia kata Istana Nurul Iman hanya boleh nampak dari jalan air sahaja. Kalau dari jalan darat nampak gate Istana ja. Dan ini adalah benar. Kalau sapa teringin nak masuk Istana ni, datang la masa raya. Istana akan buat open istana untuk semua. Foreigner pun boleh join. 

Jeti di Kampung Ayer

Rumah-rumah di Kampung Ayer
Jeti lagi

Sebenarnya dari sepanjang kami nak pi Mangrove Tour ni ada nampak banyak Istana-istana Brunei. Atas bukit, tepi jalan, dalam hutan semua la. Lepastu ada makam kerabat jugak belakang tu. Aku tengok macam senang gila kalau nak ceroboh sebab memang hang nampak pintu-pintu tu dan hang boleh turun pi ke situ. Mungkin physical security depa power kot. Kalau dekat Malaysia ni, silap-silap laluan air ni dah kena tutup HAHA bagus kerajaan Brunei ni jiwa rakyat.

Makan diRaja Brunei
Ni bukan Istana Nurul Iman. Aku cari tak jumpa pulak. Ni istana lain huhu

Jangan main-main, ada buaya dekat Sungai Kampung Ayer ni


Depa kata ni Kapal Tanggang yang kena sumpah jadi batu
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah

Taktau la betui ka dak, depa kata kubah dia guna emas. Cantik weh masjid sini. Besar dan aircond :) Alhamdulillah sempat solat Zohor berjemaah dekat sini :)

Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah - Dari tempat parking

Masjid Jam' Asr Hassanil Bolkiah - Time ni tengah azan zohor. Dengaq dak?

Ruang solat wanita. Aku dah edit ritu. Cari tak jumpa pulak.

Pintu nak masuk ke ruang solat :)

Masjid Ash Shaliheen


Masjid ni macam Masjid Biru Turki. Kalau tak silap kawasan ni macam banyak bangunan kerajaan. Kami mai tengok ja, tak turun dan masuk ke dalam pun.

Masjid Ash Shaliheen
Macam Masjid Biru Turki


Masjid Omar Ali Saifuddien


Bagi aku la, aku paling suka masjid ni sebab ada tasik lepastu belakang masjid ada taman besar gila. Boleh kayuh basikal beriadah. Memandangkan kami sampai pun dah nak masuk Maghrib. Ambik gambar kat luar dan masuk dalam nak solat. Tapi 1 ja kureng, nak amik wuduk kena keluaq dari masjid. Dekat tandas bawah masjid. Pastu kena keluar tandas jalan pastu masuk masjid. Takdak direct access terus ke dalam masjid. Hang kena pakai kasut hang pi tandas tu. Nampak tak renyah huhu tapi aircond dia sejuk yang amat. View malam dekat tasik pun cantik sebab macam ada kapal depan masjid ni.

Masjid Omar Ali Saifuddien
Ni gambar dari taman. Happy National Brunei Day yang ke 35 tahun


Muzium Teknologi Melayu & Muzium Maritim

Antara nikmat duduk Brunei ni adalah boleh dikatakan semua Muzium adalah percuma. So dua muzium ni sebenarnya sebelah-sebelah ja. Menarik untuk tahu salah silah keturunan Melayu ni. Masa aku pi tu Tourism China Mainland ramai. Hang paham-paham sendiri la perangai depa. Kalau nak aku cerita mau jadi dua tiga blogpost jugak HAHA

Yang Muzium Maritim kami tak masuk. Sebab malas dan rasa bijak dah HAHA

Orang Kampung Ayer

Sumber utama mereka adalah perikanan

Ni dia baru tukaq kerja. Jadi tukang kayu pulak :p


Malam kami repeat Pasar Gadong. Scallop wajib beli yeahhh!! Kenyang dah, kami pi cari ole-ole nak bawak balik Malaysia. Sebab esok awai pagi nak bertolak ke Miri dah. Hoo aku sewa kereta sepanjang dekat Brunei. Orang Brunei ni kaya, public transport dia kurang. Aku sewa dengan Azmi ni. Aku cari dekat FB kot ke website tapi ni no telefon dia kalau hangpa nak sewa +673 884 4213. Kami sewa kereta Sportage 2 hari $120 ja weh. Murahhhh!!

