Bisa aja telephon ke cellphone
Bisa aja telephon selalu
Ku tahu banyak mahu bicara
Ku kan selalu ada
Bisa aja by Faizal Tahir
Dua bulan lepas Madie dengan aku ada dapat jemputan ke
pelancaran Produk Naturals by Watsons. Selama dua bulan lebih ni jugak la Madie
bebel dekat aku bila nak up post pasai event ni. Sebenarnya Madie yang dapat
jemputan sebab dia Watson Elite Member. Makanya masa dekat event tu ramai la
blogger dan selebriti kecantikan yang aku sendiri tak kenal HAHA sorry.
Majlis pelancaran ni start pukul 4 petang kot? Aku pun dah
tak ingat. HAHA lama sangat dah woihh. Yang pasti dekat Setia Alam dan petang
tu hujan renyai-renyai. Sampai ja sana ada refreshment. Sedap-sedap dan banyak
gila. So duk lawan makan dengan Madie la jawapnya. Bergilir-gilir pi amik HAHA
****
Untuk pelancaran kali ini, ada 8 produk baru yang
diperkenalkan oleh Watsons. Sebenarnya produk ni dah dilancarkan dekat
Singapore dan Thailand, cuma sekarang baru ja masuk Malaysia ni. Masa tengah duk
belek-belek tester yang dia letak atas meja, aku ada buat research sikit dekat
Google. Well you know me, kalau dah curious tu kita Google je la kan. HAHA
8 produk tersebut boleh dikategorikan dalam 2 kategori iaitu
Rice Bran & Soy Bean dan Tea Tree & Green Tea. Untuk kategori Rice Bran
& Soy Bean ada 5 produk iaitu
1. Illuminating Cleansing Foam 130ml (Cleanse)
2. Illuminating Cleansing Scrub 100ml (Exfoliate)
3. Illuminating Essence Lotion 150ml (Tone)
4. Illuminating Daily Cream 50g (Hydrate)
5. Illuminating Suncare Lotion SPF 25 PA++ 50ml (Suncare)
Untuk kategori Tea Tree & Green Tea ada 3 produk iaitu:
1. Mattifying Cleansing Gel 150ml (Cleanse)
2. Mattifying Toner 150ml (Tone)
3. Mattifying Lotion 50ml (Hydrate)
Antara semua produk ni, aku paling suka suncare dia. Sumpah
wangi dan sedap ja. Cepat meresap. Tak macam sunscreen yang lain, selalu bau
chemical kuat. Ni memang bau sangat nyaman. Masa perlancaran ni ada seorang
awek korea datang berkongsi pengalaman menggunakan produk Naturals by Watsons
ni. Aku duduk agak belakang la tapi dahi licin macam cermin dia tu bersilau
sampai kebelakang. HAHA punya aku nak habaq kulit dia cantik.
Dia habaq yang muka dia tak letak colour, bermaksud dia tak
letak makeup kecuali moisturiser dan sunscreen. Lipstik tu dia pakai la, tapi
hang pernah tengok kan muka orang Korea putih gitu ja. Macam tu la kulit dia.
Sumpah idola HAHA ehemmm bukan kpop tapi idola bab penjagaan kulit.
Depa ada la buat sharing sikit, aku layan ja sambil duk
makan. Dan sebelum balik kami belajaq tanam pokok yawww. Macam cenderahati la. Dia
ajaq macam mana nak tanam dalam pasu step by step. Habis ja aktiviti tu hang rasa
hang la petani moden yang berjaya HAHA
Sebelum balik dapat lagi cenderahati bernilai RM120. Aku
punya la nak suncare dia tapi tak dapat HUHU tapi Madie yang dapat. HAHA
makanya aku kena bagi habis dulu sunblock aku sekarang ni. Lepastu boleh la
beli yang Naturals by Watsons ni. Sampai hari ni aku tak cuba lagi pakai produk
dia walaupun cuba masa perlancaran produk tu awesome gila. Aku malas nak sumbat
semua kat muka aku. Buat satu per satu. Kang breakout muka sapa nak tanggung?
HAHA so inshaALLAH lepas aku guna ni aku akan buat review balik ok
Bebelan akhir: Setiap kali masuk Watsons mesti pi dekat
suncare dia. Pegang belek-belek letak balik. Bukan tak mampu, sekarang ada 2
sunblock aku guna. Bagi habis satu, aku beli hang. Jangan risau HAHA
2 comments:
sy bru je beli Khamis lepas ni dia punya suncare hehe..alkisah terbelinya bnda alah ni sbb akak watsons yg suggestkn sbb muka i berminyak ..dia ckp pakai ni elok ..lpstu masa tu i tgh rushing i okeykan aja n pi byr kt kaunter..lpstu rasa mcm xyakin blik..elok ke benda alah ni🤔lpstu try Google kot ad review² yg menarik hikhik.. tpi kan nk tnya lh 🥺suncare ni halal x? sbb xde label Halal pun kat kotak dia.. i jdi x yakin emm😢
Dari segi ingredients dia takdak apa2 barangan syubahah. inshaALLAH takdak apa. Tapi kalau awak was2. Kena betulkan niat balik la. Kadang2 ingredients halal pun belum tentu kita boleh pakai, contoh dye rambut. Ingredients dia kat kotak beso tulis halal. Tapi kalau kita pkai tetap haram sebab tak lut air rambut tu. Wallahualam
Post a Comment