05 April 2019

Pengalaman Makan di Dokebi Chicken Cyberjaya

Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

Mantera Beradu by Malique feat M.Nasir


Disclaimer: Ini bukan nak menjatuhkan sesiapa atau iklan bebayar. Ini hanyalah untuk kita menilai dan ambil pengajaran tentang apa yang berlaku.



Jam semakin hampir menghampiri jam 12. Hari Jumaat selalunya aku keluaq makan jauh sikit. Makanya setelah berbulan atau mungkin bertahun scroll Instagram/Facebook/Twitter/Youtube mengenai orang review makanan. Hari ni aku, Kak Fiqa dengan Kak Su bersetuju nak pi cuba tempat baru dekat Tamarind Square iaitu Dokebi Chicken =P


Sampai ja Dokebi Chicken dalam kedai penuh la tapi luar kosong. Diorang pun tanya ada booking ke? Kami terjah ja mana nak tahu booking ke apa. Makanya duduk luar je la. Menu dia boleh tahan mahal. Jika compare dengan KFry, ini lagi mahal. Tapi biasa la makanan Korea kan? Import dari Korea kot, nak sampai Malaysia kena naik Kapal Terbang kot. Tu la sebabnya mahal HAHA

Tak tipu mahal


Elok ja habis booking, ada la few meja dalam kedai tu habis makan dan beredar. Disebabkan panas, kami decide nak duduk dalam. Kak Su pi masuk dalam dan TANYA dulu yang meja tu ada orang tak. Staf dia kata tak ada orang dan boleh duduk. Kak Su pun duduk tunggu tapi aku dengan Kak Fiqa masih di luar sebab ada air dah sampai.


Bagi tahu staf disitu yang kami nak masuk dalam dan dah ada meja di dalam. Dia pun cakap “Boleh tak kalau kita tunggu dulu makanan sampai, sebab taknak bagi keliru” makanya aku dengan Kak Fiqa tunggu sampai semua sampai. Bila semua dah sampai bagi tahu pada staf lain dan dia pun ok nak angkat masuk ke dalam tetiba Kak Su datang cakap “Dah jom balik”


Adeh pasaipa pulak? Rupanya ada staf datang dekat Kak Su cakap tempat tu dah reserve walhal tadi kata tak ada. Sebelum tu aku ada dengar-dengar customer yang baru datang tu reserve 4 orang tapi datang 6 orang HAHA nampak tak? Lepas cakap kata nak blah, tetiba ada staf datang “takpa kak, boleh masuk dalam. Orang yang reserve tu nak duduk luar”


Hmmmm pulak. So kami masuk dalam makan macam biasa. Untuk pengetahuan, kami ada order ayam yang gulung cheese tu. Masa staf dia duk sediakan tu, ada sorang mamat ni (staf) pakai spek datang cakap “buat 3 je, nanti ko layan kat luar” err ok 3 jer. Tak pa la sebab ada makanan lain.


Aku tak dengar staf yang gulung ayam kat kitorang tu cakap apa, tapi yang aku dengar nak apa-apa nanti tekan button. Sambil duk makan, duk dengar mamat pakai spek tu duk perli “sebabkan ni hilang satu meja reserve”. Lepas tu duk jalan dua tiga kali sengaja langgar penghadang kami duduk. Kuat gila!! Air sampai nak tumpah (yang ni aku tambah sebab air tak duduk dekat penghadang tu HAHA) tapi kalau ada air kat situ sumpah akan tumpah sebab memang kuat gila. Bukan sekali or dua kali dia buat tapi banyak!!