Azmi pun ada share tempat-tempat menarik. Kalau hangpa nak pi boleh cuba :)



Ambuyat

Poskad Brunei :)

Link ke full itinerari <- Klik sini
Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Bajet Kasar)
Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Hari 1 : KUL - Brunei Darussalam)


Bebelan akhir: Rasanya kami makan proper restauran dekat Brunei ni satu ja. Restauran Aminah Arif try ambuyat. Ok la tapi aku kureng sikit. Aku suka nasi kandaq lagi HAHA

23 November 2019

Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Hari 1 : KUL - Brunei Darussalam)

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Sebuah Pertemuan by UNIC

Happy Birthday Prasadh M. <3


Hari Satu - 27 Febuari 2019 
KUL (KLIA2) - BWN (Bandar Seri Begawan Brunei Airport) 




[27022019] Hari Satu . Panggilan akhir pukul 6.30pagi. Subuh 6.09pagi. Sebelum azan pakai telekung, duduk depan sejadah countdown haha. Elok Allahu Akhbar ja, ussolli fardhu subhi. Bagi salam terus lari ke gate L20 (tak boleh jauh lagi pffftt) PANGGILAN AKHIR!! Dengan kasut tak pakai betul, belt tak pakai. Lari seret kasut sambil pegang seluar 😅 please jangan bayangkan 🤣 . Sampai dalam pukul 8.35pagi kot, pagi ni sarapan atas awan. Bukan biashe2. Cari wifi free dulu, text Fi bagitau sampai pastu tanya telco mana ok. Beli sim sebab nak waze. Amik kereta terus ke Kota Belait tengok Menara Cendera Kenangan, Monument Billionth Barrel (tengah construction) dan terus ke Tasek Merimbun (ni titi runtuh 😅) . Perjalanan tu jauh gak, dari airport ke Kota Belait tu dalam 1jam 30minit. Tapi bukan aku drive haha Madie dengan Hanim ja. Ambo sakit kepala. Macam biasa . Habis je melawat tu pi la Jerudong Park dan nampak orang duk main kuda. Jakun kat Malaysia takdak, pi la lepak. Masa masuk ke padang tu ramai dah ushar pelik. Buat relaks ja sebab takdak kata tak boleh masuk dan sikit ja orang . Sembang punya sembang, rupanya Prince Mateen tengah friendly match sukan polo. Dan orang yang kami sembang macam bfftj ni rupanya PA Prince Mateen. Rasa-rasa kami rasa apa? Hahahaha dia kata boleh ja nak tengok sebab open to public tapi orang dekat Club tu datang kata tak boleh. So kami malas la nak kata pa, cau je la walaupun hati terluka tengok tak puas lagi . Lepak tepi pantai Jerudong, balik hotel check in sat pastu p Pasar Gadong makan. Memasing kebulur dah dan still hati terluka tengok orang main polo tak puas lagi . Apa-apa pun masin mulut aku kata nak jumpa Prince Mateen dah dapat. Haha ok jom tidoq, mimpi indah yer. Auummm :3 #buddiesTrip #bruneiTrip #bruneiDarulSalam #brunei #princeMateen #tmski #jerudongPark
A post shared by نورهاميزة محمد هاسنان (@captainameeja) on


Seperti trip sebelum ni, nak tiket murah mesti jadi nyanyok ambil flight paling awal. Lepastu tak tengok waktu subuh pukul berapa. Adeh!! Alhamdulillah selamat sampai dan tak terlepas flight HAHA. Hari ni kalau ikut itinerari yang dibuat banyak tempat yang nak pi. Tapi kita hanya mampu merancang, ALLAH tentukan semuanya. Walaupun orang cakap Brunei ni takdak apa, masa buat itinerari ni tak cukup nak sumbat tempat yang best boleh pi. Makanya hari ni kami pi part paling jauh dulu iaitu Kuala Belait. Dari Airport Brunei nak ke sini dalam 1 jam 30 minit. Antara tempat yang best yang kami lawat hari ni adalah

1. Menara Cendera Kayangan
2. Tugu Teapot (tengah-tengah roundabout)
3. Monument Billionth Barrel (masa pi ni tengah ada construction)
4. Tasek Merimbun Heritage Park (titi dah reput huhu)


**********

Menara Cendera Kayangan

Menara Cendana Kayangan

Menara Cendana Kayangan


Menara Cendana Kayangan



Ni macam landmark ja. Menara dia pun macam Menara KL yang versi rendah. Taman dekat situ cantik la. Cuma masa kami mai ni tengahari rembang. Panas gila Brunei ni HAHA sini sekadar nak bergambar boleh la. Takdak apa sangat. Tapi dah sampai takkan tak melawat ye dok? Bukan boleh datang selalu pun.



Tugu Teapot

Tugu Teapot - Sumpah malas nak crop dengan edit HAHA

Aku taktau pun benda alah ni. Si Hanim yang letak dalam itinerari. Punya la waze cari, rupanya dia tengah-tengah roundabout. HAHA makanya ambil gambaq dari dalam kereta ja la. Hang boleh bayangkan dak? Tengah bawah kereta, tengah pusing roundabout dan hang duduk belakang ambil gambaq. HAHA terteleng-teleng aku HAHA



Monument Billionth Barrel

Monument Billionth Barrel

Ni dekat pintu nak masuk Monument Billionth Barrel

Tak pasti apa sejarah dia, hang boleh Google tapi rasa macam berkaitan dengan minyak depa. Aku assume ja. Malas la nak Google. Nak aku Google ka update blog? HAHA haa masa sampai sini ada ja kereta dua tiga bijik. Tapi masalahnya nak ke Monument tu jalan tutup sebab tengah construction. Depa nak upgrade kot tempat tu. Makanya aku pun bergambo je la dari jauh. Sedihhh!!



