Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh by Faizal Tahir
Kekecewaan demi kekecewaan di alami. Serabut dengan pergolakan dalam syarikat yang tolak kesalahan sana sini. Tukar unit yang pada mulanya dihina, dikecam, dicaci dan diprovokasi oleh pihak tertentu. Aku tewas. Menitis lagi air mata aku disini. HAHA arghhh persetankan semua ini!! Dua minggu lebih aku jadi zombie. Manusia tak bernyawa kat office tu, Serabut weh!!!
So setelah aku bertenang dan yakin dengan keputusan. Datang pulak lagi satu masalah. Mulanya aku disenaraikan untuk ke OBM tapi saat akhir tak dapat pergi sebab untuk mengutamakan orang-orang mereka. Ya aku kecewa sangat. Stress tapi hurmm bukan boleh ubah. Aku hanya insan lemah gitew. Pffffttttt HAHA
********
Raya haji baru ni, aku balas dendam dengan cuti seminggu. Hamikaw!! Puas hati aku. Mereput kat rumah. Tapi takkan nak mereput kat rumah selama 9 hari woiii. Dengan itu aku pun set challenge untuk diri aku since sekarang ni mood trekking dan hiking memuncak. Maka tercetuslah 5 Day Challenge Hike Broga Hill.
Nah aku belanja 5 hari gambaq aku rabat Bukit Broga.
First day |
Third Day |
Fourth Day |
Fifth Day |
Mission Accomplish |
First and second day tu aku rasa macam nak pecah dada aku sebab lama jugak aku tak exercise. Terkejut jantung aku nak pam darah. Siap menyumpah-nyumpah sebab kenapa aku buat kerja gila ni. HAHA tapi esok tu terus jugak datang. Alhamdulillah settle semuanya :3
Aku start rabat bukit ni petang around pukul 3petang - 4petang. Turun dalam 5petang - 6petang. Pemerhatian aku sepanjang 5 hari naik. Selalunya sentiasa ada orang naik walaupun hari bekerja dan macam setiap waktu la ada orang. So kalau hang rasa nak mai panjat dan hang rasa cam sunyi ja Bukit Broga ni. Hang relaks dulu. Hang selawat. Hang naik. InshaALLAH kat atas ada orang. Silap-silap ada orang siap main layang-layang kat puncak nu. HAHA
Hari pertama sampai hari keempat adik aku teman naik. Aku paksa kaw-kaw punya sampai ada tragedi kelakar kat atas tu, Aku simpan baik rahsia dia. HAHA Hari terakhir aku naik dengan member aku dari Klang. Dan hari terakhir ja aku naik pagi.
Settle ja challenge. Rasa puas wehhh!! Walaupun gemuk dan obes. Aku FIT wehhh!! Mampu naik sampai ke puncak weh!! Haaaa so aku boleh start pikiaq dah untuk next challenge nak buat apa. Hurrmmm ada cadangan????
Bebelan akhir: Actually rumah aku dengan Bukit Broga ni 5 minit ja. Tu tak kesah nak pi hari-hari yaww. So kalau hangpa nak p, dan nak aku teman naik. Roger la. HEHE trust me, i can hike gitew :D