Kami tiga orang, ayam 3 ketul. Hang rasa berapa jam kitorang akan habiskan? HAHA so tekan la button tu balik dan ada staf datang. Cakap la nak ayam ni, dia pun cakap ok dan nak bukak gas. Tetiba mamat yang pakai spek acah-acah bos tu datang cakap “Tak payah buat, ko pergi layan orang lain kat luar” HAHAHA Dia datang provoke lagi :)


Ini kali tarak boleh tahan. Kitorang bangun blah. Kalau ikut hati memang taknak bayar, sebab tak makan hapa lagi. Tapi sebab fikir air dah minum, ayam dah tiga ketul HAHA so bayar la jugak. Kak Su dah hangin nak cakap dengan manager and guess what? Mamat acah-acah bos tu yang datang HAHA Supervisa rupanya. Patutla poyo nak mampos HAHA


Mamat tu boleh cakap “ooo boleh ja tanya semua staf, kami memang buat ayam ni separuh ja. Selebihnya memang customer buat sendiri” OK 3 ketul tu separuh. Meja sebelah aku dengan depan aku staf dia buat sampai habis. Dia tak datang pulak bisik suruh layan customer lain? Kannnnnnn.....

Ada staf tolong bungkuskan. Huk Huk Huk!

Kesimpulan aku boleh buat

  • Mamat tu sumpah kurang ajar. Sebab cakap perli-perli pasal reserve depan customer. Ya kitorang salah tak reserve tapi lepastu kami pindah tempat pun bukan memandai. Dah tanya dan dapat green light. Tetiba kena halau. 
  • Hang banyaq mahal. Dan hang yang kena buat semua sendiri. KFry lagi murah dari sini weh!! Dan servis di KFry memang terbaik. Tempat tak pernah kosong ok dekat KFry. Sini macam sendu tapi acah. Nak booking table dekat KFry tekan sini :)
  • Harga mahal dan tak padan dengan servis 
  • Kedai makanan Korea banyak lagi. Better pergi je tempat lain dari sini. Sumpah aku cakap.Hang boleh try KFry dan lepastu hang akan tahu betapa sucknya servis dekat Dokebi Chicken ni
  • Skill balut ayam pun kelaut. Aku taktau pasaipa, tapi serious aku taktau staf ni balut ayam or balut garfu dia HAHA ayam tak macam balut. Tak paham aku. Training takdak ka?

Kalau betul la nak bertahan kedai ni. Tolong la improve korang punya servis. Toxic macam mamat tu, rasanya boleh dah buang kot. Bersepah lagi pekerja hang boleh cari. Tak pun hang pesan la dekat staf hang tak payah nak tunjuk melenting depan customer. Pfffttt walaupun statement customer always right ni macam haram, tapi manner wehh. Hang kalau jaga manner, kami yang panas tu pun boleh reda. Ni dah la manner tak ada, boleh pulak hasut semua staf jangan serve kami. HAHA nice try!!


Bebelan akhir: Seriously, aku dah makan KFry berjuta kali. Diorang punya customer non-stop. Menu lagi banyak. Murah lagi dari sini. Tapi sepanjang aku makan KFry, tak pernah ada staf bebai macam ni. Siap aku sembang kencang la dengan staf KFry macam member lama plus floor manager KFry sumpah baik. Orang Johor ok. Auuumm :3

25 February 2019

Backpack ke Brunei - Miri - Kuching (Bajet Kasar)


Ku sedar untuk pertama kalinya
Transisi lena ke alam nyata
Ku telanjang terlantar
Ku tanpa seurat benang
Ku hadir dan aku tahu
Ku juaranya

Vortex - Faizal Tahir

Tahun 2019 adalah tahun yang sangat sibuk. Baru dua bulan tapi kerja macam untuk setahun dah. HAHA stress pastu serabut semua la hinggakan aku rasa 2019 masih belum tiba. Makanya kita perlu berjalan-jalan mengembara mencari tuhan agar diri ini tenang. Yeahhh!!


Aku dah beli tiket untuk trip ni dari bulan September 2018, lama gila dan tazabar gila. Itinerari dah siap dua minggu lepas. Nak kongsi dengan hangpa tapi disebabkan tak pi lagi, risau tak tally pulak. HAHA makanya aku tunjuk dulu perbelanjaan kasar untuk kesana.


Trip kali ni 6hari ja. Macam pack jugak sebab pi 3 tempat tapi bila lagi kan nak merasa HAHA jiwa kena kental. Peluang bukan ada dua kali. Tiket flight pun murah gila time ni. Perbelanjaan tak la murah gila tapi boleh la untuk golongan marhaen. Cari hotel pun asal boleh lena ja yeahhh!!  