Tasek Merimbun Heritage Park

Muzium Tasek Merimbun

Muzium Tasek Merimbun

Tasek Merimbun


Tasek Merimbun

Tasek Merimbun

Tasek Merimbun
Taman Rama-rama yang tak berapa ada rama-rama. Ada budak mengantuk :')

Banyak sebenarnya tempat menarik dekat sini antaranya tempat nak trekking, muzium apa ntah, taman rama-rama yang hidup segan mati tak mahu dan titi kayu yang reput. HAHA seriously weh sedih tengok. Aku tak pasti diorang tak jaga atau sebab orang tak datang. Trekking tu dekat dengan muzium, macam ada chalet pun ada. Tapi aku tak pasti. Untuk ke titi kayu tu hang kena keluaq balik ke jalan utama dan terus ke depan sikit. Titi ni dekat dengan kawasan penduduk kampung dekat situ. Sedih tengok titi dah macam nak roboh. Tapi view cantik. Sini jadi tarikan sebab air tasik dia warna hitam. 


**********

Settle Kuala Belait, kami balik ke town. Sampai awai jugak, makanya pusing-pusing je la. Lepastu nampak singboard Jerudong Park. Nampak ada orang main polo. Saja la kata Prince Mateen ada. Memang dalam hati terdetik ka or nak tengok tu takdak. Ataupun expect dia main pun tak. Tapi sebab kami free pi je la lepak situ. Pi duduk Grand Stand ok. Semua tengok pelik. Pastu sembang la dengan orang situ. Duk tengok sambil sembang lama jugak. Sekali dia tanya tahu tak sapa tengah main. Mesti la tak tahu. Pemain Polo Malaysia selain KJ pun aku tak kenal. Ini pemain Polo Brunei dan taktau ni peringkat apa. Sekali rupanya Prince Mateen. Menggeletis kau!! HAHA

Prince Matenn - Jerudong Park


Yang duk sembang dengan kami tu rupanya pembantu Prince Mateen. Sumpah helok!! Helok lagi dari Prince Mateen. Aku pun snap la gambo Prince Mateen main Polo selepas tanya boleh ka amik. Dia kata boleh tapi kalau Prince datang jangan la serbu. HAHA hello!! Kami ni 29/28 tahun ok. Gila nak buat perangai tak matang HAHA mesti la tak. Tapi duk tak lama lepastu pengurusan tempat tu datang halau kami. Kata tak boleh ada dekat sini. HAHA confius aku, pembantu dia siap offer duduk dekat situ tapi pengurusan situ pulak tak bagi. Sedih lagi!! HUHU

Hiyakkk!! Prince Mateen


Taktau nama apa tapi aku rasa Pantai Jerudong HAHA suka hati bagi nama

Pasar Gadong - Lapo sangat dah tu :p
Membawa hati yang lara. Kami lepak la dekat tepi pantai dekat Jerudong Park tu. Taktau la nama apa pantai tu. Tengok sunset sambil membawang isu tadi HAHA. Hari nak gelap dah, kami balik hotel dan pi Pasar Gadong untuk makan. Pasar Gadong ni macam pasar malam berbumbung. Subhanallah!! Nikmat duduk Brunei ni adalah makanan murah. Nasi Katok $1, scallop $2, air $1. Boleh hidup ooo duduk sini. Memasing lapaq. Pelahap habih HAHA. Balik hotel, mandi solat tidoq


Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Bajet Kasar)

Bebelan akhir: Antara nikmat pi Brunei, tempat solat bersepah. Cuma diri hang ja nak pi solat or tak. Stesen minyak dia pun surau best. Nikmat oiii!!

06 June 2019

IndoChina 1.0 : Backpacker ke Cambodia (Kemboja) - Thailand

Buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh

Bawaku Pergi by Kaka Azra ft Zizan Razak




Sebenarnya ini adalah trip yang tak dirancang. Aku baca-baca dekat BBM (Buddies Backpacker Malaysia) ada seorang awek (Juita) ni post nak ke Sihanoukville dan beberapa tempat lagi melalui jalan darat. Memang cita-cita aku nak buat IndoChina jalan darat sejak-sejak duk baca blog Budak Letrik. Part paling best tiket kapalterbang ke Sihanokville hanya RM69. OMG tak boleh tahan dan tak boleh lepaskan .

Aku tak berapa ingat sangat route dia sebab itinerari bukan aku buat dan trip ni tahun lepas haha tapi aku dah abadikan semuanya dekat instagram aku. Nanti aku bagi link sekali semua. Hangpa rajin-rajin la yer baca. Itinerari pun aku akan bagi dekat last post ni. Tapi itinerari tu tak berapa lengkap, paling lengkap dekat instagram aku. Biasa la last minutes perubahan dengan benda-benda yang tak dijangka berlaku HAHA Jyeahhhh!!!


pssstt: aku malas nak karang balik. So aku copy paste je dari Instagram aku. Gomenasai!!

