Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelebungi subuh
Mengimbau segala kenangan yang lalu
- Gemilang by Ella
Alhamdulillah sekarang dah Mei 2015. Cehh berjanji konon nak update selalu. Hasilnya krik krikkk krikkkkk. HAHA tapi aku bersyukur sangat. Sehingga sekarang perjalanan hidup aku rasa alhamdulillah. Setelah macam-macam aku tempuh tahun 2014. Tahun 2015 aku berasa aku hidup, aku manusia, aku bernafas. Alhamdulillah.
Ok lap ayaq mata. Before aku melalut lebih panjang aku nak story secara kasar dulu pasal apa yang dah aku tempuhi sepanjang lima bulan ni.
Januari
Starting 2015 pun bagi aku dah cantik. Kerja still biasa-biasa kat Hana Global Outlet (HPO). Alhamdulillah mampu bayaq kereta yang sebelum ni aku macam nak muflis. Dapat kerja sini kira bersyukur la walaupun gaji kecik. Bersyukur sangat. Aku kat sini dari Sept 2014 dan aku rasa selesa la.
Pastu trip ke Medan. Banyak aku belajaq dari Kembara Mencari Ilahi di Medan Indonesia ni. Banyak sangat aku belajaq dan aku rasa aku perlukan buat satu or dua entri untuk trip aku ke Medan ni. InshaALLAH nanti aku buat. Bila? Jangan berharap sangat la. HAHA tapi aku ada buat notes dah pasal apa yang aku jumpa disana.
Febuari
Diawal bulan Feb takdak apa yang menarik tapi bulan Feb ni aku ada Kembara Mencari Ilahi di Singapore dan Johor. Ada jugak cerita yang aku nak kongsikan tapi tak sehebat cerita di Medan la. Sebab aku pi dua hari ja. Sehari di Singapore, sehari di Johor. And for both days aku enter theme park ja -__-" HAHA but setiap kali aku pi Kembara Mencari Ilahi, diawal perjalanan aku dah doa "semoga ALLAH mengajar aku sesuatu dan ketemukan aku sesuatu tentang kebesaran ALLAH" aminn.
Kedua dan aku rasa benda yang mengubah aku dari sudut 45 darjah ke 360 darjah aku dapat offer Skim Latihan 1 Malaysia under TNB ( SL1M TNB-IBE Fasa 2 ). A day before aku ke Singapore dapat offer letter yang aku layak mengikuti program ni. Alhamdulillah.
March
Pengembaraan hidup aku bermula disini. Lapor diri di ILSAS pada 2 March 2015 dan mengikuti latihan selama sebulan di ILSAS. Lebih kepada classroom training. Dan benda paling bersyukur aku ketemu sahabat-sahabat baru ( Iqa, Kak nini, Kak juju, Ijat, Wan, Haikal dll ) sampai esok senarai tak habis. HAHA
Tapi antara paling mengubah diri aku adalah aku jadi leader untuk puak-puak perempuan. Ya aku pernah ja jadi leader sebelum ni. Cuma kali ni berkaitan dengan orang-orang yang betul berjawatan tinggi. Dan ofkos kekok. Tapi Alhamdulillah disebabkan aku jadi leader, aku more positive than negative. Geng lepak pon terbentuk. Rasa gila release tension bila keluaq lepak malam-malam. HAHA mohon jangan ikut.
April
Sebulan ber-On Job Training. Aku dibawah Jabatan ITIM jangan tanya nama panjang dia apa sebab aku pon tak ingat dan dibawah unit Disaster Recovery. Alhamdulillah banyak aku belajaq. First day pon dah dapat banyak kerja. Teruja. Best. Walaupun takdak sangat dalam bidang aku, aku enjoy. Ada kena kerja malam sebab buat Disaster Recovery sistem TNB. Seriously enjoy!! Tapi aku budak Networking dan aku tengah stress duk pikir pasal Master aku tak habis lagi dan semester depan kena buat Research Methodology. So aku request untuk duduk bawah department Network dan semoga aku dapat tajuk menarik untuk projek akhir aku. Aminnn
Untuk Disaster Recovery, actually berat hati jugak nak tinggal sebab banyak lagi tak belajar tapi untuk mengubah nasib diri kita kena berani buat keputusan dan ambil langkah pertama. Dan ya aku dah melangkah sekarang. Next month i will be in Network Team inshaALLAH.