Tiket Flight

Time ni ada offer apa ntah. Secara kasar ke Brunei RM39, Miri ke Kuching RM49 dan Kuching ke Kuala Lumpur RM 99. Murah kan? Tiket untuk sorang.
1. KUL - BWN : RM 121
2. MYY - KCH : RM 151.24
3. KCH - KUL : RM 301.24

Total : RM  573.48 / 3pax

Lepastu tiba-tiba nak tambah baggage pulak. Aku tambah sekali makanan sebab masa pergi ke Brunei tu pagi buta dan sampai Brunei terus nak gerak ke tempat yang dituju. Tak sempat untuk sarapan.

1. Baggage 25kg  + Meals : RM 97 (KUL-BWN)
2. Baggage 20kg + 20kg : RM 70.20


Total : RM 167.20 / 3pax

Aku bayar guna BigPay. Aku dah cuba beli tiket flight beberapa kali dan aku tengok kalau kita beli baggage akan dapat diskaun RM 2 dan kalau beli meals pun dapat diskaun RM 2 bagi setiap meals. Kelebihan BigPay hang takkan kena processing fee RM 4. Nampak dak banyak gila diskaun.

Nah amik referral code BigPay aku. Dapat lagi RM10 dalam kad nanti. Bayar RM 20 untuk kad nanti total dalam kad ada RM30 ngeee~~~ JPLO1XXRQF
Tiket Bas

Ada flight tapi saja nak try jalan darat dari Brunei ke Miri. Bila lagi nak merasa kan? HEHE

https://www.easybook.com/en-my/bus/booking/bruneidarussalam-to-miri
Bas ke Miri : RM173.70 /3pax (Booking online di Malaysia)

Perbelanjaan

Brunei
1. Hotel  : BND 60 (2 hari)
2. Boat : BND 6
3. Kereta : BND 120 (2 hari)
4. Lain-lain : BND 100

Total: BND 286 /3pax


Miri
1. Hotel : RM 100.70 (sehari)
2. Kereta : RM 150 (sehari)
3. Minyak : RM 50
4. Taman Negara Niah : RM 150
5. Taman Negara Lambir : RM 30

Total : RM 480.70 /3pax


Kuching
1. Hotel : RM120 (2 hari)
2. Kereta : RM150 (1 hari)
3. Minyak : RM 100
4. Taman Negara Bako : RM 150
5. Cultural Village : RM 150

Total: RM 670 /3pax



Jumlah Kasar : 

RM 573.48 + RM 167.20 + RM173.70 + RM 480.70 + RM 670
 = RM 2065.08 + BND 286 (Tukaran RM 3.01)
 = RM 688.36 /pax  + BND 95.33 (+-RM 287)

Bebelan akhir : InshaALLAH nanti balik aku update full itinerari na. Tapi hang jangan la harap sangat. Sebab malas tu kan middlename aku. HAHA

15 February 2019

Review Buku #1 Bukan Salah Cikgu - Azmira Amran

Matikan dia, matikan semua rasa hampa
Matikan diri, dari semua lara
Biarkan mati, biar mati semua virus yang membawa duka
Matilah..

Mati - Faizal Tahir


Dah lama gila tak buat review buku. Membaca pun dah malas, walhal dulu aku baca buku dekat 50 buah lebih setahun. Sekarang 10 buah buku pun sendu. Makanya azam tahun baru, sebuah buku sebulan. Yeahhhh inshaALLAH.


Tapi buku ni aku baca Februari HAHA Januari punya buku tak baca errrr adeh. Takpa kita teruskan hidup seperti biasa walaupun jadi bangsa bodoh tidak membaca. HUHU


Disebabkan dah lama gila tak membaca dan buat review buku, mungkin skill tulis review tak sekencang dulu la. Harap maaf ya semua. Aku cuba baiki dengan lebih banyak membaca selepas ini inshaALLAH. Ok jangan bebel dah

********




Sebenarnya buku ni aku dah baca tahun lepas beberapa bab, namun kekangan masa dan tahap kemalasan yang mendewa. Aku gagal. Alhamdulillah Februari 2019 aku selesai jugak baca buku ini dan menyesal tidak baca terlebih awal.