*********


Route yang dipilih :

Kuala  Lumpur - Sihanoukville - Koh Rong Island (Coconut Beach) - Sihanoukville - Phnom Penh - Siem Riep - Poi Pet - Aranyanprathet - Bangkok - Pak Chong - Ayutthaya - Kanchanaburi - Bangkok - Hatyai - Kuala Lumpur

Sebelum bertolak:

Sebenarnya trip ni ada 5 orang. Kak Nita, Kak Ana, Juita, Rafie dan Aku. Kami bincang semua dekat group Whatsapp dan tak pernah jumpa. Lagi sebulan sebelum pergi baru jumpa dekat Bangi sebab Juita tak habis belajar lagi di UKM buat Master. Yang lain-lain semua dah kerja. Tapi tiba-tiba Kak Ana tak dapat join sebab nak ke Umrah dan Rafie pun tak dapat join sebab kena jadi mutawif. Makanya tinggal la kami bertiga, Kak Nita, Juita dan Aku.

Bajet kasar RM900++ dan kebanyakkan makanan kami bawak dari Malaysia. Cuma dekat tempat-tempat tertentu ja makan luar. Walaupun bajet kasar RM900++ aku bawak jugak duit-duit yang baki trip dulu. Dan pernah sekali bawak keluaq duit dekat Thailand sebab tukaq train dan shopping dekat Haytai HAHA

Total hari semua dalah 9 hari je. Pengangkutan kapal terbang sekali dari KUL ke Sihanoukville. Yang lain-lain kebanyakkan bas, minivan, feri dan kereta. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang :)

Hari 1 - Kuala Lumpur - Sihanoukville - Koh Rong Island (Coconut Beach)





[24012018] Tiba jam 2.15 petang waktu tempatan . Waktu Kemboja adalah 1 jam awal dari waktu Malaysia . Sampai ja airport dan ada tragedi beberapa penumpang dari Pesawat AK265 tidak dapat VOA pass . So tanya abam Imi dia kata amik sana, pastu amik situ, pastu amik sinun 😑 

Jeti nak ke Koh Rong

Last-last beratuq ja dalam barisan nak cop tu sebab penat kehulu kehilir. Hoo airport dia sekangkang kera ja. Tapi kehulur kehilir tanpa tujuan penat oooooo . Masa beratuq tu tanya kat abam Imi lain dan baru dia bagi. Huhu taktau la sebenarnya tak paham ke apa . Lepas keluaq airport, amik van ke Downtown beli tiket ke Koh Rong dan beli tiket untuk esok nak ke Phnom Penh . Sekarang dalam kelambu tengah menikmati katil yang empuk sambil memaki hamun diri sendiri sebab bawak separuh rumah dalam beg 45liter yang berat NAMATi!

Tunggu speed boat tak sampai-sampai

Mana mau pergi semua ada
Dah sampai pulau :)
Sekian laporan hari ini. Woii tenet sini laju. Cicak sini besaq gila wehh!!! Tak sempat amik gambo sebab lapo. . First day gambaq tak banyak sebab penat tak biasa lagi plus malas nak angkat lensa gitew. Hang sabaq sat!

#indoChinaTrip 
#backpackers
#cambodia 
#kohRong 
#sihanouville
 
Hari 2 - Koh Rong Island (Coconut Beach) - Sihanoukville - Phnom Penh






[25012018]
Bangun 5.30pagi waktu tempatan dan ini bermakna 4.30pagi waktu Malaysia!! Untuk solat subuh la pastu lena balik. ALLAH tu ada di mana-mana bukan tertinggal kat Malaysia hokay 😏So lepas tu sambung tidoq 7.30pagi mandi dan mengemis ayaq panas kat hostel ni. Siap kena kutuk dalam bahasa Cambodia lagi sebab mintak ayaq panas haha whatever!! Perut dah kenyang jom jalan-jalan tengok sunrise, berkejaran dengan anjing-anjing pantai, cuci mata dengan abam-abam matsalleh, amik gambaq apa yang patut
Chalet kitorang. Suasana kampung habis

Tempat Lepak

Tiket nak naik boat sat lagi

Banyak betul tiket dia bagi
Settle semua tu balik bilik kemas barang. Ready to check out dalam pukul 11 lebih. Pastu tunggu macam orang bodoh tepi jetty sebab nak balik tanah besar. Lebih kurang pukul 1 tengahari bertolak ke tanah besar dan berjalan lengang kangkung menuju ke tempat beli tiket mini bus semalam. Ada la dalam 10 minit plus-plus kot jalan. Maki hamun jugak kat beg berat hahaha
Ni dekat RnR depa. Hang tengok jalan dia. Berdebu!!
 Sampai tempat mini bus tu solat jamak qasar Zohor Asar dan jyeah!!! 6jam dalam mini bus menuju ke Phnom Penh. Ada la berenti sekejap. Driver cakap “rest for 10 minute” 10 minit Cambodia tu aku rasa 30minit jugak la 🤔Perasaan 6jam? Tahu bantal tidur yang terpenyet? Tu la bontot aku. Rasa nak je tepuk-tepuk bagi kembang balik 😂