Mei
Terlalu awal untuk aku bercerita tentangnya sebab langit tak selalu cerah. Mungkin awal bulan cerah, tapi hujung tak kan?? HEHE yang pasti aku dah beli dua tiket promosi Air Asia. Satu ke Ho Chi Minh dan satu lagi ke Langkawi. Lepastu end of this month kena pi Outward Bound Malaysia ( OBM ) TNB support wehhhh. Pray for me!!
p/s; Macam panjangkan? tapi ni la ringkasan. HAHA
update: boleh ke link ni untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SL1M-IBE TNB
update: boleh ke link ni untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SL1M-IBE TNB
71 comments:
semoga terus positive. :)
Aminnnn semoga diberi kekuatan la :D
hamizah..salam...
boleh sy tnya..masa dapat offer dr tnb..b4 tu awk ada kena gi interview dulu ke? Bolh tahu dimana ya? Tqs
Aah ada interview. Interview kat Dua Sentral. Brickfield KL. Hehe ada apply ka?
assalam hamizah,
boleh saya tau masa interview aritu pihak tnb banyak tanya berkenaan apa?tolong sayaaa..
kalau boleh saya no awak kalau x keberatan la..nak tanya details ttg sl1m tnb ni..thanks :)
assalam hamizah,
boleh saya tau masa interview aritu pihak tnb banyak tanya berkenaan apa?tolong sayaaa..
kalau boleh saya no awak kalau x keberatan la..nak tanya details ttg sl1m tnb ni..thanks :)
Salam sis fazie aziz..dpt panggilan untuk temuduga sl1m tnb y bulan ogos ni ya..semoga kita sama2 berjaya..sis hamizah boleh sy contact sis juga untuk tanya details ttg sl1m tnb ni x sis
ehermm.. hai serikandi terbilang. Saje nk menyebok kt sini.. haha
Tiqah
boleh ja :D
Fathin
aippp kakten.... hahaha
salam @tiqah..
ya sy dpt email utk attend iv tp sy xdpt actual date & venue iv tu..insyaAllah semoga kita sma2 berjaya
sy dri bidang accounting, nnti latihan di TNB akn dilatih di bahagian finance ke?
Nizam,
SL1M tnb ada 6 division
Generation
Transmission
Distribution
IT
HR
Finance
inshaALLAH nnti awak akan training under finance. Cuma tak tahu department apa dan di mana. Awak dah dpt panggilan interview?
salam . Fazie aziz n tiqah interview sl1m tnb dkt mne ye?
intrview esk 27.8..hehe
harap awk dpt update lgi info2 menarik & pengalaman sl1m di blog awk..xbnyak org luar thu psal content sl1m ibe ni... :) :)
Di mane ye?
All the best smua..moga ade rzki kte
Sy iv d perda penang..ada sape2 dpt tmpt iv yg sma ke?gdluckkk..
Nk tnye yer, Ilsas sebulan je ke? On job training 2 die hntr mne2 ke, or kite pilih nk buat kt tnb mne2?
Untuk fasa 2, kami ada 2 bulan di ILSAS. Tapi untuk fasa 3 kalau tak silap sama dengan fasa 1 dulu hanya sebulan di ILSAS.
On job training fasa 2 setahun tapi untuk fasa 3 yg interview tgh buat sekarang ni hanya 8 bulan.
Pemilihan tempat untuk fasa 1 dulu berhampiran dengan tempat tinggal. Tapi masa fasa 2 ni suka hati TNB nak letak mana berdasarkan kekosongan.
So untuk fasa 3 ni xpasti macam mana. Huhu
Harap boleh update lgi pasal ni.. Tq 😊😊
ad yg dh berjaya dpt tawaran ke? lmbt lgi or sy xbrjaya utk msuk sl1m ni?...huhu
Ad yg dh dpt ke
hah. nak tanya jugak. korang ada yang dah dpt ke offer SL1M TNB yg Oktober ni?
mungkin program ditangguh lambat ckit kot??
Yang 47 orang (Fasa 2 Batch 2) baru masuk 5/10/2015
Untuk Fasa 3 yang 400 orang tu telah ditangguh sampai Disember ni inshaALLAH. Kalau tak silap la. Kalau silap maaf. Ni info dengaq dari HR
So all the best untuk semua :3
oh ditangguh ke. ok ok. tq ye *hehe sory mencelah tibe2*
Assalamuaalikum..maaf menganggu, nak tanya dalam 2 bulan di ILSAS tu pelatih dikehendaki buat ape? Sebelum pergi ILSAS ade ape2 persediaan selain kelengkapan yg perlu pelatih perlu tahu?