Buku jika tak silap ada sebahagian dari status Facebook penulis yang menggambarkan kekesalan terhadap sistem pendidikan Malaysia yang gagal melahirkan graduasi dan anak-anak muda yang mendidik jati diri seorang insan. Penceritaan dalam buku ini adalah sekitar tahun 2015 dan 2016 dimana kerajaan masih dibawah naungan Barisan Nasional.


Kenapa perlu aku nyatakan tentang masih berada dibawah naungan Barisan Nasional? kerana perubahan drastik dalam sistem pendidikan Malaysia bermula berubahnya kerajaan. Itu cerita lain.  


Sepanjang aku baca buku ini, penulis menekankan beberapa perkara seperti tugas guru yang sudah lari dari bidang mengajar, sistem pendidikan Finland dan PISA (Programme for International Student Assessment).


Buku ini menceritakan tentang rungutan dan bebanan yang dialami oleh guru-guru kita yang dibebankan dengan kerja-kerja pengkerani yang menyebabkan tugas utama seorang guru sebagai pengajar bukan lagi tugas utama.


Selain itu, dengan adanya PISA, Malaysia tidak terkecuali untuk menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan untuk untuk memastikan Malaysia berada di ranking atas untuk sistem pendidikan. Namun, itu bukanlah matlamat utama PISA. Sebagai contoh negara Finland, tidak pernah membuat persediaan peperiksaan PISA kerana mereka percaya didikan sahsiah secara menyeluruh dapat melahirkan pelajar yang mampu menghadapi segala cabaran diluar sana. 


Ini bermakna, semasa menjalani peperiksaan dan selepas habis peperiksaan, pelajar tersebut adalah diri yang sama. Bukan seperti negara-negara yang memaksa pelajar untuk persediaan peperiksaan PISA namun selepas tamat peperiksaan, sahsiah atau jawapan yang diberikan tidak selari dengan jati diri pelajar tersebut.


Penulis juga mengagumi sistem pendidikan di Finland dimana memberi ruang kepada pelajar untuk belajar tanpa memberi tekanan bahawa diakhir pelajaran akan wujudnya peperiksaan. Sistem pendidikan yang percuma membuatkan lahirnya ramai rakyat yang memiliki Sarjana. Selain itu, profesion guru juga dipandang tinggi disana dan memiliki gaji yang tinggi.


Dengan adanya kerajaan baru, Kementerian Pendidikan yang di takbir oleh Dr Mazlee sedang berusaha membawa sistem pendidikan Malaysia ke arah seperti di Finland. Ini adalah satu usaha yang baik walaupun ada sebahagian ibubapa melihat perkara ini merisaukan bagi mereka kerana telah bertahun-tahun pendidikan Malaysia berdasarkan peperiksaan dan ranking. Aku sebagai generasi yang berpandang kehadapan merasakan usaha Dr Mazlee harus dipuji. Syabas Dr!

Namun usaha untuk kebaikan pasti ada dugaan. Aku doakan satu hari nanti Malaysia akan jadi setanding dengan sistem pendidikan di Finland. Amiinn


"Seorang guru tidak boleh mengubah sistem pendidikan jika sistem pendidikan masih terkongkong. Seorang menteri tidak boleh mengubah polisi jika masyarakat masih menentang semua keputusan kementerian. Seorang ibu tidak dapat mengubah persepsi mengenai peperiksaan jika masyarakat masih mengagung-agungkan peperiksaan sekadar atas nama peperiksaan"
- Azmira Amran



Bebelan akhir : Jika kita tak berubah sekarang, macam mana generasi kita dimasa hadapan. Jangan lupa, pemimpin dimasa hadapan adalah remaja dimasa kini.