 
Dah sampai Phnom Penh
Alhamdulillah sudah sampai ke hostel. Dan pub diatas bilik. Jyeahh joget lambak la jawapnya 😑Lapaq hang tak payah cita, punggah beg semata nak cari sambal ikan bilis PDRM blurghhhhh Alhamdulillah

Nota kaki: Nokhorom jalan depa pening pala tengok. Ofkos sampah teruk, driver pun suka hati masuk lane orang. Hon takyah kabo la. Tu tak cita sepanjang jalan semua bagi lampu tinggi. Berdarah mata!! Makanya bersyukurlah duk Malaysia tanah tumpah darahku ❤️


#visitCambodia
#Cambodia
#phnomPenh
#sunrise
#coconutBeach
#indoChinaTrip

Hari 3 - Phnom Penh - Siem Reap
 


[26012018]
Hari ni takdak target nak pi mana pun. Sebab buat Phnom Penh macam transit sebelum pergi ke Siem Reap. So bangun pagi then just jalan sekitar bandar Phnom Penh ja.Ada tasik ke laut pun taktau la sini pastu jalan ke Palace dia. Dan tetiba ada uncle ni approach cakap jom pi Killing Field. Macam lagu Hael Husaini bagai di jampi kami setuju untuk ke sana 😅

Perjalanan dlm 30 minit juga la naik Tuk Tuk ni. Jalan dia hg takyah cita la. Habuk berterbangan dan confirm la malam tu taik hidung hang penuh haha 😂 Sampai Killing Field akan dapat headphone dgn decoder untuk dengaq sejarah dia. Nak tau sejarah dia hang google ja. Yang pasti Cambodian killed Cambodian.

Balik dari Killing Field tu, memang benar la macam lagu Hael Husaini kami sekali lagi kena jampi untuk amik tiket pi Siem Reap. Ragu-ragu gak sebab Tuk Tuk yang bawak. Pastu dah ada depan kaunter malas fikir amik jela. Balik hotel dapat wifi terus search pasal company Rith Mony tu dan taraaaa!! Takdak 1 pun review yang baik 😂 semua cuak nak mati dah. Perjalanan yang hanya 6jam ada yang bagitau sampai 12jam 😑
Ni kalau tak silap tempat diorang kena bunuh

Dalam ni penuh dengan tengkorak orang yang dah kena bunuh

Kami amik tiket midnight sebab pikir sampai Siem Reap terus p Angkor Wat tapi kalau dah review camni hang rasa? Susun la strategi utk mintak refund but of course la tak boleh. So tukar amik pukul 7.30malam. Member siap tny confirm tak berenti amik orang ek. Dia pun iye kan saja pfftt. Bas datang 8malam (normal la, bas Malaysia pon selalu lambat 😂) so perjalanan bermula. Selama sejam yang pertama. Rasanya setiap 10minit bas berenti dan pelik nokhoromnya hampir semua turun dan setiap tempat yang berenti tu orang yang sama turun 😑
Nampak dak?? Err seram
Takkan tangki kecik ka ? Hahaha dah la dalam tiket tulis seat lain dan seat tu ada orang duduk 😑 pastu 1 seat tu ada sampai 2 orang 😑 2 seat duduk 3 orang. Actually nice ja dia punya sleeping bus ni tapi aku sebagai orang Europe, space untuk kaki tu tak cukup panjang huhu. Tu ja la yang rasa tak ok tapi selepas sejam pertama tu bas bergerak lancar seperti dijadualkan. Walaupun sejam lewat tiba tapi Alhamdulillah takdak la benda buruk terjadi spt review tulis dan sampai 2.30pagi di Siem Reap.

#indoChinaTrip
#phnomPenh
#siemreap

Hari 4 - Siem Reap (Angkor Watt)
 

[27012018]
Start dari sampai Stesen Bas Siem Reap pukul 2.30pagi kami tunggu sampai pukul 4.30pagi untuk TukTuk datang pick up. Beli tiket one day pass ke Angkor Wat dan pi solat subuh di Restaurant Muslim berdekatan Angkor Wat. Tak sempat dah haih nak mandi ka apa, pi terus Angkor Wat untuk tengok sunrise. Masa kami sampai ni dah ramai, tapi masa duk tengok tu pun masih berpusu-pusu lagi masuk sini gila kentang ramai.
Angkor Watt
Habis dah menikmati ciptaan ALLAH, kita tengok ciptaan manusia pulak. Start jalan dalam Angkor Wat dan ke wat-wat yang lain. Wat ok bukan wad 😏Dalam pukul 12 tengahari tu settle lawat beberapa wat kami decide nak balik sebab dah lemau. So balik bilik lena!!! Cover balik yang dah yang semalam tu tak lena. “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”


Tak pasti dah ni Watt mana satu. Dalam Angkor Watt tu banyak Watt yang kecik-kecik
Malam jalan pi makan di Siem Reap Muslim Backpacker Restaurant dan Night Market. Balik kemas barang dan lena
.
Hooo tak lupa jugak Happy Birthday Fatimatulzahrah Che Fauzi ❤️
.