Wasalam. Duk ilsas tu mcm masuk kelas. Dia bg training ja. Pastu ada hari pi site. Persediaan dia. Bawak diri ja. Mcm nak masuk kelas. Pakaian lengkap.
Assalam, saya baru dapat offer ke TNB SL1M IBE ni.. ada peluang untuk diserap tak masa habis OJT nnti.. sbb saya skrg tgh bekerja.so nak tnya pendapat cik akak..
Wasalam. Untuk serap tu sangat mustahil la. Sebab dah diberitahu masa masuk dulu takkan diserap. Kalau ada jawatan kosong pun kena apply dulu dan jalani proses mcm biasa. Takdak istimewa apa2. Tapi tu la rezeki tu dari ALLAH.
Cuma apa yang tertulis dalam kontrak. Takkan diserap.
lupa nk tnya offcr tnb tu, klau pilih stsn tnb yg jauh dri umh, lma x tmpoh diberi utk lapor diri. sbb nk pndah brg nnti ke umh sewa bru, nk bwa knderaan lgi..
hehe,,dh mcm kaunter prtnyaan
Jauh dekat semua kena start isnin lepas habis kursus kat ilsas hari jumaat tu. Paling kesian sapa yg dpt johor, kedah, ganu, kelantan. Sbb keja ahad. Bertabah la. Kalau x, potong elaun. Dikira cuti la kalau lapor lambat
200 org akan dipanggil bulan ni. So standy la semua. Ada separuh dah di panggil.
salam.nak tanay ada tak member2 awak yang berhenti slim sebab dapat tawaran kerja tempat lain?
Wasalam. Ramai ja dpt keje tempat lain
Hai saya nana..sy baru dpt tawaran lapor diri hari ahad ni 8 nov..ade sape2 x yg same? Bole kawann nnt kat sane,huhu..
Nanti pi sana ramai kawan. Dan bila masuk OJT. Korang akan rindu duk ILSAS. Sbb ILSAS la tempat dapat layanan paling best dan thorbaik. Rindu ILSAS
hey nak tanye sikit ni. time kat ilsas, sabtu ahad kira cuti or ada aktiviti juga?
Ahad confirm xdak. Sabtu dulu kami ada aktiviti. Outdoor. Tp bukan every saturday la. Ada gak xdak. Tgk la deme nak buat ka tak. Hahah dan xtau la aktiviti kita nnti sama ka tak.
Aktiviti weekend boleh excuse. Sbb ada bdk yg amik master ada kelas. So boleh la xjoin.
Ada lagi ke yg akan dipanggil?
Ada. Panggilan kali ni ikut peringkat. Akan dapat call nnti.
dgr cite bdk slim yg ad email address sndiri @tnb akn diserap? btol ke ni? mohon pencerahan.
Takdak kaitan kot. Sebab SL1M fasa 1 dan fasa 2 semua dapat email TNB. Semua dapat. Tapi tak serap pun.
dgr cita group 1 n 1b elaun sama. n peluang cerah..tu yg tanya ni.hehe
staff bgth akn serap. harapan palsu drpd staff la kiranya.. hukhuk
Yup elaun sama. Haha ni group 1b ka? Rezeki tu ALLAH bagi. Kalau ada, ada la. Cuma HR dah cakap xkan serap. Kalau ada kekosongan akan dipanggil iv. Tu ja.
haah, kan.. redha je la.tp klu dpt serap syok la.hahaha, korg elaun 2nd month dpt exact amount tak? kami 1st month ritu xtw la nape ad tolak. byk plk tu.haha
salam... nak tya?? interview sl1m under TNB ni dorang guna full English x.. apa2 je y akan dtya time interview tu. plizz help.. sy dpt interview rabu nnt.. nevess jugak.
Wasalam. Normal both language. Xdak soalan teknikal. Soalan general about urself. Xyah neves. Xdak pa pun.
Salam, nak tya selepas OJT setahun tu awak dapat offer tak dari TNB? Dan agak2 berapa percent dari trainee tu yg dapat offer? TQ :)
Assalamualaikum. Sis nak tny. Yg stay di ILSAS tu penginapan provided ke kita kena cari rumah sewa sendiri.