22 January 2019

Pelancaran Produk Naturals by Watsons (Product Launching)

Bisa aja telephon ke cellphone 
Bisa aja telephon selalu 
Ku tahu banyak mahu bicara 
Ku kan selalu ada

Bisa aja by Faizal Tahir


Dua bulan lepas Madie dengan aku ada dapat jemputan ke pelancaran Produk Naturals by Watsons. Selama dua bulan lebih ni jugak la Madie bebel dekat aku bila nak up post pasai event ni. Sebenarnya Madie yang dapat jemputan sebab dia Watson Elite Member. Makanya masa dekat event tu ramai la blogger dan selebriti kecantikan yang aku sendiri tak kenal HAHA sorry.




Majlis pelancaran ni start pukul 4 petang kot? Aku pun dah tak ingat. HAHA lama sangat dah woihh. Yang pasti dekat Setia Alam dan petang tu hujan renyai-renyai. Sampai ja sana ada refreshment. Sedap-sedap dan banyak gila. So duk lawan makan dengan Madie la jawapnya. Bergilir-gilir pi amik HAHA


****


Untuk pelancaran kali ini, ada 8 produk baru yang diperkenalkan oleh Watsons. Sebenarnya produk ni dah dilancarkan dekat Singapore dan Thailand, cuma sekarang baru ja masuk Malaysia ni. Masa tengah duk belek-belek tester yang dia letak atas meja, aku ada buat research sikit dekat Google. Well you know me, kalau dah curious tu kita Google je la kan. HAHA


8 produk tersebut boleh dikategorikan dalam 2 kategori iaitu Rice Bran & Soy Bean dan Tea Tree & Green Tea. Untuk kategori Rice Bran & Soy Bean ada 5 produk iaitu

1. Illuminating Cleansing Foam 130ml (Cleanse)
2. Illuminating Cleansing Scrub 100ml (Exfoliate)
3. Illuminating Essence Lotion 150ml (Tone)
4. Illuminating Daily Cream 50g (Hydrate)
5. Illuminating Suncare Lotion SPF 25 PA++ 50ml (Suncare)

Untuk kategori Tea Tree & Green Tea ada 3 produk iaitu: 

1. Mattifying Cleansing Gel 150ml (Cleanse)
2. Mattifying Toner 150ml (Tone)
3. Mattifying Lotion 50ml (Hydrate)



Antara semua produk ni, aku paling suka suncare dia. Sumpah wangi dan sedap ja. Cepat meresap. Tak macam sunscreen yang lain, selalu bau chemical kuat. Ni memang bau sangat nyaman. Masa perlancaran ni ada seorang awek korea datang berkongsi pengalaman menggunakan produk Naturals by Watsons ni. Aku duduk agak belakang la tapi dahi licin macam cermin dia tu bersilau sampai kebelakang. HAHA punya aku nak habaq kulit dia cantik.


Dia habaq yang muka dia tak letak colour, bermaksud dia tak letak makeup kecuali moisturiser dan sunscreen. Lipstik tu dia pakai la, tapi hang pernah tengok kan muka orang Korea putih gitu ja. Macam tu la kulit dia. Sumpah idola HAHA ehemmm bukan kpop tapi idola bab penjagaan kulit.


Depa ada la buat sharing sikit, aku layan ja sambil duk makan. Dan sebelum balik kami belajaq tanam pokok yawww. Macam cenderahati la. Dia ajaq macam mana nak tanam dalam pasu step by step. Habis ja aktiviti tu hang rasa hang la petani moden yang berjaya HAHA



Sebelum balik dapat lagi cenderahati bernilai RM120. Aku punya la nak suncare dia tapi tak dapat HUHU tapi Madie yang dapat. HAHA makanya aku kena bagi habis dulu sunblock aku sekarang ni. Lepastu boleh la beli yang Naturals by Watsons ni. Sampai hari ni aku tak cuba lagi pakai produk dia walaupun cuba masa perlancaran produk tu awesome gila. Aku malas nak sumbat semua kat muka aku. Buat satu per satu. Kang breakout muka sapa nak tanggung? HAHA so inshaALLAH lepas aku guna ni aku akan buat review balik ok


Bebelan akhir: Setiap kali masuk Watsons mesti pi dekat suncare dia. Pegang belek-belek letak balik. Bukan tak mampu, sekarang ada 2 sunblock aku guna. Bagi habis satu, aku beli hang. Jangan risau HAHA