#siemreap
#angkorWat
#indoChinaTrip
#cambodia

Hari 5 - Siem Reap - Poipet - Aranyaprathet - Bangkok

 

[28012018]
Hari terakhir di Cambodia dan hari pertama di Thailand. Jyeahhh!!!

Taxi datang ambil di Siem Ream Pub Hostel dalam pukui 8pagi dan terus menuju ke Poipet (sempadan Cambodia Thailand). Perjalanan memakan masa lebih 2 jam dan yeahhh tidoq lagi dalam keta. Pastu terjaga. Tidoq lagi sampai la sampai

Map dekat Stesen Poipet kot Ke Arayanprathe? Hahaha lupa dah haih
Sampai Poipet masuk imi, bagi passport amik cap cari dengan 4 gaya (haaa kalau nak tau kena pi sendiri la tengok gaya apa haha 😂) habis cop semua terus gerak ke sempadan Thailand cop passport lagi. Punya sempoi nak habaq, takdak check beg apa pon. Jalan pon lenggang kangkung masuk sempadan. Ada la kot 200meter jugak. Habis cop passport amik tuktuk pi stesen ketapi Aranyaprathet. Beli tiket ke Bangkok 48baht ja weh! Murah namati! Dan hang duk atas train tu pon lama nak mati la 6 jam 😂
Cantik Stesen Aranynprathet <3

Gambar wajib bila ada tiket hahahahaha

Penuh oooo. Semua muka penat
Tapi ok ja atas train tu sebab view cantik. 45 stop ja pun. Apadahal so 1 Thailand dah jalan 😏 (muka bangga bongkak haha). Sampai Bangkok, check in hostel yang super ohsem. Bersihkan diri. Tunaikan apa yang patut. Pi 7eleven dan now nak tidoq

Ni hiasan dalam Hostel Bangkok Backpackers
Dah sampai Bangkok cari 7Eleven ler untuk bekalan esok :)

Sambung esok yaww

#indoChinaTrip
#bangkok
#aranyaprathet
#poipet
#mijahTravel
#iloveThailand
#railway


Hari 6 - Bangkok - Pak Chong (bukan Pak Choy. Tu sayoq -_-)

 


[29012018]
Bangun pagi buta sedih sebab semalam awek German tu dah takdak. Sebab Kak Nita cakap awek tu tunggu untuk cakap goodbye sebelum dia pi airport tapi aku lena lagi time tu huhu. Biaq la kat dia, ada jodoh nanti jumpa lagi. Haha so check out pukul 5.30pagi dan jalan 5 minit ke Hua Lamphong Train Station untuk menuju ke Pak Chong untuk melihat sisa baki sunflower

Tutup hari Isnin huhu
Ambil gambar dekat luar jela
Naik train pukul 6.45pagi dan sampai 10.55pagi dengan menempuh 12 station. Sampai Pak Chong, Yaya yakni driver kami datang kutip untuk misi menjejak bunga-bunga Matahari. First kami pi ke Chokchai Farm. Dalam berjuta review kat BBM, takdak 1 pun review bagitau Isnin tutup haha pfffttt so tangkap gambo luaq ja 😭

Juita dengan aksinya :'D

Luar pun dah cantik. Dalam?

Jemput makannnn
Lepastu ke ladang sunflower and jyeahh!! Padang jarak padang terkukur 😂 hang expect apa bila hujung Januari kan? So kami pergi membawa hati yang lara. Chocolate Factory dan Palio pi melawat kawasan ja la amik gambo. Dari seribu gambo ada la kot sekeping dua yang boleh nak show off 😂 yang len hangpa mai la sendiri tengok 😏. Takdak apa pun, just bangunan cantik ja. Ok la not bad bagi yang minat tentang senibina dan cekelat


Kalau pencinta coklat, sinilah. Sinilah tempatnya!!



Then pi Primo Piazza, sini la jumpa Alpaca. Duk bagi makan sambil ajak selfie. Haram sombong. Tapi bila suap makan nganga jugak 😏 scenery cantik. Ala-ala Europe gitew. Last tempat PB Valley. Dari jauh nampak ladang sunflower. Berlari nak bergambar. Betui kata orang tua-tua. Pabila mendung, hujan turun. Tapi nanti pasti ada pelangi jugak


Ya!! ini Thailand bukan Europe. Malaysia bila nak buat? huhu






So misi menjejak sunflower selesai dan boleh la update kat orang kampung yang kami dah p ladang sunflower 😂


Mission Accomplish!!