Wasalam eiqa. Ni link saya dah jawab smua persoalan kat sini :) all the best utk sl1m
http://budakampung90.blogspot.my/2015/12/menjawab-persoalan-sl1m-ibe-tnb.html
http://budakampung90.blogspot.my/2015/12/menjawab-persoalan-sl1m-ibe-tnb.html
Hai kak, nk tanye beberape soalan
masa interview sl1m tnb ,dlm bm atau bi?
Apa soalan yg ditanya?
Contoh kalo bdk IT adakah dia kena jalankan traning do Ilsas je?
Terima kasih
Adik first time interview kerja kerja ka? Berapa banyak soalan yang akan tny, bergantung pada macam mana adik jawap soalan tu.
Dalam bm or bi bergantung ada interviewer yang interview adik *ikut nasib* berdoa la byk2
Nnti di ilsas akan dibahagikan group ikut course. IT, Finance, HR, Engineering. So dia bagi training kat situ. Untuk IT dia akan ajaq semua.
Contoh, programming, network, security, linux. Tp semua ajaq basic ja. Macam kat u ja. Senang ja. Tgk entri lg 1. Ada jwpn lg. Hehe
Iv bila?
Blh sy tau brapa lrg interviewer yg akn iv kita?
Blh sy tau brapa orang interviewer yg akn iv kita?
sy nk tanya..saja tya pengalamn..dlu akak menganggur brpa bulan ye lps degree? lama ke..lps tu kn..slps sl1m akak trus dpt kerja dimana2 ke?
Lepas graduate akak tak menganggur. Ada kerja tapi bukan bidang akak la. Ada dalam 2 kerja jugak la.
Dpt TNB baru berhenti kerja yang lain2.
Lepas sl1m sebulan menganggur pastu sekarang kerja kat FGV. Tapi ada kawan akak sampai sekarang tak kerja.
Rezeki tu dari ALLAH dan setiap orang rezeki lain-lain. Hehe
Hi kak, nak tanye bebrapa soalan...
location Ilsas ini yg kat dalam university tenanga nasional ke(uniten)?
Location on the job training bole dipilih ke atau mereka akan hantar kita di tempat yg berdekatan umah kita?
Jika kita training selama sebulan kat tnb pastu kita dapat tawaran lain dan pergi adakah kita kena bayar balik allowance yang diberikan?
Terima kasih kak
Hai adik :)
Ya ILSAS dalam UNITEN.
Location on job training dulu kami tak boleh pilih. Semua dekat stesen yang besar since dapat elaun pun besar.
Untuk batch korang rasanya tak boleh pilih tapi mgkin berhampiran dgn rumah. MUNGKIN.
Kalau masuk tak sampai sebulan dan dpt kerja boleh berhenti. Tapi kena bagi notis kalau tak silap seminggu. Kalau bagi notis, tak payah bayar balik walaupun tak habis sl1m lagi :)
Salam,boleh saya tau berapa ramai selalunya yg akan di hantar ke HQ untuk OJT? Thanks 😊
Wasalam
Alamak, tu terlalu general. Bergantung pada brp ramai intake tu dan brp ramai HQ perlu dan kos apa yang ada kat HQ. So jawapan dia takdak jawapan specific. Semua bergantung pada keperluan :)
Salam...nk tny...selama 2 bulan dekat ilsas tu...diorang dah bg elaun x?
Salam...nk tny...selama 2 bulan dekat ilsas tu...diorang dah bg elaun x?
Wasalam. Dpt elaun full sbb dh start kontrak
Salam, nk tanya. Sl1m tnb tu kamu guna alamat mana yer?org kl je ke yg kebanyakannya diterima?kalau guna alamat luar bandar, peluang untuk diterima tinggi tak?tq.
Salam.nk tanya,sl1m tnb utk permohona kamu guna alamt mana yer. Org area kl je ke yy kbyknnya diterima?kalau guna almt luar bndr, pluang utk diterima tinggi tak?tq
Waalaikumussalam takpasti alamat memainkan peranan ataupun tak. Sebab dulu masa akak training. 1 malaysia ada. Sarawak ja sorang. Yang lain 1 malaysia ada. KL pun xramai. Byk yg luar bandar. Rasanya dia ikut kos kot. Adik kos apa?
assalamualaikum sis
Assalamualaikum penghuluwati slim ibe 2015-2016
Post a Comment