Sekian laporan hari ini
#mijahTravel
#sunflower
#khaoyai
#alpaca
#indoChinaTrip
#thailand

pssssst: sini semua tempat cantik-cantik. Nak datang untuk ambil OOTD memang ohsem!! Instagrammer sila la datang yer :p


Hari 7 - Pak Chong - Ayutthaya - Suphanburi - Kanchanaburi
 

[30012018]
Bangun pagi ja nampak view cantik depan guesthouse. Seriously Lake View ni semuanya cantik-cantik. Decorations simple but nice. Dalam pukul 9.30pagi gitu kami dari guesthouse bertolak ke stesen train Pak Chong untuk ke Ayutthaya

Add caption

Tiba di Ayutthaya kami melawat beberapa lagi wat. Sampai cemuih la orang utara kata tengok wat ni. Tapi ni ja yang ada sini 😅 Tapi sebelum melawat semua tempat tu, kena la isi perut dulu. So nak cari makanan halal bukan senang. Makanya kami guna Muslim Pro apps untuk cari kedai makan muslim






Dapat la 1 kedai ni. Pak Wan Halal Restaurant. Dah dapat nama kita google la review. Perghh belum sampai dah kecur ayaq liuq. Harga murah, makanan sedap, siap dengan aircond. Elok la tu, ketiak pon dah banjir. Memang 5 star la. Kedai makan wajib datang jika singgah di Ayutthaya

Makan taugeh macam tu pun sedap!!
 
Dah habis makan dan melawat jom naik minibus pulak. Dari Ayutthaya ke Suphanburi Stesen. Sampai ja stesen ni mula la ayam dengan itik duk sembang 😅orang stesen bas tu tak reti cakap english. Tapi nasib baik sebut nama tempat dia tau. Malangnya kami dah terlepas bas terakhir 🤣Baru nak duduk orang jaga tiket jerit panggil, ada bas nak ke Kanchanaburi. Berlari tinggalkan Kak Nita yang masih menikmati pemandangan bas 😂 Dalam pukul 7.30malam kot sampai la Kanchanaburi dan pemandu teksi kencing kami. Hancing la kami sampai kat guesthouse dengan hati yang bengkak 😂
.
Jom tidoq. Kami tidoq atas air ok malam ni. Rumah ni ataih ayaq gitew
#mijahTravel
#ayuthaya
#wat
#pakwanhalalrestaurant
#thailand
#indoChinaTrip

Hari 8 - Kanchanaburi - Bangkok - Hatyai
 


[31012018]
Kadang-kadang rasa greeting matsalleh lagi senang dari bagi salam pada saudara seislam kita sendiri. Bukan nak kata apa, bila pi negara luaq ni dan jumpa orang kita. Aku ni dah renyih macam kerang busuk dah sebab tau kita ni sama. Tapi boleh pulak dia buat muka sombong + dengan jeling kadang-kadang. Pffftt aku pun pi overseas la weh hahha gitew. So bila jumpa matsalleh, hang senyum pon dia dah say “Good Morning” or “Hello”. Bukan payah pon. Takdak la aku malu sangat kalau nak renyih macam kerang busuk pon 🤣

Pagi ni masa ondaway nak check out hotel, laku depan bilik uncle matsalleh ni. Aku pon say selamat pagi kat dia. Seronok orang tua tu. Siap teman pi train station dan cakap syukur gila selama 3 minggu duk sini, tak cakap dengan sapa-sapa sebab orang Thailand tak paham 🤣 so jumpa kami yang paham english ni. Macam-macam dia cerita. Siap belanja kopi dan nak sampaikan dakyah dia 😅
 
Disebabkan dah tak sempat ke Death Railway 😭 makanya pulang la kami ke Bangkok. Sampai Bangkok benda pertama buat lepak 7eleven. Duk Thailand, dapat jumpa 7eleven or Family Mart tu adalah nikmat oii. Macam-macam hado. Kalah tesco Malaysia 😂

Lepastu perut bisik pada hati “hang tak lapaq ka woii” dan tersedar belum makan. Makanya cari kedai muslim. Rupanya kedai muslim dekat gila dengan hostel yang kami duduk dulu. Alaa hostel yang ada awek german tu. Apa la awek tu buat noo. Rindu aku dak? Hahaha. Lepas kenyang jumpa orang Indonesia. Mulanya ingat orang Thailand sebab speaking dengan kami. Sekali deme sembang dua, dengan cakap Indonesia. Apa lagi, buat geng angkut p Chinatown 😂

Balik Chinatown lepak dalam Hua Lamphong railway station untuk ready nak ke Hatyai. 16-18jam woiii dalam train. Aku dengan Kak Nita tukaq train sebab nak amik sleeping bed yang bawah. Dan Juita maintain dengan upper bed. Malam tu semua tidoq, aku macam orang gila duk amik gambaq Supermoon + Blood Moon + Blue Moon
 
Hahahaha perlu ke diterangkan lagi?

The best sleeper train

Blue Moon
Sekian untuk hari ni 😉
#indoChinaTrip
#mijahTravel
#thailand
#bangkok
#supermoon
#bluemoon
#bloodmoon

Hari 9 - Hatyai - Kuala Lumpur

 

[01022018]
Setelah 17 jam berada dlm train Bangkok ke Hatyai. Kami tiba di Hatyai kurang lebih 8.30pagi. Tidoq nyenyak gila dlm train. Mana tak nyenyak. Aircond + katil sorg 1 + ada org serve lagi. Haha tidoq pun disirami Supermoon, Blood Moon dan Blue Moon. Sampai ja Hatyai benda first duk cari nak mandi ja. Mulanya nak p masjid tapi jauh pulak. So decide masuk town dan cari tiket bas balik KL. Ada la kot jln dlm 15minit. Pi la few kedai cari tiket and decide amik dengan Suasana Edaran. Dah beli baru la boleh kan guna kemudahan kat situ haha. Mandi pakai cantik-cantik. Dah wangi. Misi habiskan duit baht
 
 
 
Brunch depan kedai tadi. Order benda simple tp nokhorom mahai. Tak tipu! Hang pi kedai len dpt makan lagi mewah. Tp dah makan baru tau harga. So jalan ja la. Since baru tengahari dan tiket pulang ke tanah air adalah jam 6.30petang. Kami jalan la masuk lorong2 yg ada sampai boleh hafal la jalan kat situ 😂 

 Jumpa makanan halal ja beli. Gila betui
Aiskrim kelapa
Hotdog pulut tu 10 batang 😂
Sticky rice with manga
Padthai
Buah mata kucing
Manga cicah sambal

 
Aiskrim kelapa sedap!!
 
Tu pon ada hati nak beli ayam guring dgn udang besaq 😑 actually trauma sbb masa naik train 17jam tu. Kami takdak makanan. So telan ayaq liuq ja la masa dalam train. Ni kononnya taknak tragedi berulang kembali. Nahhh kau! Penuh tangan. Jalan2 pusing. Duit dah habis. Balik ke kedai juai tiket tu tunggu la sampai 5.40petang. Sebab dia kata 5.40 dah nak gerak pi tempat lain. So masa 5.40petang tu tanya amoi tu. Bila nak gerak? Dia jawap kejap pastu berlari-lari amik barang apa ntah. Aku dengan Kak nita duk tunggu lagi
 
Sejuta kali tengok pon tetap rasa nak meleleh ayaq liuq.
Tetiba rasa kedai tu sunyi 😑 keluaq tanya. Van dah gerak. Depan mata nampak van tu gerak. Menjerit semua. Hahaha tu la. Sapa suh duk belakang lagi 😂
.
Pi tempat bas dan Alhamdulillah semua selamat naik bas. Masa duk dalam bas tu ada la jumpa sorg abam. Dia ajak sembang. Kita pon sembang la. Tanya kami pi mana semua. Teruja dia haha 9 hari ja pon backpacker. Paling teruja abam tu cita pasal p Songkhla sbb kawen sana. Tak semua pi kawen sana sebab kawen lari. Setiap orang ada cerita masing-masing. Sampai TBS 5pagi yeay!! Sekian.
#mijahTravel
#indoChinaTrip
#thailand
#hatyai


*******

Aku check balik dekat itinerari, rupanya ada sampai hari ke 7 ja. Ni link itinerari. Dan aku baru teringat, sebab mula-mula nak pi ramai dan lepastu tak jadi dua orang. Geng tiga orang ni hentam lagi asal boleh. Tu jadi 9 hari semuanya. Bajet dekat situ pun semuanya hampir betul la. Plus minus. Cuma bajet lagi dua hari tak masuk. Kalau disebabkan aku tak shopping dan makan nafsu gajah dekat Hatyai dan tukaq amik train lower bed yang ber aircond lagi syiokk tu. Total bajet below 1K. Tapi kalau aku tak silap, total semua makan minum pengangkutan shopping dan hilang 10USD tak sampai 1.3K.


Nice weh, aku tak tipu trip ni sangat nice. Hang rasa cam mustahil tapi rupanya hang mampu. Angkut beg berkilo. Dengan kamera lagi. Dengan lapaq. Dengan susah cari makan. Sesat lagi (kami tak sesat pun HAHA). Paling mencabar bagi aku adalah bahasa. Level English aku dekat Malaysia ni macam budak tadika la. Pi sana, aku la dewa HAHA 


Kalau korang ada apa-apa pertanyaan boleh ja roger aku dekat email itubukansaya@gmail.com. Selalunya aku akan jawap la. Sebab sharing is loving kan kan kan? HAHA

Bebelan akhir: Aku update pasal IndoChina 1.0 ni sebab aku baru balik dari IndoChina 2.0 HAHA aku terpaksa update version 1.0 dulu. Kalau tak, trip version 2.0 tak meriah HAHA